Anda Faham atau buat-buat tak faham
Anda faham atau buat-buat tak faham.. Posted on Friday, August 07 @ 18:30:00 PDT by TokPenghulu Oleh Al Mansur Kebelakangan ini ada dikalangan pemimpin DAP yang bertindak seolah-olah mereka mewakili suara rakyat dan parti. Namun apa yang kelihatan hanyalah kenyataan-kenyataan dangkal yang berasaskan emosi perkauman dan keagamaan. Saya tidak berniat menuduh, tetapi sebagai rakyat yang prihatin terhadap pluralisme di Malaysia, saya merasakan budaya ini tidak sihat untuk diamalkan oleh mana-mana pemimpin di Malaysia. Sebagai seorang muslim, kami di ajar untuk menghormati budaya dan agama lain. Kami juga dilarang untuk menghina atau merendah-rendahkan kepercayaan agama lain. Itu adalah prinsip yang diajar oleh nabi kami. Kenyataan Ronnei Liu dan Jeff Ooi baru-baru ini serta pemimpin DAP Kedah sebelum ini, seolah-olah mereka masih belum tamat belajar di Universiti Of Malaysia (UOM). UOM mengajar kita menghormati sesama kita dan tidak bertindak membelakangi sensitiviti keagamaan dan perkaum...