30 Oktober 2009

PRU KE 13 MUNGKIN MEMIHAK BN - LUTFI

Posted on Thursday, October 22 @ 00:33:23 PDT by paktam

Saya pernah ditegur kerana membayangkan keputusan muram buat pembangkang pada 2004, lalu saya bersedia untuk dimarahi jika terpaksa menzahirkan rasa bimbang bahawa pusingan berikutnya (PRU13) mungkin memihak BN pula.

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Aidilfitri yang disambut selama sebulan di Malaysia sudahpun berlalu. Diharap ikatan silaturrahim sesama kita semakin tulus dan permohonan maaf yang mudah terucap dari bibir ke bibir menjernihkan lagi perhubungan.



Semoga cabaran kehidupan mampu ditempuh sebaiknya, berbekalkan latihan intensif di bulan Ramadan yang masih terasa syahdunya itu, insya Allah.

Pengajaran Bagan Pinang dan iktibar kekalahan masih diperkatakan. Begitu juga dengan perhimpunan Umno dan pergolakan politik semasa.

Bedah-siasat secara terperinci pastinya berjalan lancar, asalkan tiada tuding-menuding dan mahu meletakkan kesalahan ke bahu orang lain. Sikap berlapang dada menerima kritikan, teguran hatta kecaman di waktu kalah memang tidak mudah, namun ia amat dituntut.

Bersedia bermuhasabah dan mengkoreksi diri harus disusuli keberanian melakukan perubahan. Bukan pula bermakna Bagan Pinang bakal merombak segalanya, tetapi sementara masih ada peluang dan ruang, di kala pilihan raya umum agak jauh tempohnya lagi, renungilah kelemahan dan kealpaan, seterusnya bingkas mencari formula penyelesaian yang disepakati bersama.

Ketika Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir Mohamad, ramai yang meremehkannya. Abdullah dilihat tidak mempunyai personaliti sekuat Mahathir, mudah dipengaruhi, tidak tegas membuat keputusan, sukar melakukan perubahan, daya tumpuan dan imiginasinya terbatas, dan panjang lagi senarai kelemahannya. Pelbagai slogan yang diciptanya gagal untuk dimaknakan.

Beberapa tindakan awalnya, seperti usaha memerangi rasuah, dengan menyeret tokoh-tokoh ternama, termasuk menteri dan ahli korporat terkemuka ke mahkamah, juga diperkecilkan.

Gerakan pembangkang ketika itu masih tidak berubah temponya bila berdepan Abdullah, berbanding era Mahathir dulu, gaya serangan hampir sama. Tiba pilihan raya 2004, BN mencatat kemenangan paling bersejarah. Kelantan yang dilihat kebal hampir tumbang. Terengganu, yang baru sepenggal dikuasai PAS, luruh mudah.

Memang regim Abdullah hanya bermain retorik, intinya tetap sama, membusuk dan menanah denganrasuah, egois, rakus, pilih kasih dan lupa diri. Namun, masyarakat amat dahagakan pembaharuandan perubahan imej dari 'zaman gelap' Mahathir. Dengan penuh bergaya, Abdullah mengisi kekosongan itu, sedangkan prestasi kerja beliau dalam kabinet Mahathir tidaklah sehebat mana.

Apakah pandangan rakyat Malaysia begitu mudah dikelirukan atau Abdullah terlalu cekap mengatur langkah menambat hati rakyat? Bibit-bibit reformasi 1999 bagaikan dicantas. Umno-BN sendirimungkin terkejut, bagaimana dalam masa singkat, pengundi kembali semula kepadanya, sedangkan perubahan hanya kosmetik tipis. Tapi, bukankah politik itu dikuasai persepsi?

Sering saya ulangi, tsunami Mac 2008 cukup mengejutkan semua pihak, hampir tiada siapa menjangkakan hal itu. Pemimpin komponen BN di Semenanjung, terutama MIC, MCA dan Gerakan yang menimpa bencana, kehilangan punca.

