30 Ogos 2009

ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini

ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini

Oleh Dzulfikar Mashoor Sun Aug 30, 09 12:19:00 pm MYT

IPOH, 30 Ogos: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.
Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.
Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.
"Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan."
"Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.
Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.
Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.
"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudang hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.
Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.
"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.
Beliau yang dikenali sebagai ikon 'Politik Baru Malaysia' sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang, April lalu, turut memaklumkan bahawa persiapa Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.
Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.
"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."
"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.
Nizar juga turut mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.
"Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, Yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.
Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.
"Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan."
Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan.
Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.
Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).
Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.
Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan._mna

7 - 0 tanda rakyat dah getek (loghat perak) - Nizar

Keputusan PRK 7-0 : Rakyat Dah Getek Kata Nizar
Posted on Saturday, August 29 @ 08:07:10 PDT by KetamBatu
Berita Oleh: ostarmy

"Getek satu perkataan loghat perak yang begitu popular di kalangan orang perak. Perkataan ini membawa maksud benci yang teramat sangat dan mungkin seerti dengan perkataan meluat.

Dan itulah perkataan yang digunakan oleh YB Dato Seri Nizar dalam menghuraikan perasaan masyarakat setelah 7 PRK yang diadakan. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah subuh di masjid jamek lama gopeng pagi tadi - 29 ogos 2009.

Banyak yang diperkatakan oleh YB Nizar dalam kuliah subuh kali ini yang semestinya semacam menjadi wajib hukumnya bila berada di gopeng beliau akan menyelitkan ayat-ayat rawa beliau.

Berikut di paparkan laporan seorang sahabat di blognya tentang kuliah subuh YB Nizar. (Maaf pohon keizinan abg lee)

Tegas beliau "Kini Sindrom Getik (Meluat/Benci) telah menular dikalangan masyarakat di Negara ini,disebabkan sikap egostik pemimpin Umno dan kekerapan mereka membelakangi suara dan kehendak rakyat masa kini.Kekalahan yang memalukan mereka dalam PRK di Bukit Gantang,Kuala Terengganu,Manek Urai,Bukit Selambau dan yang terkini di Permatang Pasir adalah isyarat jelas daripada rakyat dalam Merealisasikan "Kegetikan" mereka terhadap kerajaan BN ini,"Katanya.


Apabila ditanya mengenai Pembubaran DUN pada bulan November ini.Beliau menyatakan bahawa "Pembubaran DUN" mesti dilakukan oleh kerajaan Zambry.Ini kerana persidangan DUN pada 7.5.09 akan cukup tempoh 6 bulan pada tarikh 7.11.09.

Oleh yang demikian,Persidangan DUN mesti diadakan.Sekiranya pihak Kerajaan BN tidak melakukannya,maka belanjawan negeri tidak dapat dibentang,dibahas dan diluluskan oleh dewan,ini akan menyebabkan 7800 kerajaan negeri Perak tidak dapat dibayar gaji pada tahun hadapan dan segala peruntukan kerajaan negeri kepada penduduk negeri Perak juga akan terhenti dan akan menyebabkan berlakunya kepincangan dalam setiap sistem pentadbiran di negeri Perak ini.

Beliau juga ada menyatakan,terdapat beberapa Ahli Parlimen Umno yang berjumpa beliau semasa sidang di Parlimen yang mereka juga berharap agar DUN Perak dibubarkan kerana kemelut yang melanda Perak akan bertambah kusut sekiranya Pembuburan tidak Dilakukan.

Sudah 7 Pilihanraya Kecil diadakan,semuanya berpihak kepada PR..dan rakyat berpuashati dengan setiap keputusan,kerana ini adalah kehendak rakyat.Untuk itu sudah semestinyalah Kerajaan Zamry peka dan bukannya Pekak tentang kehendak dan keresahan rakyat Perak masa kini.

dipetik dari

http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/"

21 Ogos 2009

UMNO terdesak sebar berita Salleh Man gelapkan duit

UMNO terdesak sebar berita Salleh Man gelapkan duit PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Te@M.IT
FRIDAY, 21 AUGUST 2009 08:41

PERMATANG PASIR, 21 Ogos - UMNO BN semakin terdesak kali ini apabila cuba menyebarkan berita kononnya calon PAS, Ustaz Salleh Man telah menggelapkan duit pilihanraya sebanyak RM 600 000.


Sehubungan dengan itu Pengarah jentera Induk PAS, Mahfuz Omar mencabar pihak UMNO ataupun mana-mana pihak membuktikan sekiranya dakwaan tersebut benar.

Mahfuz juga menganggap ini merupakan satu lagi lawak jenaka UMNO, kerana mana mungkin PAS yang serba kekurangan menyimpan duit sebanyak itu.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa yang dikaitkan nama beliau dengan berita itu turut menafikannya. Beliau berkata bahawa berita ini dicedok daripada seorang blogger di alamat http://bigdogdotcom.wordpress.com.

Mahfuz dan Mujahid menjawab tuduhan ini ketika sidang media di Markaz Induk PAS, Permatang Pasir.

Menurut beliau ini juga merupakan satu langkah terdesak UMNO kerana calon mereka, Rohaizat Othman telah dibelenggu pelbagai masalah pribadi.

Rohaizat sebelum ini telah di dakwa telah menipu kliennya sebanyak RM 161 000 dan telah di sahkan oleh bekas rakan kongsinya Yusri Ishak.

Selain itu, Rohaizat juga turut di dakwa mempunyai seorang lagi isteri yang tidak di layan dengan seadilnya bernama Hafizah yang kini tinggal di Jengka, Pahang. Walaubagaimanapun Rohaizat tidak mengakui beliau mempunyai isteri lain apabila ditanya oleh wartawan hari ini.

Mahfuz di dalam kenyataan media hari ini turut memberitahu, akan mendedahkan satu lagi masalah Rohaizat pada hari esok sekiranya Rohaizat tidak mahu berundur.

Calon BN hero yang Haprak !!

Calon BN hero yang haprak
Ditulis oleh http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/
FRIDAY, 21 AUGUST 2009 06:24

Sehingga kini, BN menghadapi hawa kempen yang merimaskan ekoran daripada calonnya Rohaizat Othman berdepan dengan 'penyakit' peribadi yang kini menular menjadi wabak yang bakal melemahkan seluruh urat saraf jentera kempen BN. ia suatu realiti yang sedang dihadapi, tatkala kelmarin Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan telah menabalkan Rohaizat sebagai hero (disebut juga wira).

Namun, hari ini gelaran itu telah dilucutkan oleh kawan (rakan kongsi syarikat guamannya), Yusri Ishak, ekoran pendedahan peristiwa sebenar di sebalik tindakan pihak Malaysian Bar membatalkan status peguam calon BN itu. Maka, layaknya calon BN kali ini dilabelkan sebagai hero yang kini jadi haprak.

Label haprak mungkin tak patut, tetapi dikira padan dengan rencahan 'bohong' yang tak berselindung dibuat oleh Ahmad Maslan dan Rohaizat sendiri. Natijah pembohongan kemudian haprak itu, mungkin boleh dinilai daripada lakaran perisitiwa-peristiwa berikut:

1. Terbaru - tindakan Yusri Ishak membuat kenyataan menjawab omongan Ahmad Maslan bagi pihak Rohaizat dalam kes penyelewengan (misconduct) wang pelanggan mereka ketika menjadi rakan kongsi firma guaman.



2. Kelmarin: Rohaizat - Hero atau haprak! Rohaizat seorang hero kata Ahmad Maslan ketika sidang media disiarkan RTM dalam siaran beritanya, 18 & 19 Ogos 2009.

3. Sebelum itu, 19 Ogos Tengku Razaleigh Hamzah telah membuat kenyataan discredit terhadap calon BN, Rohaizat ekoran kenyataan Malaysia Bar yang membatalkan Rohaizat selaku peguamcara dan peguambela.


