Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 23, 2009

Polis ambil keterangan Speaker Perak

Feb 23, 09 7:40pm Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya kepada sepasukan tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak.Pasukan yang diketuai Ketua JSJK, Supt Amarjit Singh mengambil keterangan beliau di pejabat guamannya di Jalan Tun Sambanthan di Ipoh mulai jam 2.45 petang hingga 5.15 petang, lapor Bernama.Dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita selepas memberi keterangan itu, Sivakumar berkata beliau telah dihubungi oleh seorang pegawai dari JSJK yang memperkenalkan dirinya sebagai S.C Ng, semalam yang memaklumkan bahawa beliau perlu hadir di Balai Polis Sungai Senam bagi membolehkan polis mengambil keterangannya.Bagaimanapun, katanya tujuan dan keperluan untuk kenyataannya itu direkodkan oleh polis tidak dinyatakan."Memandangkan saya mempunyai perkara lain yang perlu ditangani, saya memaklumkan kepada pegawai polis ber

SPRM berniat jahat terhadap Khalid Ibrahim -AMK

Salmah Mat Husain Mon Feb 23, 09 8:17:08 pm MYT KOTA BHARU, 24 Feb (Hrkh) - Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengenai ada bukti kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap Angkatan Pemuda KeADILan (AMK) Kelantan sebagai berniat jahat. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan baru-baru ini mendakwa ada bukti terhadap tuduhan rasuah ke atas Khalid berhubung salah guna kuasa mengguna wang kerajaan bagi penyelenggaraan keretanya dan pembelian 46 lembu untuk majlis korban pada Hari Raya Aidiladha lalu. Ekoran itu, ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Mohamed membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di Pengkalan Chepa hari ini. "Saya juga percaya maklumat yang dimaksudkan SPRM itu terhadap salah guna kuasa Menteri Besar Selangor merupakan pendedahan satu maklumat sulit kerana ia merupakan dokumen kertas siasatan yang sepatutnya tidak boleh didedahkan kepada umum. "Pendedahan dalam media menge

BOLA KINI DI KAKI PAKATAN RAKYAT

Dilulus terbit pada Monday, February 23 @ 17:31:43 MYT oleh TokPenghulu Oleh Pemuda PAS Kemahang GELORA politik Perak yang menampakkan keredaan seminggu lalu sebenarnya sebagai satu petanda gelombang yang lebih besar bakal melanda Perak. Speaker DUN Perak, dengan kuasa yang diperuntukkan kepadanya oleh Dewan Undangan Negeri dan juga Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ternyata tidak melepaskan peruntukkan tersebut. Peluang yang muncul didepan mata digunakan sebaik mungkin oleh Tuan Speaker, V.Sivakumar. Hasilnya, Menteri Besar (H) Dr Zambry Kader bersama 6 lagi anggota Exco Kerajaan (H) nya telah digantung dan dilarang dari menghadiri Sidang DUN masing-masing 18 dan 12 bulan. Asas kepada penggantungan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak itu ialah penghinaan ke atas Dewan Yang Mulia ekoran Majlis Angkat Sumpah yang dihadiri mereka, sedangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar masih sah dan belum lagi meletakkan jawatan. Selepas penggantungan ini dijalankan

Derhaka bermula dari rumah Umno - Harakahdaily

Mohd Fadli Ghani Mon | Feb 23, 09 | 1:26:20 pm MYT TINDAKAN biadap Umno/BN menculik dan membeli wakil rakyat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah bertukar menjadi pertembungan antara rakyat dan istana. Puncanya hanya satu � media yang mengapi-apikan kononnya Menteri Besar PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah membuat sembah derhaka kepada Sultan Perak. Iklan Apakah benar Nizar menderhakai sultan saya tidak pasti, tetapi yang pasti media pro BN menggembar-gemburkan hal ini sehingga imej Sultan Perak tercalar teruk di hati rakyat kerana para pemimpin Pakatan Rakyat mempertegaskan mereka tidak berniat derhaka, bahkan amat setia kepada raja. Soal derhaka atau setia bukanlah hak saya untuk menentukannya. Biarlah sultan sendiri membuat perhitungan. Apa yang saya ingin lontarkan adalah derhaka bukanlah budaya dalam masyarakat Melayu di negara ini. Te

Zambry , Exco dapatkan 'pendapat' Peguam Diraja di London - Harakahdaily

Imej
Harakahdaily Mon | Feb 23, 09 | 10:35:32 am MYT KUALA LUMPUR, 23 Feb (Hrkh) - Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) antara 12 dan 18 bulan, mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak. Iklan Menurut laporan sebuah laman akhbar online beberapa anggota pasukan peguam mereka dijadual berlepas ke London hari ini dengan disertai oleh salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit. "Pasukan ini terdiri daripada peguam kanan dan muda, dengan salah seorang daripada mereka pernah terlibat dalam kes membabitkan Ketua Menteri Sabah pada 1986," kata sumber. Menurut sumber itu, mereka akan mendapatkan pandangan kedua berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung mereka dan juga tindakan perundangan yang diambil

AGS 10 : Percuma - malaysiakini

Imej
Merujuk kepada isu nombor pendaftaran bernombor "AGS 10" yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry yang menjadi kegunaan rasmi Menteri besar Perak yang telah dijadikan modal atau isu pihak-pihak yang berkenaan "kununnya" berlaku pembaziran wang rakyat didalam urusan pembelian nombor pendaftaran kereta tersebut. Pihak kami telah cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Pejabat Menteri Besar Perak berkenaan nilai tender nombor pendaftaran kereta tersebut. Mengikut penjelasan pihak yang berkenaan. nombor pendaftaran tersebut (AGS 10) telah diperolehi secara percuma daripada pihak JPJ Negeri dan tidak ada sebarang bayaran pun dikenakan oleh JPJ Negeri kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak keatas nombor pendaftaran AGS 10 yang diguna pakai pada Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut. Pembantu Khas 2 Menteri Besar Perak saudara Amran ketika dihubungi menegaskan tidak timbul isu pembaziran wang rakyat keatas isu nombor pendaftaran AGS 10 yang didaftark

MAHATHIR BIDAS PAK LAH EKORAN KRISIS PERAK - GREENBOC

Imej
T un Dr Mahathir Mohamad telah menyelar Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Badawi kerana meminta Datuk Zambry Abdul Kadir membuat laporan polis berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar yang melarangnya menghadiri persidangan DUN selama 18 bulan. Menulis di dalam blognya yang popular chedet.co.cc, beliau berkata yang adalah mungkin saja untuk Speaker berkenaan melakkan jenayah, namun “menggantung mana-mana ADUN tidak merupakan satu jenayah yang mengizinkan polis boleh mengambil sebarang tindakan.” Mahathir yang terkenal dengan kritikan pedasnya selama ini, mantan perdana menteri itu telah menjadi duri kepada kepimpinan Abdullah beberapa tahun kebelakangan ini. Di dalam kenyataan baru-baru ini, beliau juga telah membidas tindakan Barisan menerima 2 bekas ADUN PKR – Osman Jailu dan Jamaludin Mohd Radzi. Kedua-dua orang yang melompat dari PKR untuk menjadi ahli bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) mengakibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak n

UMNO penakut - Nizar

Feb 22, 09 3:28pm Gabungan Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya.Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut."Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak,katanya dalam laporan Harakahdaily hari ini."Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik."Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar.Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Be