Saya masih ingat keluhan seorang Adun Umno Selangor, yang cukup rapat dengan Dr Mohd Khir Toyo: "Lutfi, kau buatlah kajian mengapa pengundi India dan Cina tidak lagi sokong BN. Rasanya,macam di kawasan aku, masyarakat Cina langsung tidak menunjukkan protes, bila aku jamu makan semasa kempen, semua berduyun-duyun datang. Tapi bila tong undi dibuka, hampir lapan darisepuluh pengundi tidak memangkah BN sedangkan calon PAS tidak datang pun berkempen. Ajaib ni!"

Kini, apabila saya bimbang dengan rentak sokongan pengundi bukan Melayu - yang mungkin terikat dengan teori pendulum - bukanlah bermakna saya menjadikan kes Bagan Pinang sebagai satu-satunya rujukan. Bagan Pinang boleh saja dikatakan kes terasing, tapi saya lebih sukakita menggali iktibar untuk merencanakan gerak kerja lebih tersusun.

Kebimbangan saya lebih mendalam apabila ada pihak mendakwa kehadiran masyarakat bukan Melayu pada majlis rumah terbuka agak merosot berbanding tahun-tahun lalu, termasuk tahun sebelum pilihan raya umum 2008. Mungkin ia juga kes terasing, tetapi rasanyatidak salah untuk kita turut risau dan cuba menjejaki masalah sebenar, 'kan?

Apabila Najib Razak menjanjikan perubahan dalam Umno, saya lebih suka untuk tidak memandang enteng. Ya, Najib juga seperti Abdullah, segalanya untuk menarik sokongan dan gimik, tetapi bukankah itu satu permainan politik yang lazim?

Majoriti rakyat mungkin melihatnya dari kacamata berbeza, dan mereka dengan mudah dapat dipengaruhi dengan imej-imej palsu itu. Jika faktor populariti Isa Samad berjaya di Bagan Pinang, tidak mustahil sosok Najib mampu meleraikan sokongan buat Pakatan.

Apatah lagi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat akan menghakimi dari dekat prestasi Pakatan, cerewet tentang calon-calon yang ditampilkannya, mengungkit janji manfesto yang mungkin belum dapat dilunasi, dan tidak puas hati dengan persefahaman sesama parti.

Saya pernah ditegur kerana membayangkan keputusan muram buat pembangkang pada 2004, lalu saya bersedia untuk dimarahi jika terpaksa menzahirkan rasa bimbang bahawa pusingan berikutnya (PRU13) mungkin memihak BN pula.

Cuma kerisauan ini dicetuskan lebih awal agar persiapan dapat dilipatgandakan. Tanggungjawab besar dipikul oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan dan pemimpin utama pusat yang menjadi simbol dan lambang keupayaan kita untuk menerajui kerajaan persekutuan, bagi memungkinkan terlaksananya satu perubahan mendasar yang diimpikan semua. Tanpa mengambil alih kerajaan pusat, sekatan dan halangan akan terus bertindan-tindih.

29 Oktober 2009

Mayat 2 Korban Tragedi di kampar di temui !!!!



Okt 29, 09 11:22am


Dua lagi korban tragedi jambatan gantung runtuh sewaktu menyertai perkhemahan 1 Malaysia di Kampar Selasa lalu telah ditemui.

Mereka ialah Davadharshin a/p Maheswarawandan, 11, dan Diryasree a/p Vasudevan, 12.

Davadharshin adalah pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, manakala Diryasree adalah pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng

Mayat Davadharshin ditemui malam tadi manakala mayat Diryasree ditemui pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Davadharshin ditemui terapung pada jam 11.30 malam tadi berhampiran Jambatan Mat Selangor, Tanjung Tualang - kira-kira 15 km dari tempat kejadian.

Beliau berkata, mayatnya yang ditemui oleh anggota RELA telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

Aziz berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai penemuan tersebut dan mayat mangsa akan dituntut keluarganya hari ini untuk dikebumikan.

Manakala mayat Diryasree ditemui jam 10.45 pagi tadi berhampiran Tronoh Mine, Sungai Kinta, 25 km dari tempat
kejadian.

Mayat mangsa yang ditemui terapung oleh pasukan penyelamat telah dibawa ke ospital Kampar untuk bedah siasat.