4. Pada 18 Ogos, sidang media Ahmad Maslan antaranya menyebut Rohaizat, yang menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan, terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya. Rakan yang dimaksudkan ialah calon BN, Yusri Ishak.

5. Pihak Setiausaha Malaysian Bar, pada 18 Ogos telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan nama Rohaizat telah dibatalkan statusnya sebagai peguam.

6. Pada 7 Mac 2008, Malaysian Bar telah membatalkan Rohaizat sebagai peguam, diikuti dengan penolakan rayuan makamah pada 12 Ogos 2009 lalu.

Sehubungan dengan peristiwa tersebut, nyata sekali isu Rohaizat adalah lebih buruk (bertaraf haprak) berbanding calon BN, Wan Mohd Farid calon BN di pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu pada Disember 2008 lalu. Ketika itu, BN telah kalah di Kuala Terengganu ekoran daripada calonnya dilabelkan sebagai seorang yang sombong.


Persoalannya, jika rakyat Kuala Terengganu telah menolak calon BN yang sombong, apakah rakyat di Permatan Pasir boleh menerima hero bertaraf haprak? Jika haprak itu lebih teruk lagi daripada sombong, selayaknya (lebih aula lagi) rakyat Permatang Pasir menolak calon BN itu. Jika begitu, besar kemungkinan BN akan kalah sekali lagi di Permatang Pasir!



Namun, Tuhan Yang Esa tetap bersifat amat pengampun lagi mengasihani. Setiap hambanya yang bertaubat pasti akan mendapat nikmat-Nya. Atas sifat berbohong adalah salah satu sifat haprak yang boleh diubah dengan cara meninggalkan amalan buruk itu dan kembali kepada beramal secara kebenaran.


UMNO menggelupur dengan dua isu ini !!!

Pertama: Terlondeh penyelewengan calon Umno, Rohaizat, di PRK P. Pasir. Semakin detail apabila Yusri tampil ke pentas PAS dan adakan Press Conference membersihkan dirinya dari dikambinghitamkan oleh Umno utk menyelamat tengkuk Rohaizat yg menyeleweng...

http://malaysiakini.com/news/110996

Kedua: Pendedahan surat anggota SPRM berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo...

http://mt.m2day.org/2008/content/view/25886/84/


Semakin terserlah UMNO dan rasuah tak dapat dipisahkan!!!

Majlis Fatwa di pergunakan !!!

Majlis Fatwa dipergunakan
Ditulis oleh Te@M I.T
FRIDAY, 21 AUGUST 2009 02:18


PERMATANG PASIR, 21 OGOS - Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Tantawi kesal dengan tindakan majlis fatwa yang sanggup dipergunakan pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.



Menurut beliau, media arus perdana bersikap tidak telus dan tidak adil dengan memanipulasi kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkaitan dasar perjuangan Umno yang tidak menjurus ahlinya ke arah syurga justeru banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat seperti amalan rasuah, menahan dan menuduh individu tanpa soal-siasat dan sebagainya.


Kenyataan media arus perdana yang tidak merujuk kepada ucapan tok guru adalah satu tindakan yang tidak amanah dan menyalahi etika.


Ini tidak lain hanyalah sebahagian taktik kotor BN untuk mengalih perhatian pengundi menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir dengan menyerang peribadi tok guru.


Tambahan lagi, pelbagai tafsiran serta kenyataan balas oleh ahli agama dan akademik lain dibuat hanya berdasarkan andaian tidak berasas masing-masing tanpa merujuk maksud sebenar ucapan tok guru.


17 pengkhianatan Umno kepada Melayu. kata kamarudin

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu, kata Kamarudin
Oleh Afyan Ali
Fri | Aug 21, 09 | 10:33:02 am MYT
GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.







Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin.

"Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.

Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.

Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.

Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.

Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.

"Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.

Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

/Pemudagombak.com

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman tampil membersihkan diri


Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman tampil membersihkan diri
Posted on Thursday, August 20 @ 16:23:55 PDT by TokPenghulu

Berita Oleh Din Binjai

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.

Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu.

Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai "wira" kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

19 Ogos 2009

Pilihanraya di Kota Siputeh ?

Kota Siputeh selepas Permatang Pasir?

Oleh Nazri Abdullah Wed Aug 19, 09 6:26:52 pm MYT

ALOR SETAR, 19 Ogos: Mungkinkah akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil dalam masa terdekat? Persoalan ini sedang menunggu jawapan berikutan aduan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut.

Abu Hasan tidak hadir sidang Dun dua kali, masing-masing pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah, kerusi mana-mana Adun dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker.
Abdul Isa ketika dihubungi berkata, tidak timbul soal surat pemberitahuan kerana Undang undang tubuh negeri menyebut hanya berkaitan kebenaran speaker.

"Bukan soal dia (Abu Hasan) hantar surat pemberitahuan atau tak hantar kepada saya, soalnya saya beri kebenaran atau tidak? Dia tidak berhubung dengan saya. Kalau dia hantar surat seminggu selepas itu pun tidak ada makna," ujarnya ketika dihubungi harakahdaily.

Berikutan itu, Dr. Abdul Isa telah menyerahkan surat pemakluman berhubung pelanggaran itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya SPR negeri bagi menentukan status jawatan Abu Hasan.
Berikutan itu juga, satu sidang media khas akan diadakan oleh beliau jam 10 pagi esok di pejabat speaker di Wisma Darul Aman.
"Antara lain apa yang saya nak beritahu esok, kenapa kita terpaksa ambil tindakan begitu," ujarnya lagi.

Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon PAS, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi.

Jika SPR memutuskan kerusi itu kosong, ini bermakna negara bakal menghadapi pilihanraya kecil yang ke 8 selepas Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu dan yang ke dua bagi negeri Kedah selepas Bukit Selambau.

18 Ogos 2009

H1N1 - Malaysia ditangga teratas ?

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?

Posted on Monday, August 17 @ 17:56:42 PDT by TokPenghulu

Oleh: ex_lalang"

"Sehingga 11 Ogos 2009, sejumlah 208,990 kes dengan 1,716 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 835 kes dengan 28 kematian berbanding dengan hari sebelumnya."

Petikan dari http://h1n1.moh.gov.my 16/8/09

Secara average 1716 kematian/ 174 negara bermaksud lebih kurang 10 kematian setiap negara. Tetapi diMalaysia hari ini sahaja sudah ada 62 kematian yg dilaporkan dan ramai lagi yg sedang dirawat dihospital2 dan juga tak kurang yg berada dirumah.

Dengan jumlah 62 kes kematian yg dilapurkan, Malaysia mungkin berada dalam kedudukan Top 10 didunia. Dan kalau diukur dari segi jumlah penduduknya Malaysia mungkin berada ditangga teratas.

http://www.who.int/csr/don/2009_08_12/en/index.html
http://www.who.int/csr/don/GlobalSubnationalMasterGradcolour_20090806_weekly.png

Adakah kedudukan ini yg pehak kerajaan tunggu2kan supaya kita dilihat dimata dunia dan boleh masuk "world book of record"?

Tak kan nak tunggu jumlah kematian mencecah 2 kemudia tiga angka setiap hari baru kita nak declare drastic action seperti darurat.

Kalau kerajaan tak sayangkan rakyatnya, kita sebagai manusia dan yg mempunyai anak2 perlu melakukan sesuatu agar kerajaan mengambil tindakan yg tegas dalam isu H1N1 ini. Mungkin NGO2 serta Persatuan PIBG dan guru2 dan ibu bapa berpadu tenaga untuk menyedarkan kerajaan akan keadaan yg amat kritikal ini.

Pergil lantak lah akan ekonomi buat sementara waktu. Kalau kita tengok ada rakyat2 negara2 maju yg buat boikot besar2an dan lumpuhkan aktiviti tetapi negara mereka masih ujud dan rakyatnya masih mampu untuk hidup. Jangan sebab nak jaga ekonomi yg banyak mengenyangkan poket2 businessman, rakyat perlu hidup dalam ketakutan.

