NAJIB AKAN ROMBAK "BESI BERKARAT" DALAM KABINET ABDULLAH
Safar Jumaat Wed | Oct 15, 08 | 4:21:38 pm MYT APA sebab Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ahli-Ahli MT memutuskan untuk menangguhkan pemilihan Umno, dari Disember 2008 ke Mac 2009, tiada siapa yang tahu. Ketika banyak pihak yang mendakwa, ia suatu usaha untuk melewat-lewatkan tarikh pengunduran Abdullah, dari Disember ke Mac, ada juga yang membuat telahan, Abdullah tentunya mempunyai strategi sendiri yang sukar dibaca. Namun, apapun strategi yang Abdullah susun, semuanya sudah dilihat tidak menjadi. Ketika beliau menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tahun 2003, apa sahaja yang dipegangnya, 'menjadi emas' hinggakan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum 11, 21 Mac 2004 mengejutkan banyak pihak. Khabarnya yang paling terkejut dengan kemenangan besar itu ialah Dr Mahathir. Ketika itu, kejayaan Abdullah itu dianggap mampu memadamkan rekod kejayaan yang sudah dibuat oleh Dr Mah...