Sebelum ini mayat mangsa pertama Dina Dewe a/p Nathan, 11, ditemui pada jam 8.40 pagi Selasa lalu berhampiran loji di sungai itu kira kira empat kilometer dari tempat dia terjatuh.

Tiga mangsa tersebut adalah antara 22 murid yang dihanyutkan arus deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar runtuh pada malam Isnin lalu.

Bagaimanapun 19 mangsa berjaya diselamatkan oleh guru dan pengawal sekolah terbabit. - Berna

Sivakumar menunjukkan jubah robek



NONEPihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah.

Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan tetapi mereka menghadapi ramai polis.

Sivakumar menunjukkan sekali lagi cebisan jubah yang masih tinggal sebagai simbol demokrasi.

Sivakumar mempersoalkan tindakan kami dilarang membawa masuk kamera. Juga beliau mendakwa semacam dirancang tidak ada anggota media dalam ruang legar SUK semacam hendak mengelak media melihat apa yang berlaku.

Speaker Sivakumar mengesahkan sidang pada hari ini dengan meluluskan tiga usul iaitu usul berkaitan tragedi di Kuala Dipang, tahniah dengan prestasi Kerajaan PR dan pencalonan seorang calon untuk menjadi Ahli Dewan Negara yang baru.

28 Oktober 2009

Terkini 1.54 pm : Sidang media berakhir

Terkini 1.45 pm : Ds, Nizar sahkan jumpa Raja Muda Perak di Kuala Dipang kelmarin.

Terkini 1.43 pm : Kami bukan boikot sidang tapi sidang tidak sah

Terkini 1.40 pm : Kenyataan Pengerusi PKR Perak

Tindakan yang dilakukan oleh BN menjijikkan di Perak, demikian kenyataan Pengerusi PKR Perak, Mustaf Kamil Ayub.

Bajet yang dibentangkan oleh BN adalah tidak sah.

Mohon supaya DYMM Sultan Perak membubarkan DUN Perak untuk kebaikan rakyat.

Terkini 1.26 pm : Saya malu kerana Umno memperguna pasukan keselamatan.

Terkini 1.23 pm : Kenyataan Dato' Ngeh

Tindakan polis menyebabkan demokrasi di Perak lagi merosot ke tahap yang lebih teruk.

Polis nampaknya tidak dapat membezakan siapa yang sebenarnya perompak dan pencuri sebenar.

Tegaskan tindakan polis jelas melangar undang-undang yang bole di hukum penjara selama 7 tahun dan di denda.

Saya menyokong kenyataan Ds. Nizar meletakkan jawatan. Berharap BN akur dengan kehendak rakyat dengan bubar DUN Perak.



Terkini 1.18 pm : Kenyataan MB Pakatan Rakyat

Speaker Sivakumar menunjukkan surat palsu dan menafikan dikeluarkan oleh pihaknya seperti yang disiarkan di blog ini kelmarin.Kami dihalang oleh 5 sekatan dan ini bercanggah dengan demokrasi. Terbukti kekecohan bermula dari arahan defekto BN.


Saya rakamkan disini atas arahan BN kepada pihak polis menghalang kami.Jika Speaker itu haram maka usul, bajet adalah tidak sah dan semuanya tidak mengikuti peraturan.Saya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin wajib meletakkan jawatan kerana tindakan polis yang memalukan.


Sebahagian dari rakan media yang hadir.Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah.Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah.
Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan tetapi mereka menghadapi ramai polis.Sivakumar menunjukkan sekali lagi cebisan jubah yang masih tinggal sebagai simbol demokrasi.
Sivakumar mempersoalkan tindakan kami dilarang membawa masuk kamera. Juga beliau mendakwa semacam dirancang tidak ada anggota media dalam ruang legar SUK semacam hendak mengelak media melihat apa yang berlaku.
Speaker Sivakumar mengesahkan sidang pada hari ini dengan meluluskan tiga usul iaitu usul berkaitan tragedi di Kuala Dipang, tahniah dengan prestasi Kerajaan PR dan pencalonan seorang calon untuk menjadi Ahli Dewan Negara yang baru.