Vaksin yg dikatakan boleh merawat H1N1 ini akan sedia dalam masa 5 bulan lagi itupun kalau diizinkan ALLAH. http://www.who.int/csr/disease/swineflu/notes/h1n1_vaccine_20090806/en/index.html
Kalau sekarang angka yg mati sudah bermain hampir 2 angka setiap hari, dalam masa 5 bulan lagi ntah berapa ramai lagi yg akan mati. Memang ajal adalah hak ALLAH tetapi kita juga disuruh untuk menjauhkan diri dan berikthiar agar menyelamatkan diri dari penyakit ini.

Seperti yg disarankan oleh ramai pehak, kita bekukan sahaja semua aktiviti buat sementara. Jangan jadikan hidup kita macam apa yg dilakukan oleh magnum dan tokeh2 judi yg lain kepada kaki judi.."tunggu nombor kita naik"

Ya ALLAH..hanya Engkau sahaja yg kami sembah dan hanya Engkau sahaja kami pohon pertolongan. Ya ALLAH..lindungilah kami,keluarga kami dan muslimin serta muslimat yg beriman dari bala "h1n1" ini."

17 Ogos 2009

Jadikan semangat BADAR di Permatang Pasir !!!


Permatang Pasir adalah medan menguji kekuatan pejuang-pejuang PAS. Kekuatan tenaga, fikiran hati dan perasaan . Kita terpaksa menghadapi Pilihanraya didalam Bulan Ramadhan. Bulan umat islam menahan lapar dan dahaga. Bulan menguji ketahanan iman dan taqwa.
Sejarah membuktikan Badar adalah peperangan yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Dalam peperangan itulah allah memberikan kemenangan.
Tentera islam berada dalam keadaan yang serba kekurangan. Peralatan senjata yang tidak mencukupi, bilangan tentera yang sedikit. diuji lagi oleh allah dengan hati dan perasaan, kerana yang akan dihadapi oleh sahabat nabi ialah orang-orang mekah yang terdiri dari saudara-saudara mereka.
Tetapi kekuatan taqwa membuktikan itulah kekuatan yang sebenarnya. kekuatan yang mengundang pertolongan Allah.

Mengapa perang ini begitu istimewa?

Pertama, karena Perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri dari 82 Muhajirin, 61 dari suku Aus dan 170 dari suku Kharaj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang.

Kedua, baginda mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badr, sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikitpun mengurangkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakr dan Saidina Omar Bin al-Khattab untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Ketiga, peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu Allah.

Keempat, walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak mengalang umat Islam daripada terus berpuasa, apatah lagi ia merupakan arahan Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.

Kelima, jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi penentu kepada sesuatu kejayaan.

Keenam, kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.

Ketujuh, mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraish boleh membantu melancarkan strategi peperangan.

Kelapan, menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar dikalahkan.

Kesembilan, menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah dan meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan dunia yang melalaikan.

Kesepuluh, cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Omar bagi menyelesaikan isu tawanan perang.

Kesebelas, sebagai seorang Nabi, baginda tidak sedkitpun rasa malu untuk menerima pandangan dari sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi mencari jalan penyelesaiannya.

Keduabelas, sesungguhnya banyak pengajaran positif yang perlu diambil kira oleh setiap individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka. _

16 Ogos 2009

Istihar Darurat Segera Untuk Bendung Wabak Influenza A (H1N1)

Isytihar Darurat Segera Untuk Bendung Wabak Influenza A (H1N1)

Posted on Saturday, August 15 @ 07:28:22 PDT by TokPenghulu
Oleh Mohd Ezli Mashut

Angkatan Muda Keadilan Selangor memohon Kabinet mempertimbangkan pengisytiharan darurat di seluruh negara segera untuk membendung penularan wabak Influenza A (H1N1).

Jumlah kematian dan jangkitan baru yang terus-menerus meningkat membuktikan keadaan wabak H1N1 di negara ini semakin kritikal dan mencemaskan. AMK Selangor amat prihatin dengan nyawa rakyat yang semakin terancam jika tindakan lebih pantas dan drastik tidak diambil.

AMK Selangor juga mendesak sidang khas Parlimen membicarakan usul pelan khas menangani wabak H1N1 diadakan segera dalam masa terdekat. Sidang khas Parlimen ini amat penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan tahap pencegahan selama ini dan pelan tindakan kecemasan yang perlu diambil segera. Menangguh masa yang lebih lama memberi ruang kepada wabak H1N1 untuk meragut dan mengancam nyawa dan kesihatan rakyat.

Dalam sidang khas Parlimen itu juga, AMK Selangor berharap wakil Parlimen sedia membawakan usul untuk mengadakan ‘Tabung Kecemasan Wabak H1N1'. Ianya bertujuan untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa wabak ini dan juga untuk kebajikan pengurusan yang perlu ditanggung oleh ahli keluarga yang berhadapan masalah kewangan. Malahan tabung khas ini boleh diadakan segera tanpa menunggu sidang khas Parlimen.

Melihat kepada suasana perkembangan yang membimbangkan ini. AMK Selangor merasakan perlu dilaksanakan ‘gencatan politik' . Justeru segala polemik politik yang tidak menguntungkan rakyat seperti pelan rampasan kuasa di Selangor, serangan politik sempit peribadi, fitnah-memfitnah dan politik adu-domba dapat dihentikan segera. Jika perlu pilihanraya kecil ditangguh sementara bagi memberi ruang semua pihak memberi fokus untuk menangani penularan wabak influenza A (H1N1).

Kita tidak perlu menunggu statistik kematian akibat wabak Influenza A (H1N1) ini sehingga mencecah angka ribuan kemudian baru untuk bertindak. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) bahawa antara 5,500 sehingga 28,000 orang boleh menjadi korban di negara ini. Maklumat ini sepatutnya sudah meletakkan semua pihak pada tahap kecemasan dan kesiapsiagaan pada paras tertinggi. Bencana besar ini semakin sukar ditangani jika kita perlahan dan lembab bertindak.

AMK Selangor berharap kerajaan membuat keputusan betul dan tepat pada saat yang amat genting ini. Kegagalan bertindak pantas,tepat dan sistematik pastinya mengundang korban nyawa rakyat yang lebih besar. Rakyat kini dalam situasi panik dan menuntut sesuatu langkah bersepadu dan drastik dilaksanakan segera.

Justeru, bertindak pantas sebelum kita terlewat membendung pandemik global yang kini mengancam jutaan nyawa manusia di seluruh dunia. Wabak Influenza A (H1N1) ini berpotensi menjadi sejarah korban wabak maut terburuk di abad ini. Semoga kita semua dilindungi daripada menjadi mangsa wabak yang semakin mengancam nyawa kita dan generasi masa hadapan.Mohd Ezli MashutKetua PeneranganAngkatan Muda Keadilan Selangor

13 Ogos 2009

DUN PERAK BUBAR PALING LEWAT 7 NOVEMBER INI - NIZAR !!!


Wednesday, August 12, 2009


MENTERI Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak akan dibubarkan sebelum berakhir tahun 2009 ini.


Ini kerana, katanya jika Dun Perak tidak bersidang menjangkaui tempoh enam bulan negeri Perak akan menjadi negeri 'tidak berperlembagaan' atau 'unconstitutional state'."


Dun Perak mungkin kita (PAS) boleh jangka bila dia bubar, dia (Barisan Nasional) terpaksa bubar juga kerana tidak ada pilihan lain, dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak mesti bersidang tidak lebih enam bulan,"tegasnya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Tindakan Dun Cukai bagi mengumpul Dana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, di sebuah Restoran di Bukit Kuang, Chukai, pada 5 Ogos lalu.Menurutnya sidang Dun Perak akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 November 2009 kerana persidangan lalu diadakan pada 7 Mei 2009.


