Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 3, 2008

Mufti Perak: Hiburan dengan maksiat di Hari Raya Aidilfitri haram

Imej
Mufti Negeri Perak Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini berkata Aidilfitri tidak boleh dikaitkan dengan hiburan yang berunsur maksiat seperti konsert atau joget. Beliau berkata memang tidak dibenarkan menggunakan nama Aidilfitri untuk digabungkan dengan hiburan yang melalaikan kerana ia mencemar hari yang merupakan puncak kepada ibadat berpuasa selama sebulan. Perbuatan menyambut Aidilfitri dengan pengisian hiburan yang keterlaluan sehingga menjadikan umat Islam lalai "boleh jatuh kepada haram", katanya kepada pemberita di sini. "Menyambut Aidilfitri dengan sogokan rancangan bercorak hiburan yang terlalu banyak sehingga melalaikan amatlah tidak sesuai seolah-olah menidakkan hari raya itu sebagai hari kemenangan umat Islam. "Islam tidak menghalang hiburan tetapi bukan yang keterlaluan sehingga umatnya lalai semata-mata kerana ingin memuaskan nafsu," katanya. Harussani berkata perayaan dalam Islam adalah ibadat tetapi Aidilfitri hilang hikmah dan tujuannya apabi