Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 12, 2008

Harga Pemuda Umno RM 500 sahaja ?

Abdul Aziz Mustafa Sun | Oct 12, 08 | 12:44:34 pm MYT KUALA LUMPUR, 12 Okt (Hrkh) - Pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Umno semakin panas dengan dakwaan wujudnya politik wang yang begitu berleluasa sehingga melibatkan jumlah yang sangat besar. Beberapa blogger Umno mendakwa sebanyak RM180,000 telah dibelanjakan bagi mendapatkan pencalonan dari Pemuda Umno Bahagian Machang sahaja di mana setiap perwakilan yang hendak dibeli undi mereka didakwa diberikan RM500. Pemuda Umno bahagian tersebut mencalonkan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno di mana Khairy mendapat 96 undi manakala Exco Pemuda Umno, datuk Mukhriz Mahathir mendapat 78 undi. Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, dengan slogan "Berani Berubah!", Ahli Parlimen Jerlun itu telah pun mendapat mendapat 30 pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno dan memerlukan hanya lapan pencalonan sahaja lagi untuk melayakkan diri bertanding jawatan itu. Jumlah minimum pencalonan...

KUOTA 50 PERATUS : JANGAN JADIKAN ISU PERKAUMAN

Imej
Musoddaq Ahmad Wed | Oct 08, 08 | 3:53:39 pm MYT Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) menyokong penuh dasar baru Kerajaan Negeri Kedah mewajibkan peruntukan 50 peratus lot bumiputera dalam semua projek perumahan di negeri ini. DPPNK mengajak Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Cawangan Kedah/Perlis dan semua pihak menyedari bahawa rumah adalah keperluan asas setiap manusia. Oleh itu ia tidak harus dilihat sebagai satu dagangan sebaliknya hak yang perlu diberi kepada setiap manusia. Menginsafi terdapat rakyat berkemampuan, namun lebih ramai mereka yang kurang berkemampuan, maka sewajarnya pemaju mengutamakan projek-projek perumahan mampu dimiliki oleh rakyat kebanyakan di negeri ini dengan mengambil kira demografi sosio-ekonomi semasa. DPPNK melihat selama ini hak asas manusia telah dimanipulasi dan diperdagangkan melalui kapitalisme yang diamalkan pemaju dengan berorientasikan keuntungan semata-mata. Pemaju perlu melihat perkara ini sebagai satu tanggung jawab so...

PENGUNDURAN ABDULLAH BUKTI TEKANAN KUAT DALAM UMNO-SALEHUDDIN

Imej
Nyza Ayob Sat Oct 11, 08 11:21:52 am MYT KUALA LUMPUR, 11 OKt (Hrkh) - Keputusan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti itu pada Mac 2009 menggambarkan ternyata tekanan yang begitu kuat dari dalaman Umno sendiri yang memaksa beliau berundur. Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berpandangan pengunduran Abdullah dilihat sebagai strategi Barisan Nasional (BN) untuk menarik kembali sokongan rakyat dalam pilihan raya akan datang. Jelas Salahuddin, kesan kelemahan Abdullah itu telah diterjemahkan oleh rakyat dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Tambahnya buat masa ini Abdullah dilihat sebagai liabiliti kepada BN dan kerajaan kerana kegagalan beliau menghapuskan rasuah, amalan kronisme, penyalahgunaan undang-undang dan juga Islam Hadhari. Salahhuddin menegaskan, sungguhpun Dewan Pemuda PAS menghormati keputusan Abdullah walaupun mungkin ia berlaku secara 'terpaksa', pihakn...