SIAPAPUN PRESIDEN AMERIKA, DASAR PRO-YAHUDI TIDAK BERUBAH
Wan Nordin Wan Yaacob Foto Nasir Sudin Mon Nov 03, 08 1:21:55 pm MYT KUALA LUMPUR, 3 Nov (Hrkh) - Pengerusi Centre For Internationals Muslim Minority Affairs (CIMMA), Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan siapa pun bakal Presiden Amerika Syarikat dalam pemilihan esok, dasar pro-Yahudi tidak akan berubah. Malah katanya, sekali pun Barrack Obama menang besar ke atas John McCain, namun tekanan Yahudi ke atas pentadbiran Amerika tidak akan berubah. "Sememangnya Amerika adalah sekutu kepada negara Israel, segala polisi yang berkaitan menentang Yahudi tidak akan dibenarkan, kerana semua calon presidennya mengharapkan dengan adanya sokongan dari Yahudi untuk menang mudah dalam pemilihan," katanya. Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media di Masjid KLCC hari ini. Justeru, sebarang keputusan pilihan raya esok tidak akan mengubah apa-apa, namun CIMMA masih menaruh harapan jika Obama menang beliau akan mengubah sedikit polisi terhadap Islam, kata Azmi. "Kita sedia maklum, Ob...