Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 13, 2009

SPR keterlaluan ikut telunjuk Najib - Anwar Ibrahim

Sebaik nama Tan Sri Aziz diumumkan sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), saya kaitkan prestasi dan rekod baiknya dalam perkhidmatan awam. Kebimbangan saya hanya keupayaan beliau mengendali SPR yang tercemar sebagai alat ampuh pimpinan UMNO-BN yang tidak mampu memikul amanah dengan jujur dan adil. Agak mengejutkan kerana harapan tipis kecundang dalam tempuh singkat. Keputusan SPR mengenepikan keputusan Speaker Perak mengenai perletakan jawatan ADUN menjurus kapada kesediaan mudah menjadikan diri sebagai kuda tunggangan. Tan Sri Aziz gagal membedakan tugas KSU dengan pengerusi SPR. Dan kini dengan menganjak tarikh pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau selewat mungkin satelah selesai pemilihan UMNO, SPR bertindak keterlaluan menurut telunjuk Dato’ Seri Najib. Kapada Allah SWT kita berserah disamping kerja kuat dalam saf untuk memastikan kezaliman, penipuan dan rasuah ditumpaskan. ANWAR IBRAHIM

Berhimpun diluar mahkamah , sokong saman Zambry

Imej
Feb 13, 09 11:36am Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman mencabar pelantikan menteri besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir. Beliau memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di situ. Kira-kira 300 orang, termasuk penyokong dan pemimpin pembangkang, berhimpun di luar kompleks mahkamah Jalan Duta, menunggu ketibaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang akan memfailkan saman mencabar pelantikan menteri besar baru Perak. Juga kelihatan ramai petugas media dan anggota polis di situ. Jumlah mereka semakin bertambah menunggu ketibaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang akan memfailkan saman untuk mencabar pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir. Pada kira-kira jam 11.20 pagi, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tiba bersama dengan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Ketibaan mereka disam...

Berhimpun diluar mahkamah , sokong saman Zambry

Imej
Feb 13, 09 11:36am Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman mencabar pelantikan menteri besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir. Beliau memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di situ. Kira-kira 300 orang, termasuk penyokong dan pemimpin pembangkang, berhimpun di luar kompleks mahkamah Jalan Duta, menunggu ketibaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang akan memfailkan saman mencabar pelantikan menteri besar baru Perak. Juga kelihatan ramai petugas media dan anggota polis di situ. Jumlah mereka semakin bertambah menunggu ketibaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang akan memfailkan saman untuk mencabar pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir. Pada kira-kira jam 11.20 pagi, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tiba bersama dengan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Ketibaan mereka disam...

Gambar Nizar di Mahkamah tinggi.

Imej
Dakwa angkat sumpah MB Perak tidak sah, Nizar fail saman di KL Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sempat melambai ketika beliau diasak para jurugambar semasa memfailkan saman terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.-- fotoTHESTAR oleh Abdul Rahman Senin. KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Bekas Menteri Besar Perak itu memfailkan saman tersebut pada pukul 11.30 pagi ini kerana mendakwa angkat sumpah Zambry sebagai Menteri Besar pada Jumaat lalu sebagai tidak mengikut perlembagaan dan tidak sah.

Wajibkah Undi Pakatan Rakyat ?

Imej
Ibnu Hasyim Catatan Santai MENURUT ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam tulisan beliau ‘ Fiqh Daulah’ , di mana Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik. Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam Surah At-Talaq, ayat ke-2 yang bermaksud, “Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah.” Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud, “Ja...

PILIHANRAYA SERENTAK !!!

P'raya kecil serentak: 7 April bagi Bukit Gantang dan Bukit Selambau - Malaysiakini Feb 13, 09 11:53am Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan. Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac. Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi. Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu. Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan. Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung. Manakala V Arumugam dari...

Cakap-cakap orang Perak di kedai kopi..

Imej
Cakap-cakap orang Perak hari ini. Di pihak Pakatan:- 1) Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "tidak derhaka" dan Menteri Besar Pakatan Rakyat itu hanya mengikut undang-undang tubuh negeri. 2) Nizar masih lagi Menteri Besar Perak yang sah 3) Cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu. 4)Hanya pilihan raya bebas dan adil akan dapat menyelesaikan ketidaktentuan politik di negeri Perak. 5) Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan mengosongkan pejabat rasmi menteri besarnya sebagai "rampasan kuasa yang biadap." 6) Ekoran itu, pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Di pihak BN :- 1) Nizar ingkar titah Sultan. 2) Beliau telah menderhaka padahal dia hanya melaksanakan keputusan partinya iaitu Pas dan Pakatan. 3) ...

Siapa sebenarnya penderhaka ?

WAN NORDIN WAN YAACOB Fri | Feb 13, 09 | 9:32:02 am MYT KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Sebelum Umno mahu mengambil tindakan melucutkan gelaran Dato' Seri ke atas Ir Mohammad Nizar Jamaluddin atas dakwaan kononnya menderhaka dan menangkap Karpal Singh di bawah ISA atas dakwaan kononnya menghina Sultan Perak, penguasa dan rakyat perlu melihat sejarah ebenar siapa penderhaka sebenarnya. Mengulas kemelut tersebut Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas, penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu telah menjadi modus operandi Umno. "Tetapi sekarang juak-juak Umno mahu menghukum pemimpin Pakatan Rakyat kerana kononnya tidak akur kepada Titah DiRaja. Sebelum itu cuba kita membuka helaian sejarah yang lalu siapa sebenarnya yang mula-mula menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu," katanya. Pertama, pemimpin Umno yang pertama melondeh Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan ialah bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang jelas menghina Raja-Raja Melayu ketika ...