Katanya sidang Dun tersebut mesti diadakan bagi membentang dan meluluskan Belanjawan 2010."


Mesti ada persidangan, jika tidak bagaimana (negeri) nak belanja tahun depan (2010), nak beri (bayar) gaji kakitangan kerajaan negeri Perak, nak buat peruntukan untuk perbekalan."Ini mesti diluluskan di Dewan Undangan Negeri dalam bentuk Belanjawan 2010, ikut mana cerita pun dia (kerajaan) mesti buat persidangan,"jelasnya. /


Harakah

11 Ogos 2009

PROTOKOL-PROTOKOL ZIONIS YAHUDI

Nukilan;HambaAllah

Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apaila seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis.
Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecualidi dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”

Protokol Pertama

Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.

Protokol Kedua

Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

Protokol Ketiga

Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menybabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke ‘pasukan kita' iaitu Sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.

Protokol Keempat

Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Protokol Kelima

Sekiranya ada di kalangan orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Kesannya, mereka mengambil keputusa untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja.

Protokol Keenam

Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mestilah dipastikan menduduki mertabat kaum buruh yang melarat.

Protokol Ketujuh

Orang-orang Yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

Protokol Kelapan

Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.

Protokol Kesembilan

Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol Kesepuluh

Yahudi akan membawa masuk racun ‘Liberalisma' ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.

Protokol Kesebelas

Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran ke atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuatan di seluruh dunia.

Protokol Kedua belas

Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbaratau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran rakyat.

Protokol Ketiga belas

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Protokol Keempat belas

Para filosuf Yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol Kelima belas

Apabila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri.

Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya ‘FREMASONIC LODGE' iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang orang Yahudi.

Protokol Keenam belas

Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran-ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

Protokol Ketujuh belas

Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

Protokol Kelapan belas

The Kings of Jews akan dikawal oleh pengawal pengawal rahsia, kerana orang-orang yahudi tidak akan membuka pinti kepada kemungkinan adanya perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi

Protokol Kesembilan belas

Bangsa Yahudi akan membicarakan orang orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan yang lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yang hina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

Protokol Kedua puluh

Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut.

Protokol Kedua puluh Satu

Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Protokol Kedua puluh dua

Untuk sampai ketujuan yang baik iaitu kekuasaan Yahudi yang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

Protokol Kedua puluh tiga

Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.

Protokol Kedua puluh empat

Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Petikan di atas adalah ringkasan sebenar protokol yahudi. Untuk membaca penjelasan lengkap mengenai protokol yahudi ini, silalah ke

http://www.biblebelievers.org.au/przion1.htm

Seterusnya di bawah ini saya sertakan beberapa artikel lain yang saya perolehi dari internet yang menjelaskan lagi tentang protocol yahudi ini.

Emjay

SAMPAI BILA NAK PAKAI TOPENG !!!

Posted on Tuesday, August 11 @ 00:30:00 PDT by AbuJihad
Oleh: ustnik

"Ketika isteri saya berada di sebuah klinik daerah, jururawat di situ bercakap sesama sendiri: ‘Sampai bila kita pakai topeng ini?’ Memang mereka mengeluh.
Dulu tak payah pakai apa-apa. Sekarang sepanjang bertugas, mulut dan hidung sentiasa ditutup. Soalnya, sehingga bila?
Saya pernah mendengar dalam berita radio tempohari bahawa H1N1 akan ‘lebih mengganas’ jika ‘bergabung’ dengan H5N1 (selsema burung).
Maknanya penyakit selsema ini tak akan berkurang? (kalau ada pegawai perubatan/kesihatan berkaitan tolong huraikan)
Selsema babi atau Influenza A H1N1 merebak begitu cepat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO sudah tidak mampu membilang kes dan kematian lagi.
Ujian dari Allah ini datang bukan kerana Allah menzalimi manusia, tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri mereka.
Banyak hadis yang mafhumnya menyebutkan bahawa lahirnya penyakit-penyakit baru yang tidak pernah menimpa umat dahulu ialah kerana kejahatan manusia sendiri yang melanggar perintah Allah.
Cuma bagi saya, penyakit yang menimpa samada H1N1 atau yang lain, penghujungnya paling tinggi pun adalah mati.
Tidak lebih dari itu. Yang lebih penting dari kematian itu, ialah bagaimana bentuk mati itu?

Mati taatkan Allah atau mati derhakakan Allah.

Pelbagai usaha juga dibuat bagi mengawal dari ditimpa H1N1. Dari solat hajat, baca Yaasin hinggalah usaha-usaha perawatan dan perubatan. Saya tertarik dengan cadangan Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Ahmad yang menyarankan sebagai satu usaha pencegahan dalam perubatan JAWI supaya diambil produk di bawah:

” Demam
Kebiasaanya terapi herba untuk kes demam adalah seperti di bawah.
Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat herba yang perlu dicadangkan.
Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak , boleh menyebabkan kematian.
Persediaan herba di bawah merupakan kaedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun begitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.

1. IMT – 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle – (minum terus menerus) – hingga habis sekotak.
3. spirulina – 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. eq minda – minum hingga sembuh.
5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi, jaram dengan daun bunga cina.

H1N1
Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah “pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan” . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:-
1. IMT – 3 x 3
2. Roselle – 5 x 3 dan teh roselle – 2 x3
3. Madu corcinium – 2 x 3
4. kopi Radix
5. Malac – 2 x 3
6. Teh herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .
Walau apapun mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini .Amin.”"

09 Ogos 2009

ZAMBRY TAKUT BUAT DEMO KAT STADIUM !!

Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar

Azamin Amin Fri Aug 07, 09 9:31:29 am MYT
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram.

Malah tidak cukup dengan itu Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata.
Kenyataan ini diselar bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan.
"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata Najib mengulas perhimpunan anti-ISA, 1 Ogos lalu.
Nizar berpendapat Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib kerana bimbang dengan kebangkitan rakyat Perak, yang telah dibuktikan dengan perhimpunan anti-ISA, di mana terdapat jumlah rakyat Perak yang turut serta di samping melaungkan juga gesaan agar DUN Perak dibubarkan.
"Sekarang siapa betul, Najib atau Zambry? Sama ada Najib tidak serius dengan kenyataannya atau Zambry terpaksa lawan cakap bosnya, atau kedua-duanya mempermainkan kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan antara program perhimpunan Dun Perak itu adalah pengisian ceramah di samping menyambut kedatangan bulan Ramadan, yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat diketuai Dewan Pemuda PAS Perak.
Bagaimanapun tarikh perhimpunan belum ditentukan dan beragntung kepada permohonan kebenaran kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak, kata Nizar.
Selain itu, jelajah konvoi seluruh Perak yang bakal dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk gerakan 'Bubarkan Dun Perak' akan diadakan di bulan Puasa dan destinasi yang dituju ialah di Lumut dan Pangkor, kawasan kubu Zambry.
"Rakyat Perak masih bersemangat tinggi, dan kita masih meneruskan tindakan politik serta undang-undang, selagi Dun Perak tidak dibubarkan.
"Saya percaya kerana itulah Zambry takut dan mengeluarkan kenyataan berputar-belit, demi survival politiknya yang makin jatuh di mata rakyat Perak," katanya yang juga Timbalan Dua Pesuruhjaya PAS Perak. - azm _ -->

08 Ogos 2009

Anda Faham atau buat-buat tak faham

Anda faham atau buat-buat tak faham..
Posted on Friday, August 07 @ 18:30:00 PDT by TokPenghulu
Oleh Al Mansur

