Catatan

Tunjukkan catatan dari November 6, 2008

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Executive Talk Kerajaan Negeri Perak

Imej
IPOH, 3 NOVEMBER – Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru 7500 warga perkhidmatan awam negeri ini untuk melaksanakan tugas dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab bagi membela nasib rakyat. Sektor awam hendaklah sentiasa bersedia serta cekap melaksanakan tugas kerana prestasi mereka dinilai oleh rakyat. “Serlahkan perkhidmatan kerajaan untuk membela rakyat dan ingatlah bahawa segala tugas yang dikerjakan itu adalah merupakan amanah dari mereka,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Warga Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Kira-kira seribu warga perkhidmatan awam menghadiri majlis itu dari seluruh daerah di Negeri Perak. Tetamu kehormat YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dijemput khas bagi menyampaikan ceramah motivasi di majlis tersebut. Dalam pidato yang disampaikan hampir satu jam itu, anwar banyak menyentuh isu-isu ekonomi dan pentadbiran awam, sedikit pun peluang itu tidak

KERAJAAN PERAK ANJUR SOLAT HAJAT PERDANA 9 NOV

Johari Jaffar Thu Nov 06, 08 8:01:32 am MYT IPOH, 6 Nov (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa mendedahkan masih terdapat pegawai-pegawai kerajaan di Negeri Perak yang tidak memberikan kerjasama dengan Kerajaan Negeri walaupun kini sudah lapan bulan Pakatan Rakyat menerajui negeri ini. Walaupun bilangan mereka tidak ramai tetapi ianya sedikit sebanyak boleh merencat hubungan antara pegawai kerajaan jabatan kerajaan dengan Kerajaan Negeri khususnya dengan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin. "Menyedari hakikat ini Pemuda Perak mengambil langkah unuk menyelamatkan Kerajaan Negeri dengan mengadakan solat hajat perdana khusus untuk memohon pertolongan dari Allah agar terbuka hati pegawai pegawai kerajaan tersebut untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri,"katanya dalam satu pertemuan dengan Harakahdaily di sini semalam. "Solat hajat perdana itu akan dilangsungkan pada 9 November ini di Mini Stadium Manjoi, ianya dimulakan denga