Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 4, 2009

Sidang tergempar Dun Perak di bawah teduhan Pokok Angsana

SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK DI BAWAH TEDUHAN POKOK ANGSANA IPOH, 3 Mac: Sedih dan menyakitkan hati adalah dua patah perkataan yang boleh mengambarkan persidangan tergempar DUN Perak yang terpaksa diadakan di bawah teduhan sepohon angsana berdekatan dengan Dewan Dun di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini. Meskipun demikian, kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Speaker tidak patah semangat tetapi sebaliknya meneruskan juga usaha mengadakan persidangan itu di situ setelah dihalangi ketat oleh polis yang mengawal mereka daripada memasuki Dewan Dun. Sidang itu dikendalikan dan dipengerusikan Speaker DUN V Sivakumar dan meminta orang ramai yang hadir menyaksikan ‘acara penuh sejarah’ itu agar tidak menepuk tangan ataupun memberi sorakan. Siva meminta mereka yang dianggarkan kira-kira 300 orang supaya menghormati sidang DUN itu. Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan o...

Sidang Dun : Sah atau tidak sah BN tersepit

04 March 2009 BN berada dalam keadaan tersepit jika Sidang DUN tergempar semalam sah maupun tidak sah. Jika Sidang itu sah maka sudah tentu kedudukan Zambry sebagai Menteri Besar adalah tidak sah kerana Nizar mendapat kepercayaan majoriti ADUN di DUN Perak. Selain itu DUN mesti dibubarkan berdasar usul pembubaran DUN yang dibentangkan semalam telahpun diluluskan. Jika Sidang DUN semalam tidak sah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah BN berhadapan dengan satu kali perkara yang sangat ditakuti oleh mereka iaitu DUN Perak akan terbubar secara automatik pada bulan Mei ini kerana Sidang DUN mesti diadakan dalam masa 6 bulan selepas Sidang DUN sebelumnya. Sidang terakhir DUN Perak telah diadakan pada November 2008 yang lalu. Maka dalam keadaan sekarang BN benar-benar berada dalam keadaan tersepit akibat kedurjanaan dan kebiadapan mereka sendiri merompak mandat yang diperolehi oleh PR pada Pilihanraya Umum lalu. Posted by  SOFI WAHAB   at  09:40

SEGALANYA HARU BIRU BILA DUN PERAK TIDAK DIBUBARKAN

TUESDAY, MARCH 03, 2009 SEGALANYA HARU BIRU BILA DUN PERAK TIDAK DIBUBAR OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN Melihat kepada apa yang berlaku di Perak pada masa ini kita boleh menyimpulkan begini : segalanya lintang pukang dan haru biru apabila Y.M Sultan Perak, di atas budibicaranya, enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Perak meskipun diminta oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Nizar untuk berbuat demikian di bawah Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Negeri Perak. Dari situ berlakulah siri lintang pukang yang sekaligus memalukan bukan sahaja rakyat Perak tetapi juga nama Malaysia di pandangan dunia. Apabila Speaker dan para ADUN Pakatan terpaksa mengadakan sidang DUN tergempar di bawah pokok kita teringat apa yang berlaku kepada Kerajaan Pasola di dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan P.Ramlee. Yang lebih lucu lagi Penasihat Undang-Undang Negeri Perak mahu mewakili Zambry dalam kes yang difailkan oleh Nizar tetapi di dalam kes yang difailkan oleh UMNO ke atas Speaker, V. Sivakumar ( kerana S...

Jika atas pokok pun ia sah " - Agus

JIKA ATAS POKOKPUN IA SAH: AGUS March 3, 2009 ·  Print This Article Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata : Itu pandangannya ketika ditanya mengenai kesahihan “persidangan tergempar” itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi ini. Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah. Written by anuarhas · Filed Under  Dari Blog Adun ,  Terkini   Tagged:

Majlis peguam persoal keputusan mahkamah

selasa, mac 03, 2009 Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan keputusan melarang peguam persendirian mewakili Speaker DUN Perak V Sivakumar seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini. Presidennya S Ambiga berkata keputusan mewajibkan penasihat undang-undang negeri mewakili Sivakumar, boleh mencemarkan prosiding yang membabitkan pertelingkahan antara BN dan Pakatan Rakyat. Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian susulan permohonan peguam Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri, berhubung penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN. Ambiga berkata, dua perkara haruslah diambil kira dalam isu ini. Pertama, setiap peguam bertindak mengikut arahan anak guamnya dan dalam kes ini, tambah Ambiga, Sivakumar tidak pernah meminta penasihat undang-undang negeri berbuat demikian. Kedua, penasihat undang-undang sendiri berada dalam kedudukan konflik kerana beliau mewakili Dr Zambry dalam kes menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mo...