Kebelakangan ini ada dikalangan pemimpin DAP yang bertindak seolah-olah mereka mewakili suara rakyat dan parti. Namun apa yang kelihatan hanyalah kenyataan-kenyataan dangkal yang berasaskan emosi perkauman dan keagamaan. Saya tidak berniat menuduh, tetapi sebagai rakyat yang prihatin terhadap pluralisme di Malaysia, saya merasakan budaya ini tidak sihat untuk diamalkan oleh mana-mana pemimpin di Malaysia.
Sebagai seorang muslim, kami di ajar untuk menghormati budaya dan agama lain.
Kami juga dilarang untuk menghina atau merendah-rendahkan kepercayaan agama lain.
Itu adalah prinsip yang diajar oleh nabi kami.
Kenyataan Ronnei Liu dan Jeff Ooi baru-baru ini serta pemimpin DAP Kedah sebelum ini, seolah-olah mereka masih belum tamat belajar di Universiti Of Malaysia (UOM).
UOM mengajar kita menghormati sesama kita dan tidak bertindak membelakangi sensitiviti keagamaan dan perkauman.
Sesungguhnya tuhan telah mentakdirkan untuk kita hidup bersama, mencari rezki di tanah yang sama, berhujan dan berpanas di bumi yang sama.
Oleh itu seharusnya kita sentiasa mengawal tindak tanduk dari bertindak melepasi batasan emosi.
Islam adalah satu agama kedamaian, keamanan dan keadilan.
Islam bukan agama keganasan atau penindasan. Asas ini perlulah diketahui oleh semua masyarakat bukan Islam.
Islam juga membuka seluas-luasnya pintu perbincangan sebagai jalan penyelesaian kepada sebarang permasalahan dengan syarat tidak membelakangi prinsip Islam.
Namun sekiranya Islam itu dihina dan direndahkan kemuliaannya, kami juga tidak diajar untuk berdiam diri, malah kami diajar untuk mempertahankannya. Oleh yang demikian saya menyeru seluruh pemimpin masyarakat bukan Islam yang bernaung dibawah tanah air yang bernama Malaysia agar memahami asas ini.
Saya juga yakin bahawa ada dikalangan pemimpin dan masyarakat bukan Islam yang sangat memahami perkara ini.
Kefahaman inilah akan membentuk ciri-ciri Malaysia Baru. Cita-cita ke arah Malaysia Baru memerlukan seluruh masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia saling bantu membantu tanpa mengira latarbelakang bagi menjayakannya.
Segalanya memerlukan kefahaman yang jelas terhadap asas-asas yang saya sebutkan tadi. Akhir bicara, saya ingin bertanya kepada mana-mana pemimpin yang masih belum mengerti realiti ini, “Anda faham atau buat-buat tak faham..?

English Version (if you don't understand)
Lately there are those among the DAP leaders act as if they represent the voice of the people and the party. Yet they just portray questionable racial and religious base statements. I have no intention of accusing anybody, yet as a citizen who is concern about the pluralism in Malaysia, I don’t think this is a healthy culture to be practiced by any leaders in Malaysia. As a muslim, we are taught to respect others religion and culture. We are also prohibited from mocking or looking at other religions in contempt. Those are the principles taught by our prophet.

The recently Ronnei Liu and Jeff Ooi statements, as well as the Kedah DAP leader before, shows as if they have not graduated from the University of Malaysia (UOM). UOM teaches us to respect one another & not to go against racial and religious sensitivity. By right God has destined us to live together, making a living and facing hardships on the same soil. Thus, we should always control our actions from behaving beyond the emotional limits.

Islam is a religion of peace and justice. Islam is not a religion of violence and cruelty. All non-muslims should know this foundation. On top of that, Islam opens the widest room for talks in order to find solutions for any problems occur as long as it doesn’t go against the Islamic principles. Still, when Islam purity is mocked and challenged, we are not thought to just let it be, in fact, we are taught to defend it. Therefore, I am calling upon all the non muslim community leaders under the same soil of Malaysia to understand these basic principles.

I believe there are those among the non muslim leaders and community truly understand this matter. This belief is the one that will shape the New Malaysia characteristics. This dream towards New Malaysia needs the whole community of various religions and races in Malaysia to help one another regardless of their backgrounds in order to achieve it. Everything need to have a clear understanding towards the basics that I have mentioned just now. Lastly, I would like to ask any leaders that that still don’t understand this reality, Do you understand, or do you pretend not to…?-almansur-http://islamreturn.blogspot.com

07 Ogos 2009

INKUES TEOH : DARAH DI RUANG TANGGA ? - Malaysiakini.

Inkues Teoh: Darah di ruang tangga?
Andrew Ong
Ogos 7, 09
6:17pm
Lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Ini kerana kesan, yang mungkin darah, ditemui di ruang tangga dari tingkat 14 - pintu masuk utama ke pejabat SPRM - ke tingkat 15 pejabat tersebut.

Lebih banyak kesan terdapat dalam sebuah bilik di tingkat 15. Yang memeranjatkan ialah koroner dimaklumkan bahawa polis tidak mengambil sampel dari kesan tersebut.

Peguam Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.

"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut.

"Kami bertanya kepada pengarah SPRM (Selangor) mengenainya, tetapi beliau tidak tahu. Pegawai penyiasat polis berkata beliau akan memeriksa kesan tersebut," kata Lim.

Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.

Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.

"Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim yang juga ahli parlimen Segambut.

06 Ogos 2009

JANGAN PREJUDIS TERHADAP ISLAM !!! - US NASARUDDIN TANTAWI

Jangan Prejudis Terhadap Islam

1. Saya perlu memberi teguran dan sekaligus memberi peringatan kepada Yb. Jeff Ooi berkaitan kenyataannya di Sunday Star .

2. Saya merujuk kepada kenyataan Yb Jeff Ooi [ Ahli Parlimen Jelutong - DAP ] merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar The Sunday Star bertarikh 02. 08. 2009 muka surat N.12 .

3. Yb. Jeff Ooi telah mempertikai Mohd Razali bin Abdullah , Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan menuduh dan menggelarkannya sebagai "Muslim Extremist" kerana menjadi ahli Jamaah Islam Malaysia [ JIM ] yang mempunyai misi " to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020 "

4. [ Membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang - undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020 ] bukan sahaja menjadi cita - cita JIM tetapi ianya menjadi cita - cita setiap muslim yang mukmin dan muttaqin [ muslim yang benar - benar beriman dan tunduk kepada perintah Allah swt ]

5. Yb. Jeff Ooi dinasihat dan diperingatkan agar TIDAK keterlaluan dalam kenyataan dan tindakan yang boleh menyinggung perasaan ummat Islam dan TIDAK bersikap prejudis terhadap Islam .

6. Saya tegaskan sekali lagi , bahawa menjadi asas dan prinsip seorang muslim dan pergerakkan Islam membentuk cita - cita untuk melaksanakan syariat Islam dan sememangnya Islam itu adil untuk semua . Justeru itu , cita - cita atau prinsip tersebut tidak membawa maksud ia ekstrim sebagaimana yang didakwa.

7. Islam adalah agama yang adil , toleransi dan damai sifatnya . Jangan lihat Islam pada wajah manusia yang ingkar terhadap perintah Allah swt tetapi lihat Islam pada wajah mereka yang berilmu , bertaqwa dan soleh perilakunya . lantaran itu Islam adalah agama yang suci , maka dimanakah tidak kenanya cita - cita untuk melaksanakan suatu yang suci , adil dan toleransi .

8. Jika Islam tidak benar , sila buktikan dimana tidak benarnya ? jika berpegang dengan ajaran Islam itu adalah ekstrim , maka apakah implikasinya ? apalagi yang menghantui pemikiran beliau mengenai Islam ? atau beliau masih mengalami Islamophobia hasil dari propaganda barat dan kuncu - kuncunya ?

9. Sewajarnya beliau tidak memahami Islam dari perspektif musuh - musuh Islam seperti barat , golongan Islam Liberal dan pelampau tetapi sebaliknya merujuk terlebih dahulu berkait dengan dasar dan prinsip Islam melalui para alim ulama' yang memperjuangkan Islam .

10. Saya mendesak dan menyeru supaya Yb. Jeff Ooi memohon maaf kepada ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang tersebut dan kepada semua ummat Islam secara terbuka di atas keterlanjuran kata dan sikap yang ditunjukkan .