Terkini 12.58 pm : Mesyuarat Selesai
.
Mesyuarat Adun PR selesai dan satu sidang media akan berlangsung bila-bila masa.

Terkini 12.49 pm : Semua Adun di Wisma DAP adakan mesyuarat.

Semua Adun PR sudah berada di Wisma dan satu mesyuarat penting diadakan dengan dipengerusikan oleh YAB MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin.



Terkini 12.40 pm : Laungan bubar DUN iringi Adun PR keluar dewan.

Laungan bubar DUN berkumandang apabila Ds. Nizar dan semua Adun PR keluar dari pagar bangunan Dewan Negeri.



Terkini 12.36 pm : Kami sudah diluar pagar.

Terkini 12.34 pm : Sidang tamat

Sidang sudah pun berakhir dan kami sudah berada di luar bangunan tapi masih dalam pagar dan kami berkumpul dihadapan bangunan DUN tidak berapa jauh dari pintu keluar.

terkini !!!

Terkini 12.26 pm : Sidang media masih berlangsung

Dalam keadaan sidang haram yang dikendalikan oleh Speaker haram Ganesan, semua Adun PR masih berada dalam sidang media di dalam perpustakaan di aras yang sama.

Bila ada soalan yang ditanya oleh wartawan mengenai kami boikot sidang, dijawab perkara itu tidak berbangkit kerana sidang ditangguh oleh Speaker yang sah. Sidang yang berlangsung adalah sidang yang haram.

28 Oktober 2009

Terkini 12.15 pm : Tercemarnya demokrasi, MB Nizar

Terkini 12.07 pm : Kenyataan Dato' Ngeh

Ramai wartawan yang hadir.

Dato' Ngeh mengecam dan merasa kesal dengan keadaan Negeri Perak macam negeri polis. Tindakan kami ditahan ingin masuk ke dewan walaupun dengan berjalan kaki.

Tindakan polis untuk merampas jubah menyebabkan kita terperanjat pihak polis tidak dapat membezakan siapa pencuri sebenarnya.

Tindakan menanggalkan jubah secara paksa adalah tindakan BN yang mempergunakan pihak polis.

Kita tidak faham polis tidak bertindak terhadap Ganesan.

Dato' Ngeh menegaskan kita mahu ikut undang-undang dan berharap mahkamah bertindak dengan adil.

Tindakan polis pada hari ini adalah penyalahgunaan undang-undang apabila menghalang orang mendekati 50 meter sekitar dewan. Ini penyalahgunaan kuasa dan perlekeh undang-undang.

Sidang Media oleh Siva

Terkini 12.01 pm : Sidang di perpustakaan dihadiri oleh semua Adun PR

Terkini 12.00 pm : Bahagian sulit Pantai Remis telah diceroboh.

Terkini 11.58 am : Sidang media di perpustakaan.

YB. Sivakumar menjelaskan tindakan polis menghalang dan menahan Adun masuk seorang demi seorang dan tidak pernah berlaku. Ada usaha merampas jubah dan songkok saya,kami bertahan sehingga ke lif dan ke tempat letak kereta. Mereka menggunakan kekerasan, ada yang menekan dan mencekik saya sehingga tidak boleh bernafas.

Beliau mengatakan lebih buruk dari kejadian 7 mei dan mereka berjaya merampas jubah.


Siva tangguhkan sidang !!

Terkini 11.50 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar

Speaker yang sah menangguhkan sidang dalam keadaan Speaker haram masih mengendalikan sidang haram sebentar tadi.

Bajet haram di luluskan !!!!

Terkini 11.43 am : Laungan haram bergema berterusan

Terkini 11.38 am : Bajet haram oleh sidang haram yang dikendalikan Speaker Haram

BN akhirnya melanggar undang-undang dengan membentang dan mengesahkan bajet haram sebentar tadi.


TERKINI SIDANG DUN !!!!! - CINA ISLAM

28 Oktober 2009

Terkini 11.31 am : BN cuba lulus bajet haram

Terkini 11.29 am : Dua sidang dalam satu dewan sedang berjalan

Terkini 11.08 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar

Terkini 11.07 am : Titi Serong mengusulkan tahniah dan penghargaan dengan prestasi kewangan Kerajaan PR 2008

Terkini 11.06 am : Usul di bahas oleh MB Pakatan Rakyat

Terkini 10.56 am : Sidang berhenti sebentar.

