Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Turun Padang !!! Mesra Rakyat !!! Ayuhh !!!

Imej
Calon PAS Mesra Rakyat Dilulus terbit pada Tuesday, March 31 @ 17:21:56 MYT oleh TokPenghulu Oleh rusly_islam " AIR KUNING, 31 Mac : PAS membuat pendekatan dengan memastikan calon iaitu Dato' Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili Pakatan Rakyat yang bertanding untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang itu bersikap mesra dengan rakyat. Ini dapat dilihat sendiri apa yang telah di lakukan oleh calon PAS itu apabila turun padang bertemu dengan rakyat. Calon PAS itu dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat disemua peringat umur dan dalam semua keadaan. Setiap kali calon PAS bertemu dengan rakyat di sesuatu tempat, sambutan oleh masyarakat setempat dekat tidak kira Melayu, Cina dan India, tidak menghampakan malah menakjubkan kerana begitu ramai yang datang ingin bertemu dengan beliau dengan lebih dekat lagi. Pengarah Operasi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi, berkata dalam sidang media hari ini bahawa beliau merasai sokongan yang diberikan oleh semua p

Tak adil ! Tak adil !! sungguh tak adil..!!!!

KETIDAK ADILAN SPR MULAI KETARA DI BK. GANTANG -Misbah Malam tadi saya bersama rakan petugas pilihanraya Bk. Gantang sempat membuat lawatan ke beberapa pos PAS di DUN Trong. Dalam perjalanan ke pos-pos tersebut, beberapa ceramah yang dianjurkan oleh BN sedang berlangsung, kebanyakan program kempen BN diadakan di Dewan Orang Ramai. Antara Dewan Orang Ramai yang digunakan oleh BN dalam kempen mereka ialah Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, Dewan Orang Ramai Pekan Trong, dan beberapa tempat yang lain. Selain itu, saya melihat sendiri, Dewan dan Balai Raya turut digunakan oleh BN sebagai Bilik Gerakan mereka.Dalam perjalanan pulang, saya singgah di Bilik Gerakan PAS Trong. Sebelum itu, berlangsung satu ceramah yang dihadiri oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Pusat dan Negeri. Dalam masa yang sama, di Dewan Orang Ramai Trong yang berhadapan dengan Bilik Gerakan PAS Trong juga sedang berlangsung kempen BN.Saya diberitahu oleh petugas-petugas PAS di situ, SPR yang kebetulan memantau ceram

Slogan menarik di Bukit Gantang !!!!

Imej

Isu Nizar jadi Imam !!!!

Imej
TAIPING (30 Mac): Jawapan imam ini, ana petik dari blog aabo@anak sengat berkaitan dengan isu rampas kuasa di masjid dek kerana DS Ir Haji Mohamad Nizar, Jamaluddin calon Pakatan Rakyat pada PRK P059 yang menjadi iman di Masjid Simpang, manakala Dr Zambry AK dan TS Muhyidin Yassin menjadi makmun. Kata Imam: Memang saya yang jemput Nizar jadi Imam semasa solat Magrib di Masjid Simpang Taiping. Anak Sengat dapat bercakap dengan Pak Imam itu mellalui talian hanfonnya.. Pak Imam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mungkin memikirkan nasibnya yang akan terjadi selepas ini. Pak Imam: . ” Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam”Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ… ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di apati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuas

EZAM kembali "MENGAUM" ...........depan 112 orang !!!!!

Imej
Taiping, 30.03.09 Ezam Mohd Nor bekas Ketua Pemuda Keadilan ,Hamizon Kamaruddin, bekas s/u Pemuda Keadilan ,Lokman Adam bekas Exco Pemuda Keadilan ,Datuk Rosli Husin, ADUN Trong semalam berceramah di Kampung Pak Darus, Taman Kaya. Mereka mempersoalkan pelbagai kelemahan dan kebimbangan mereka pada Pakatan Rakyat terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.Darihal DSAI/PKR yang dikatakan menyokong Sisters in Islam sehinggakan melibatkan spekulator kewangan tersohor iaitu George Soros. Murshidul Am PAS juga dipersoalkan dalam kes Elizabeth Wong, yang mana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Wong kerana privasi gambar separuh bogel. Mereka berempat menggunakan lori sebagai pantas menyelar Pakatan Rakyat yang cuba menjual Melayu demi kepentingan kaum lain. Ezam dengan lantang menyatakan bahawa reformasi hanya boleh dijalankan oleh mereka yang memegang kuasa dan pihak kerajaan sekarang yang mentadbir lebih mampu menjadikan Malaysia lebih baik, daripada pih

Pelik tapi Benar !!! Nizar ada dimana-mana di Bukit Gantang !!!