Demo di Masjid Shah Alam, Pemuda PAS tiada kaitan !!!

Saidah Hairan Thu Aug 06, 09 4:42:29 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Pemuda PAS negeri Selangor menafikan akan mengadakan demonstrasi di Masjid Negeri Selangor bagi mendesak kerajaan Selangor menukar portfolio exconya, Ronnie Liu.

Timbalannya, Ahmad Zaidy Abd Mutalib menafi keras dakwaan exco Pergerakan Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin bahawa PAS akan menganjurkan demo tersebut di kawasan masjid esok, Jumaat.
Setakat ini katanya, Pemuda PAS tidak ada kena mengena dengan perancangan demo sebagaimana yang didakwa oleh Pergerakan Pemuda Umno tersebut.
"Pemuda PAS Selangor tidak pernah menghubungi Pemuda Umno dan tidak pernah merancang hendak mengadakan demonstrasi," tegasnya.
Beliau menegaskan, Pemuda Umno cuba mengeruhkan keadaan dan mahu merosakkan hubungan akrab parti dalam Pakatan Rakyat.
"Semua perkara ini berpunca daripada Umno yang telah memerintah selama 50 tahun tetapi mereka tidak dapat mengharamkan penjualan arak di kawasan-kawasan majoriti Melayu," tegasnya.
Ini kerana tambah beliau, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melaksanakan perkara tersebut walaupun baru setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.
"Saya cabar Umno dan Pemuda Umno jika benar-benar ikhlas untuk mengharamkan penjualan arak secara terbuka, mereka mesti melaksanakan terlebih dahulu di negeri-negeri yang mereka perintah dan di Persekutuan," tegasnya. - mns_ -->

03 Ogos 2009

IBRAHIM LIBYA , PEJUANG ANTI ISA YANG SEJATI !!


