Catatan

Tunjukkan catatan dari September 21, 2008

Pemimpin Umno Pulau Pinang pun tolak PM

Imej
Abdul Aziz Mustafa Sun | Sep 21, 08 | 4:25:49 pm MYT KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) - Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja tidak diterima di negeri-negeri lain malah pemimpin Umno di negerinya sendiri, Pulau Pinang, memberikan gambaran yang sama. Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang memberitahu, kedudukan Abdullah tidak dapat dipertahankan lagi dan beliau hendaklah berundur sebelum pemilihan parti Disember ini. "Abdullah tidak ada pilihan lagi. Beliau mesti berundur sebelum hujung tahun," kata pemimpin Umno yang enggan memberi namanya itu kepada AFP. "Abdullah kini dilihat sebagai pemimpin yang sudah tidak dapat mengawal parti dan kerajaan. "Beliau tidak boleh membuat sebarang langkah yang drastik untuk memulihkan semula kepercayaan para pemimpin parti yang secara terbuka menentangnya dengan mempersoalkan perjanjian peralihan kuasa," katanya. Abdullah ditekan hebat supaya berundur selewat-lew...

Abdullah batalkan hasrat berundur - blogger Umno

Imej
Abdul Aziz Mustafa Sun | Sep 21, 08 | 1:45:00 am MYT KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membatalkan hasratnya untuk meletak jawatan Oktober ini, kata blogger Umno, Amin Yatim (cuitsikit.blogspot.com) Malah, menurut maklumat yang beliau terima, Abdullah akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Umno Disember ini. Menurut Amin, walaupun selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) 18 September lalu Abdullah dikatakan akan meletak jawatan sebelum 9 Oktober, namun desakan menantunya Khairy Jamaluddin, Pegawai Khasnya Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Setiausaha Politiknya yang juga Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad menjadi punca perubahan ini. Mereka meyakinkan Abdullah bahawa terdapat 100 bahagian akan menyokong pencalonan Abdullah sebagai Presiden Umno, kata blogger itu. Isu perubahan kepimpinan bertiup kencang semula selepas Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Menurut Amin, Bekas Perdana ...