Imej
Calon PAS (Pakatan Rakyat) dilihat berada di mana-mana sahaja sekitar Bukit Gantang.Ianya pelik tapi benar. Sebenarnya ini kerana begitu ramai penyokong PAS/Pakatan Rakyat tanpa segan silu memakai topeng yang berwajah kan calon Parlimen Bukit Gantang untuk pilihanraya kecil ini. Samada lelaki, perempuan malah kanak-kanak dilihat memakai topeng tersebut sambil.Ianya dikatakan diedarkan secara percuma oleh AMK dan Unit Amal Pas ketika PRK Bukit Gantang ini. Namun, tidak kelihatan pula topeng berwajahkan calon UMNO/BN iaitu Ismail Sapian, apatah lagi calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Penamaan Calon PRK P.059, Persis Himpunan Bersih !!!!!

Imej
Jumlah yang sama sewaktu himpunan Bersih!! Syabas sokongan dan doa anda akan mengundang kemenangan BESAR !!

Lambang calon yang ingin anda lihat di Bukit Selembau !!!

Imej
Lambang Calon Bebas yang bertanding ialah R. Loganathan (lambang kelapa sawit), Tan Hock Huat (kunci), Radzi Md Lazim (kerusi), Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau), Abdul Rahim Abu (jam loceng), L. Sarala (basikal), A. Jayagopal (payung), S. Moganakumar (buku), Khamis Awang (ayam jantan), Husaini Yaacob (bas), M. Vanesan (ikan), Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon) dan T.Chandrarajan (kapal terbang).

Warna warni Penamaan Calon P.059 !!!!

Imej

TERKINI !!! Sidang media Pengarah Pilihanraya Jam 3.00 petang - cina islam

Imej
Saya bersyukur kepada Allah sebab proses penamaan calon berjalan lancar walaupun terdapat bantahan dari BN tetapi tidak kuat, Demikain antar kenyataan media Pengarah PRK PAS Bukit Gantang, Hj. asmuni Awi dalam sidang akhbar sebentar tadi di markaz Operasi Induk Ayer Kuning. Beliau berkata jumlah yang hadir begitu besar dari seluruh tanah air dan ini satu gelombang baru sikap rakyat. Melihat kepada gelombang ini saya melihat akan berlaku juga di tempat lain bila didakan pilihanraya umum atau kecil, katanya. "Kita mahu meninggalkan politik lama UMNO yang memainkan isu perkauman memecah belahkan rakyat. Isu yang kita bawa ialah perpaduan dan demokrasi tanpa melihat apa bangsanya, kalau kita berjaya diterjemahkan dalam PRK ini ia akan menjadi sesuatu yang boleh diterima oleh semua bangsa." Kata Asmuni. Beliau menegaskan prinsip berteraskan kepada kebenaran dan demokrasi dengan pemimpin yang berakhlak dan amanah telah diperlihatkan dalam PR yang lalu. "Saya menyeru kepa

PERUBAHAN UMNO ' TIADA KESAN'DI BUKIT GANTANG

Ali Bukhari Amir | Mar 29, 09 2:17pm Perubahan kepemimpinan dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Razak dan timbalan barunya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kepada pengundi parlimen Bukit Gantang, kata dua pengamat politik. Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata peralihan kuasa itu - dan juga pertemuan mengejut mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badaw - semalam hanya meredakan pergolakan dalam parti itu. Dr Ahmad Nidzamuddin, yang turut memantau di kawasan parlimen tersebut hari ini, berkata masyarakat dan pengundi belum tentu mengubah tanggapan mereka terhadap kerajaan. Seorang lagi pensyarah sains politik UKM, Dr Mohammad Agus Yusoff juga mempunyai pendapat yang sama - perubahan Umno itu "tidak akan memberikan kesan segera" kepada pengundi Melayu di kerusi parlimen tersebut. Pilihanray

Bagaimana nak Ke Pusat Penamaan Calon esok !!!