Posted on Sunday, August 02 @ 23:54:23 PDT by TokBatin

Oleh H Fansuri


"IBRAHIM Libya is the real fighter!" kata saudara Ahmad Lutfi Othman kepada saya pada suatu malam di rumahnya di Ampang. Entah kenapa dan bagaimana dengan tiba-tiba hal itu diangkat menjadi tajuk bualan kami, saya sendiri tidak begitu pasti.1985 kami sekeluarga berhijrah dari Pengkalan Hulu, Perak, lalu menetap di tempat kini di Kedah. Pengkalan Hulu nama aslinya Keroh adalah tempat yang hampir kepada Baling di mana kami mesti melalui tanah perkuburan Memali ketika balik beraya di kampung.
1985 boleh dikatakan satu tempoh waktu kemuncak di mana ahli-ahli jemaah Islam telah berkobar-kobar semangat mereka berikutan peristiwa pembunuhan Ibrahim Libya itu.
Segala kaset ceramah, rakaman video bersepah di rumah bersama timbunan pita rakaman video debat antara Ahmad Deedat dengan paderi Jimmy Swaggart pada ketika itu. Orang tua saya saat itu, amat ligat mendengar ceramah, menghadiri mukhayyam, khemah ibadat anjuran jemaah dan ketika pulang, memang bertimbun segala kaset di rumah.
Rakaman pembunuhan ke atas Ibrahim Libya itu diulang-ulang banyak kali di rumah dan saya pun tidak faham kenapakah Ibrahim Libya diperlakukan sedemikian rupa.
Fitnah ke atas beliau jangan cakaplah. Memang menimbun fitnah yang tercetak di corong radio, tetuang udara dan televisyen. Nak buat macam mana? Semua media bagai koleksi harta khazanah mak bapak depa! Ruang untuk kita beri penjelasan sikit habuk pun tak dak!
Gambaran video tentang kekejaman dan kezaliman askar kerajaan yang merempuh dalam perkampungan itu tidak menumpukan dengan jelas kepada saya mengenai latar belakang Ibrahim Libya, apakah yang dia lakukan sehingga beliau diperlakukan sebegitu rupa.
Semua gambaran kisah ini akhirnya tenggelam begitu sahaja ditelan waktu. Saya dewasa dengan campur aduk peristiwa lain hingga pernah menganggap ISA ini masih diperlukan untuk kununnya menjaga keselamatan awam.
Sedikit demi sedikit, hasil bualan bersama Ahmad Lutfi, wawancara bersama Abu Urwah dan wawancara bersama Said Zahari telah berjaya mencerahkan pemikiran gelap tentang ISA ini. Maka, bermula era baru melawan ISA sampai mati!
Apabila saya tahu kegelapan ISA ini, saya tetap protes secara peribadi terhadap tindakan Anwar yang pada malam beliau ditahan di rumahnya di Damansara dahulu.
Pasukan itu datang pada waktu malam dengan lengkap bersenjata. Mereka tendang pintu rumahnya, menyerbu secara kasar saat beliau membuat sidang media. Kata orang, Anwar tidak dijadikan tahanan politik sebaliknya diperlakukan sebagai 'penjenayah'.
Tak kisahlah apa sahaja kata-kata orang terhadap Anwar. Saya mungkin salah kerana hal mencari jawapan ini bukanlah suatu hal yang mudah. Kita hanya bercakap mengenai hal yang kita tahu saja. Yang kita samar-samar dan tak tahu itu, kita debatkan kemudian.
Perhatikan betul-betul kepada isu menahan orang pada waktu malam dengan kasar. Kalau seseorang itu penjenayah, setidak-tidaknya polis akan membaca pertuduhan ke atasnya sebelum dibawa ke balai untuk soal siasat. Begitu saya difahamkan.
Rumusan awal yang saya simpul secara peribadi ialah, DSAI itu hakikatnya tetap tahanan politik dan tuduhan ke atasnya dijadikan sebagai tuduhan yang bukan bersifat politik.
Asas rumusan itu ialah.. tahanan dan corak tangkapan terhadap Anwar itu dilakukan pada waktu MALAM dan ia diperlakukan dengan zalim dan kejam sekali. Ingat betul-betul hal yang ingin dijelaskan di sini, iaitu tangkapan itu dilakukan pada waktu MALAM.
Insya Allah, nanti akan diceritakan kenapa hal itu amat penting untuk dibincangkan..
ISA warisan Namrud, Fir'aun dan King Herod yang zalim dan kejam!
ISA itu lanjutan undang-undang puaka, perundangan drakonian, hukum drakula, unjuran ilham sang penguasa zalim dan kejam yang gemar meratah tulang berkuahkan darah saat menghukum rakyatnya.
Kira-kira 4,000 tahun yang lalu, Namrud bin Kan'an adalah raja yang suka memenjarakan rakyatnya sendiri lalu mereka dibunuh dengan kejam. Dia merampas apa-apa sahaja hasil tuaian rakyat. Maka, rakyat menyembahnya semata-mata kerana takut kekuasaannya.
Allah Maha Besar! Dikirimkan suatu pengenalan isyarat kepada raja yang zalim itu lewat mimpi. Seorang anak lelaki melompat ke atas singgahsana lalu merampas takhta Namrud. Baginda berpeluh dan keesokannya, isi mimpi itu menggegarkan seluruh isi istana.
"Seorang anak lelaki akan lahir tak lama lagi," seorang peramal istana memberi komen ke atas mimpi sang raja. "Dia akan dijadualkan untuk merampas takhta tuanku kelak!"
Malam itu juga, satu undang-undang baru didekrekan, peraturan kejam yang baru digazet melalui titah perintah Namrud!
"Malam ini, seluruh angkatan tentera harus segera ke kampung-kampung, di seluruh ibu kota dan di pinggir kota. Cari setiap bayi lelaki dan kalian wajib bunuh mereka!"
Malam itu kota Urr bermandikan darah. Keesokan paginya, banjirlah air mata mencurah-curah, melimpah di segenap pelusuk desa dan kota kerana nyawa setiap bayi lelaki telah dirampas haknya untuk lahir sebagai lelaki yang merdeka.
Serangan dan pembunuhan beramai-ramai terhadap bayi lelaki itu dilakukan pada waktu malam. Ini sebetulnya warisan sikap Iblis dan syaitan ketika melakukan kejahatan.
Terdapat beberapa ciri persamaan antara Namrud, Fir'aun dan Raja Herod di Rom itu.
Seperti yang termaklum, Fir'aun juga mengalami mimpi yang lebih kurang sama. Seorang bayi lelaki melompat ke arah singgahsananya lalu merampas takhtanya.
Lalu, pada waktu malamnya, bala tentera Fir'aun telah masuk ke seluruh perkampung dan setiap bayi lelaki yang ditemui telah dibunuh, ditetak dan dihempaskan ke tanah!
Fir'aun enggan muhasabah, kenapakah Tuhan mengirim kelahiran bayi lelaki untuk hadir menggugat kekuasaannya? Ini kerana dinasti Firaun itu telah memperalat dan menjadikan Bani Israel itu sebagai hambanya guna melancarkan program pembangunan di Mesir.
Pada era King Herod, diriwayatkan dalam Bible, bahawa mimpi yang sama menyinggah ke dalam mimpi sang raja. Sekali lagi, buat kali ketiga, seorang kanak-kanak lelaki hadir untuk menggugat kekuasaannya seperti yang berlaku ke atas Fir'aun dan Namrud.
Negara Israel saat itu telah berada di bawah naungan empayar Rom. Dinasti Herod telah mengamalkan dasar yang menindas rakyatnya sendiri. Kadar cukai yang tinggi dan cukai yang tidak munasabah itu telah membebankan rakyat sendiri.
Seorang peramal memberitahu, seorang anak lelaki akan hadir membunuh kekuasaannya itu. Tetapi, sebagai biasa, peramal cuma memberitahu kehadiran pihak yang menentang raja-raja, tetapi tidak menyatakan kenapakah Tuhan mengirim seseorang yang melawan kekuasaan mereka yang zalim itu.
Anak-anak lelaki telah lahir sebagai penentang dasar, hukum dan peraturan yang kejam, zalim dan menindas masyarakat mereka sendiri. Mereka adalah Ibrahim yang melawan Namrud, Musa seteru Fir'aun dan Isa a.s yang melawan penindasan cukai raja-raja.
Ketiga-tiga pemuda ini bagaimanapun, bukan melawan kezaliman penguasa semata-mata malah turut mengirim mesej Tauhid, menumbangkan berhala, mengajak umatnya supaya tidak menyembah lembu sapi, dan menyeru rabai pendeta Yahudi agar tidak memandang ke arah kesenangan pangkat dan keduniaan.
Jika mahu dicoretkan kisah ketiga-tiga nabi ini, nescaya tidak sampai maksud pengenalan artikel ini yang mahu meriwayatkan kekejaman penguasa pada zaman mereka yang sama kejamnya dengan pemerintahan masa kini, khasnya yang terkait dengan ISA itu.
ISA, penahanan, serangan dan dibunuh pada waktu malam
Sekarang, entah bagaimana, setiap tahanan ISA diburu pada waktu malam. Baca memoir Said Zahari, Kassim Ahmad dan beberapa orang mantan tahanan ISA, mereka ditahan itu pada waktu malam, dinihari ketika sedang tidur, persis serangan tentera Namrud, Fir'aun dan Raja Herod yang membunuh bayi-bayi lelaki tak berdosa ketika malam.
Maka, cara yang sama telah dilhamkan oleh Tuhan ke atas nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Iaitu, larilah daripada musuh itu pada waktu malam.
Nabi Lut dan para pengikutnya telah melarikan diri daripada negeri Sadum kerana Tuhan mahu membinasakan penduduk negeri yang mengamalkan amalan seks bebas dan amalan seks sesama jantina itu. Hukuman Tuhan itu juga dijatuhkan pada waktu malam.
Nabi Musa juga diperintahkan membawa Bani Israel keluar dari Mesir pada malam. Dan, Rasulullah s.a.w juga ketika melarikan diri daripada kepungan musuh-musuhnya, hal itu dilakukan pada waktu malam.
Kenapakah tangkapan ke atas tahanan ISA itu dilakukan pada waktu malam. Pertama, ini adalah sikap kejam dan zalim Namrud, Fir'aun, Herod yang diwarisi secara tidak sengaja oleh Umno dan BN melalui 'guru' penjajah mereka; British. Tapi, Umno tidak menyedari bahawa mereka telah terikut-ikut dengan gaya kepimpinan Namrud dan Fir'aun ini.
Sebetulnya, setiap orang yang dapat menghidu, atau dicurah ilham bahawa kemungkinan mereka akan ditahan ISA pada waktu malam perlu segera melarikan diri sebagai Musa a.s melarikan diri daripada buruan bala tentera Fir'aun.
Zaman Musa menjadi 'fugitive' dan pelarian ini terhenti setelah baginda menjadi menantu kepada Nabi Syu'aib a.s. Setelah menikah, baginda terima wahyu di Bukit Tursina waktu malam ketika melihat api di bukit.
Sejak itu, tamat zamannya menjadi pelarian. Bermula episod barunya sebagai pejuang pembebasan ke atas Bani Israel yang dijajah Fir'aun!
"Ibrahim Libya tidak menyerah walaupun arwah Ustaz Fadhil Noor minta dia menyerah," kata Ahmad Lutfi kepada saya lagi pada malam itu. "Ini bermakna, Ustaz Ibrahim enggan menerima konsep tahanan tanpa bicara ini."
Sememangnya pada zaman-zaman itu, tahap pemikiran masyarakat ke atas ISA ini belum lagi hangat dan panas seperti yang terjadi pada saat ini khasnya pada 1 Ogos ketika bahan ini sedang digodam.
"Sebab itu Pas pada zaman itu tidak memberontak ke atas penahanan pimpinan al-Arqam di bawah ISA," kata Saari Sungib dalam suatu temubual di rumahnya di Ukay.
"Ini kerana, tahap pemikiran orang-ramai belum tiba ke tahap sekarang. JIM pernah beri ucapan dasar kepada pihak cawangan khas sebelum muktamar berlangsung," kata beliau lagi. "Ini menunjukkan bahawa ketakutan kita terhadap ISA itu masih wujud."
Tetapi, kisah-kisah 'kekalahan' orang-ramai pada saat itu boleh dimaafkan, diterima sebab kesedaran ke atas wajah gelap ISA masih belum hadir seperti zaman ini.
Ketika mendengar cerita-cerita lampau ini, baru saya terfikir bahawa kenapakah Ibrahim Libya ini perlu dirakam sebagai 'the real fighter', khasnya dalam usahanya melarikan diri kerana enggan ditahan di bawah ISA itu.
Pemikiran dan kesedaran Ibrahim Libya telah maju ke depan mendahului kita pada 1985, sejak zaman saya terkebil-kebil kebodohan menafsirkan sendiri, kenapakah orang seperti beliau ini ditahan. Video itu tidak menceritakan secara jelas kepada saya bahawa Ibrahim Libya adalah orang yang bakal ditahan di bawah ISA sebenarnya!
Dan, Ibrahim tidak mengalah sehingga sanggup menolak 'arahan' pimpinan jemaah pusat untuk menyerahkan dirinya kepada undang-undang zalim tersebut! Benar, Ibrahim Libya is the real fighter! (Mohon disebutkan di sini dengan izin GMP dan rakyat yang bencikan PPSMI!)
Wujudkan perkampungan ISA, tanah ladang ternakan ISA
Atas sebab ini, kita terfikir sendirian kenapakah dalam Surah al-Kahfi (gua), antara ramai watak wira dalam surah itu, maka surah itu dinisbahkan namanya dengan kumpulan anak muda yang bersembunyi di dalam gua?
Walhal, bukan tiada watak-watak hebat seperti Zulkarnain yang menguasai belahan dunia Barat dan Timur yang patut diabadikan namanya sebagai nama surah itu. Selain raja tersebut bukan tiada diperihalkan watak Musa dan Khidhir yang berbalah mengenai tiga persoalan yang melibatkan kerohanian mereka.
Namun, antara sekian watak-watak yang terselit di dalam Surah al-Kahfi itu, Allah s.w.t telah menggerakkan kita untuk menamakan surah itu dengan al-Kahfi, merujuk ceritera pemuda yang ditidurkan Tuhan dalam tempoh yang begitu lama.
Mereka ini mungkin berlari dari tahanan penjara seperti ISA guna menyelamatkan aqidah dan perjuangan mereka. Tidak disebutkan bahawa mereka melancarkan serangan ke atas raja yang zalim itu dari gua itu seperti Osama ben Laden. Sebaliknya, mereka cuma tidur sahaja.
Malah, sebaliknya mereka telah ditidurkan Tuhan dalam beberapa tempoh yang panjang dan mereka akhir tersedar semula lalu mereka menjadi bukti kepada generasi kemudian mengenai wujudnya sekumpulan insan yang memegang aqidah Tauhid sejak dinasti raja yang zalim dahulu.
Dan, kini telah wujud dinasti raja yang adil pula ketika mereka baru tersedar daripada tidur yang panjang itu. Tidurnya para pemuda al-Kahfi pun diangkat sebagai suatu perjuangan kerana berusaha menyelamatkan aqidah mereka.
Ertinya, yang dinamakan perjuangan ini bukan semata-mata angkat pedang dan mengangkat mata pena. Tidur pun diiktiraf sebagai perjuangan juga! (Tapi, hal ini hanya kes-kes khasnya dalam kes Ashabul Kahfi saja agaknya)
Tidurnya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi demonstran jalanan ketika kemuncak revolusi di ibu kota, masih ada ruang untuk didebatkan dengan lebih lanjut lagi.
Nama-nama nabi seperti Ibrahim diangkat sebagai surah lantaran perjuangan menentang kezaliman raja puaka yang kejam zalim sebagai penguasa yang mempertahan ISA.
Kita perlu menamakan mereka yang telah berjuang melawan ISA ini dengan meletakkan nama mereka sebagai pengabadian seperti mana Tuhan mengabadikan nama kumpulan al-Kahfi ke atas surah yang disunatkan kita membacanya pada setiap Jumaat itu.
GMI dengan wang-wang sumbangan rakyat yang semakin sedar terhadap kebajingan ISA itu mungkin boleh digunakan untuk membeli tanah ladang agar dapat diusahakan kaedah membela kehidupan ahli-ahli keluarga tahanan ISA.
Kita boleh usahakan sektor perladangan, ternakan kambing Jamnapari, ikan pari-pari dan apa-apa saja. Hasilnya boleh dimanfaatkan guna menaja gerakan menekan BN sebelum PRU ke-13 yang bakal menyaksikan kejatuhan mereka kelak, insya Allah.
Pakatan Rakyat dengan empat negeri yang telah ditawan, mungkin boleh wartakan tanah-tanah di kawasan tertentu sebagai kawasan perkampungan dengan menamakan kampung itu dengan nama mantan-mantan tahanan ISA; Ibrahim Libya, A Samad Ismail.
Semoga hal seperti ini menjadi suatu bentuk tekanan kerajaan negeri PR ke atas kerajaan persekutuan BN pula. Orang ramai dan masyarakat telah menekan kerajaan melalui suatu perhimpunan di Sogo baru-baru ini. Hal tekanan seperti ini telah lama kita lakukan.
Dengan wujudnya tanah sebagai lambang kekuatan dan isyarat kepada bangkitnya modal, wang dan harta sebagai aset perjuangan, maka akan bertambah kuatlah perjuangan rakyat untuk memansuhkan ISA ini kelak.
Mana-mana pihak yang dapat berasakan dirinya sedang dalam buruan ISA, diperhatikan gerak langkah oleh SB-SB di cawangan khas Bukit Aman, wajib melarikan diri sebagai pelarian dan pelarian mereka sendiri bukan bererti takut, malah mereka sedang mengikuti jejak langkah Musa, Muhammad, Ibrahim dan Isa yang diburu penguasa zalim.
Rajin-rajinlah menonton drama bersiri Prison Break dan drama bersiri The Fugitive untuk mengkaji cara-cara menekan pihak polis, FRU dan kerajaan persekutuan BN.
Wajiblah ke atas kita mencari dan mencetak pelbagai kaedah untuk menyusahkan BN dan jangan sesekali kita memberi ruang supaya mereka berasa senang hati ketika meneruskan hal kezaliman mereka itu, khasnya dalam hal ISA ini.
Syahadan, awasilah malam-malam anda. Kerana bermula saat ini dan malam-malam yang berikutnya sesiapa pun boleh ditahan di bawah ISA dengan beberapa si pertuduhan boleh direka-reka dan dipaksakan ke atas anda termasuk orang yang sedang menggodam bahan ini.
Umno dan BN adalah watak-watak pendendam teragung. Mereka seboleh-bolehnya mahu menangkap musuh mereka sehingga dapat. Sebab itulah juga mereka akan menahan pada waktu malam ketika anda sedang berehat bersama keluarga.
Oleh itu, segala tuduhan mereka selalunya tidak rasional dan tidak masuk akal. Sebab itu juga anda tidak akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.
Maka, jika kita bijak, apakah kita ingin menyerah leher untuk dipenggal pendendam yang busuk hati, atau mahu melarikan diri untuk memberi tekanan ke atas mereka ini? Jawapan bijaksana sebenarnya sudah ada di tangan anda. 9:30 p.m, 1 Ogos Sekolah Pemikiran Kg Baru (Cawangan Pendang)
Bantahan, pandangan

