PPSMI kembalai ke zaman penjajah
26 February 2009 SAYA tertarik hendak mengulas isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang kerap dibangkitkan sejak akhir-akhir ini oleh ahli politik, pejuang bahasa, ahli akademik dan masyarakat pendidik sendiri. Bagi saya selaku seorang pendidik dan kini selaku penyelidik, apabila kita mahu berhujah mengenai sesuatu perkara, berhujahlah berlandaskan fakta, kajian terperinci dan bersifat akademik. Isu PPSMI tidak harus dilihat berdasarkan perspektif emosi semata-mata. Isu PPSMI berkait-rapat dengan soal paksi Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan Negara, isu undang-undang tubuh negara (Perlembagaan Persekutuan), isu kebolehcapaian pelajar dalam pelaksanaan PPSMI, isu penggubalan dasar PPSMI itu sendiri dan pelaksanaannya, isu keciciran dan kesannya ke atas survival pelajar pada masa depan dan impak dari segi sosiologi, psikologi dan sosioekonomi. Itu antara beberapa perspektif yang boleh dilihat dan masih banyak lagi sudut lain. Mudah bena...