Imej
Semua jalan masuk ke bandar Taiping sekarang 1.00 tgh hari ini sedang dikawal polis sama ada menunggu kedatangan orang baru lepas bersidang atau lain nya tidak dapat dipastikan..Helikopter PDRM sedang berlegar diudara memantau situasi. Mungkin juga memantau penyokong parti yang mula bergerak masuk sekarang.. Kepada yang datang dari utara..keluar ikut Tol Kamunting terus ke Penjara Taiping..JANGAN belok kanan kerana ada roadblock..belok kiri dan parking dekat Sek. Men. Cina atau Sek. Ren. King Edward atau parking diluar Kolej Telekom..dari sana jalan kaki ke Pejabat Daerah Taiping lebih kurang satu km... Kalau dari Selatan keluar Tol Changkat Jering terus ikut Jalan Air Kuning (depan Markaz PAS Negeri) terus ke Pokok Assam dan masuk ke Lake Garden..parking lah disana dengan sedikit bayaran..datang sekarang dan tidor lah dalam kereta di Lake Garden Taiping... Helikopter PDRM masih memantau sekarang...AWAS.........

Mengapa PAS Perlu Menang Majoriti Besar di Parlimen P. 059 Bukit Gantang

Dilulus terbit pada Saturday, March 28 @ 06:38:43 MYT oleh TokPenghulu Oleh izali "Penamaan Calon : 29hb Mac 2009 ; Hari Mengundi : 7hb April 20091. Pendahuluan 1.1 Ketika suasana cemas mengharungi krisis perlembagaan di Perak, ditakdirkan seorang ahli parlimen PAS di Bukit Gantang Roslan Shaharum, meninggal dunia. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah terpilih oleh kepimpinan tertinggi PAS untuk mengalas tanggungjawab sebagai calon bagi pilihanraya kecil Bukit Gantang. Dari aspek keperibadian dan ketokohannya melonjak lantaran insiden “rampasan kuasa”. Beliau adalah seorang tokoh yang amat berwibawa, bekerja keras untuk kebajikan rakyat dan pintar dalam memimpin negeri. Perjuangan beliau ternyata tidak mengenal erti letih dalam menyelesaikan permasalahan dan mempertahankan hak rakyat Perak. 1.2 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan menggunakan daftar pemilih yang diwartakan pada Februari 2009. Jumlah pemilih ialah 55,562 orang. Daripada 55,562 orang bakal mengundi itu

90% sokong syor PAC bekukan Gaji MB dan Exco BN Perak

Imej
S ebanyak 90% dari responden Edisi 7 malam ini menyokong syor Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak yang mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian. Pengerusi jawatankuasa itu Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah, lapor Bernama. "Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan," beliau dipetik berkata kepada media di bangunan setiausaha kerajaan negeri yang menempatkan DUN itu. Wong berkata PAC juga memutuskan bahawa pelantikan tiga penasihat Dr Zambry - yang bertaraf exco - dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri sebagai tidak sah. Menurut a

PAC Syor bekukan gaji Zambry dan exco

Post info By Anwar Ibrahim Categories: Demokrasi , Isu Semasa , Kewangan , Pakatan Rakyat , Politik and Sidenotes Malaysiakini | 27 Mac 2009 Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian. Pengerusi jawatankuasa itu Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah, lapor Bernama . “Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan,” beliau dipetik berkata kepada media

Siapapun kepalai sayap, persoalan rasuah masih membelenggu UMNO !

Siapa pun kepalai sayap, persoalan rasuah masih membelanggu Umno? Wan Nordin Wan Yaacob Thu Mar 26, 09 11:42:12 am MYT Pemilihan di peringkat sayap-sayap Umno sudah diketahui, malah ada yang menyifatkan satu keputusan yang agak mengejutkan dengan ramai muka baru membarisi ketiga-tiga sayap Umno. Khairy Jamaluddin calon yang penuh 'kontroversi' kerana diberi amaran oleh Lembaga Disiplin berikutan dakwaan rasuah menang Ketua Pemuda menewaskan Dato' Mukriz Mahathir dan Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo. Sementara Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil menang besar selaku Ketua Wanita menewaskan 'iron lady', Dato' Seri Rafidah Aziz dengan jurang undi yang besar. Di peringkat Puteri pula, ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Sirlin menewaskan lima lagi calon lain termasuk saingan sengitnya, Dato' Shahaniza Shamsuddin. Menyingkap kemenangan Khairy menewaskan saingan sengitnya Mukriz, beberapa penganalisis politik membayangkan perihal Pemuda Umno yang akan dibaw