Nazri Aziz : UMNO takkan mansuhkan ISA !!!!


Nazri Aziz: UMNO takkan mansuhkan ISA!!
Posted on Sunday, August 02 @ 16:33:53 PDT by TokPenghulu

Artikel Oleh: musafir_lapar

"NAzri Aziz menghina suara rakyat yang mempertaruhkan keselamatan mereka apabila berdemo menentang ISA dengan menyatakan bahawa UMNO TIDAK memansuhkan ISA. Apa yang UMNO akan buat ialah pendekkan masa tahanan ISA dari 60hari kepada 30hari tetapi boleh diperbaharui. Maknyanya, masih boleh kena ISA seumur hidup. Artikel lengkap disediakan."

"BHARIAN, 1 oGOS 2009

PAPAR: Kerajaan akan terus mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak akan bersetuju dengan penghapusan akta tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.

"Saya sering kali menjawab bagi pihak kerajaan bahawa kita tidak akan menghapus melainkan untuk kaji semula bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai ruang untuk penyalahgunaan kuasa.

"Jadi saya ingin menyatakan di sini bahawa menghapuskan ISA itu bukan agenda Barisan Nasional," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran blog dan web Pemuda Umno Papar di sini.

Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memberi contoh, antara perkara yang boleh dipertimbangkan adalah pengurangan tempoh ditahan dari 60 hari kepada 30 hari.


Hari ini badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang membantah undang-undang itu mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kira-kira 200 orang yang terbabit dengan perhimpunan haram itu ditahan sehingga jam 4 petang ini".

Elok juga Nazri Aziz jelaskan pendirian UMNO yang begitu. Tidaklah macam Najib yang takut-takut nak mengaku. Kita faham banyak kes penderaan di ISA. MAngsa disuruh bogel, dipaksa masturbasi, dimainkan alat kemaluan dan sebagainya. Lawan tetap lawan...

Penulis yang sedang minum air kopi di China terkejut melihat berita kezaliman FRU yang menyembur air ke arah penentang ISA di Malaysia dipaparkan di berita-berita di sini..

"