UMNO / BN MULA BERTINDAK KOTOR DI BUKIT GANTANG

Ekmal Yusof Wed Mar 25, 09 12:33:58 pm MYT BUKIT GANTANG, 25 Mac (Hrkh) - Pengarah Jentera Operasi PAS Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi melahirkan rasa kesalnya di atas provokasi kotor oleh Umno/Barisan Nasional terhadap PAS/Pakatan Rakyat di sini menjelangnya pilihan raya kecil pada 7 April ini. "Walaupun kempen sepatutnya berlaku selepas hari penamaan calon 29 Mac ini, tapi Umno/BN telah bertindak liar menggunakan jentera perang saraf jahat dengan mengedarkan gambar-gambar dan risalah serta menggunakan pihak polis bagi menentang lawan cara di luar batas kemanusiaan," tegas Asmuni dalam sidang media di Markaz Tarbiyah PAS Air Kuning dekat sini petang semalam. Dakwanya, beliau terkejut apabila mendapati Umno/BN mengedarkan gambar-gambar "menghina Sultan dan PAS/Pakatan Rakyat", memburukkan parti lawan cara peribadi pada hal perbuatan sebegitu adalah dilarang kerana ia di luar tatasusila kemanusiaan. "Apa ini. Perkataan anjing pun ada dilebelkan pada se

NUJ Utusan mohon permit berpiket di sidang UMNO..!

Ali Bukhari Amir Mar 25, 09 10:52am kemaskini 11.53pm Polis sedang memproses permit piket yang dimohon Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu (M) Bhd untuk berbuat demikian di penghujung perhimpunan parti itu, Sabtu ini.Keputusan polis akan dimaklumkan kepada kesatuan petang ini, kata pengerusi kesatuan Amran Ahmad kepada Malaysiakini.Ditanya tindakan selanjutnya jika gagal mendapat permit berpiket, tambahnya, NUJ Utusan akan memikirkan cara-cara lain untuk mengatasi kebuntuan rundingan perjanjian bersama (CA) dengan majikannya.Permohonan permit itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi jam 11 pagi semalam selepas mendapat sokongan majoriti barisan exco kesatuan tersebut.NUJ Utusan meneruskan hasratnya berpiket setelah gagal mendapat maklum balas barisan pemimpin tertinggi Umno dan menyifatkan tindakan tersebut "medan komunikasi berkesan untuk menyuarakan masalah kami."Amran berkata kira-kira 20 pucuk surat dikirim sejak awal tahun ini kepada menteri-menter

ANAK PERAK DI PERANTAUAN JANJI PULANG SOKONG CALON PAS

Imej
Dilulus terbit pada Tuesday, March 24 @ 19:15:23 MYT oleh  TokPenghulu Oleh  addin_77 " Lebih 2,000 anak-anak Perak di perantauan menyertai para pemimpin utama PAS hari ini dan berjanji akan memastikan calon PAS di Bukit Gantang menang dalam pilihan raya kecil itu nanti. Mereka berkumpul di majlis taklimat khas dan dialog serta pelancaran Tabung Anak Perak Di Perantauan sempena Pilihan raya kecil Bukit Gantang di Markas PAS , Taman Melewar. Di dalam majlis itu, Nik Aziz menyeru anak Perak supaya turun beramai-ramai untuk mengundi serta memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang nanti. Menurut beliau, Umno kini sedang bersungguh-sungguh untuk menawan Parlimen Bukit Gantang dan akan berusaha walau apa cara pun. Dalam ucapannya juga, Nik Aziz menjelaskan bahawa rasuah kini adalah merupakan bala kepada parti Umno. Melihat kepada situasi politik yang melanda, beliau menambah bahawa kini Umno kian terhimpit dan menjadikan pengamal rasuah sebagai pemimpin me

CALON PAS BUKIT GANTANG P.059

Imej
CALON PAS     YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin  (Sworn in as Menteri Besar of Perak on 17 March 2008)   Biodata:   - Date of Birth : 17 March 1957  - Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.  - Father’s Name : Jamaluddin bin Ngah Ismail  - Mother’s Name : Hamidah binti Haji Zainal Abidin  Education:   - Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.  - Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.  - Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak.  University:   - Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England.  - BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England.  Professional Career:   - Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd  - Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)  - Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd  - Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant  Politics:   - Committee Member of PAS Kampar Division (1991 - 2001)  -

Sekat pengaruh besar Harakah, "pengakuan kalah" pusingan pertama BN

Azamin Amin Tue | Mar 24, 09 | 10:20:51 am MYT KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Tidak mampu berhadapan dengan pengaruh besar akhbar Harakah yang berperanan mengubah minda rakyat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat selama ini dilihat sebagai punca tindakan menggantung permit Harakah selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta semalam. Tindakan ini secara tidak langsung merupakan 'pengakuan kalah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai media arus perdana seperti TV1, TV2, radio, akhbar dan stesen televisyen swasta tetapi tidak mampu untuk memulihkan imej BN dan Umno yang semakin buruk di mata rakyat yang senantiasa mendapat maklumat tepat dan benar daripada akhbar pembangkang. Demikian ditegaskan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakahdaily sebentar tadi berhubung tindakan penggantungan permit tersebut. "Ia adalah usaha untuk menyekat pendedahan maklumat berhubung situasi politik yang bercelaru dalam negara khususnya membabitkan parti yang 'ber

Abdullah akan dilihat sebagai negarawan jika berjaya sekat Najib - Mahfuz

WAN NORDIN WAN YAACOB Wed Mar 18, 09 3:11:33 pm MYT KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar meminta kekuatan dan ketegasan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bertindak segera menghalang Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. "Saya percaya bahawa Abdullah tahu semua pihak majoriti masyarakat Melayu, bukan Melayu dan dalaman Umno tak gembira dengan peralihan kuasa ini dan kemunculan Najib ambil alih jawatan, "Sepatutntya Abdullah kena lakukan sesuatu untuk kepentingan negara bukan kepentingan umno.Abdullah kena buat sesuatu supaya proses peralihan kuasa tidak berlaku atau berlakupun bukan kepada Najib kerana pandangan dalaman negara dan luaran juga sudah negatif kepada Najib," katanya. Walaupun tidak nafi kepimpinan Abdullah ada masalah tetapi segmen masyarakat melihat bahawa lebih buruk jika kepimpinan diserah kepada Najib, katanya. Ini kerana rakyat melihat negara akan hadapi krisis lebih buruk

PPSMI bukan isu kecil - Teras

Bashir Ishak Tue Mar 17, 09 2:00:36 pm MYT ALOR SETAR, 17 Mac (Hrkh) - Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid mengingatkan kerajaan yang memerintah bahawa isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukannya satu perkara kecil. Berucap dalam program "Gema Rakyat - Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur" di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di sini malam tadi, beliau menyifatkan isu perjuangan memartabatkan kembali Bahasa Melayu adalah sama juga dengan memperjuangkan Islam. "Di dunia ini hanya ada dua bahasa yang diiktiraf penggunaannya dalam Islam iaitu bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Ini kerana bahasa Melayu telah berkembang dengan banyak menggunakan perkataan-perkataan Arab," katanya. Menyentuh tentang himpunan rakyat membantah PPSMI 7 Mac lalu, beliau melahirkan rasa kesalnya dengan sikap pihak berkuasa yang bertindak ke atas peserta himpunan tersebut. "Kita berarak bukan untuk

"Makkal Sakhti" semarakkan pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS

Imej
'Makkal Sakhti' semarakkan pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS Ditulis oleh Buletin Online    Isnin, 16 Mac 2009 02:55 BUKIT GANTANG, 16 Mac -  “Hidup Hidup, Hidup Rakyat, Makkal Makkal, Makkal Sakhti, Hancur Hancur, Hancur UMNO, Reformasi !,”laung Dato’ Seri Nizar Jamaludin, Menteri Besar Pakatan Rakyat membuka ucapannya, selepas menyebut nama Allah dihadapan lebih 800 orang hadirin.  (Gambar - Nizar melepaskan burung sebagai simbolik kebebasan semasa merasmikan pelanjaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS). Kemudian beliau membaca ayat, “janganlah sekali-kali kamu cenderung kepada kezaliman kelak kamu disentuh oleh api neraka” Bagi kaum India dan Cina yang hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS, Nizar adalah Menteri Besar negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau yang datang dengan kereta rasmi Menteri Besar, Toyota Camry hitam bernombor pendaftaran AGS 10 disambut sebagai ‘hero’ yang memperjuangkan hidup rakyat Perak. “Saudara-sau