Terkini 10.53 am : Usul disokong oleh Adun Setiawan.

Terkini 10.51 am : Adun BN cuma memerhatikan sidang yang dikendalikan Speaker yang sah

Terkini 10.48 am : Hujah PR langsung tidak dijawab Ganesan dan dia terus berada di tempatnya.

Terkini 10.41 am : Sidang terus berjalan.

Terkini 10.40 am : Adun Buntong berucap tanpa diganggu.

Terkini 10.38 am : Sidang dikendalikan oleh Sivakumar berjalan.

Terkini 10.35 am : Kami sudah didalam dewan

Terkini 10.32 am : Saya dilarang masuk dengan kamera.

Terkini 10.21 am : Polis halang kami masuk.

Terkini 10.20 am : Polis Pukul ADUN ??

Terkini 10.17 am : Kami menaiki tangga.

Terkini 10.16 am : Polis dikecam

Terkini 10.15 am : Kami keluar ke kawasan lapang, YB Siva dihalang.

Terkini 10.08 am : Kami dihalang dikawasan bawah bangunan letak kereta

Terkini 10.07 am : Kami berada dalam pagar SUK sekarang

Terkini 10.05 am : Suasana kecoh kembali.

Terkini 10.01 am : Kami keluar dari pagar SUK

Terkini 10.00 am : Kami terus dihalang, undur ke belakang.

Terkini 9.58 am : Kami bergerak kembali.

Terkini 9.56 am : Kami mundur ke pintu utama.

Terkini 9.55 am : Siva dihalang kami pertahan

YB Siva cuba dihalang oleh polis termasuk semua Adun PR yang cuba dihalang. Berlaku tolak menolak.



















Kawalan ketat menjelang sidang DUN Perak


Okt 28, 09 9:19am
9am: Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.

Laporan awal:

Polis mengawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pagi ini menjelang sidang DUN untuk pembentangan bajet.
Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di udara di atas bangunan sekretariat. Para wartawan masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pemeriksaan ketat.

Sidang tersebut dipanggil oleh kedua-dua Speaker BN, Datuk R Ganesan dan Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar.

Ganesan sebelum ini menggantikan Sivakumar ekoran kontroversi BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Mei lalu.

Ekoran Pakatan masih terus mempertikaikan kesahan kerajaan negeri BN, maka sidang hari ini dijangka panas.

Bagi mengelak sebarang kekecohan, pihak polis juga telah mendapatkan perintah mahkamah lewat semalan untuk melarang sebarang perhimpunan dalam jarak 50 meter dari bangunan sekretariat. Perintah itu berkuatkuasa hari ini sehingga 11 malam Jumaat ini.

Awal pagi ini, polis telah menempatkan sekurang-kurangnya lapan trak, sebuah van, dua jib, dua tarik Unit Simpanan Persekutuan dan dua trak meriam air di luar bangunan sekretariat.

Kenderaana pertama polis tiba di bangunan itu pada kira-kira jam 6.20 pagi. Beberapa anggota polis juga ditempat di dalam bangunan tersebut.

pada jam 7 pagi, anggota polis mula memasang benteng dan dawai berduri untuk menghalang orang ramai yang tidak berkenaan masuk ke bangunan tersebut. Kira-kira 450 anggota polis berkawal di bangunan itu.

Sidang dewan dijadual bermula jam 10 pagi tetapi pintu bangunan sekretariat dijangka dibuka pada jam 9 pagi untuk membolehkan ADUN Bn masuk ke dewan.

Difahamkan ADUN Pakatan hanya akan dibenarkan masuk ke dewan pasda jam 9.55 pagi, bagi mengelak berlaku insiden merebut kerusi Speakar.

Notis larangan berada dalam 50 meter di tampal sekitar bangunan SUK

Harakahdaily
Wed | Oct 28, 09 | 2:14:38 am MYT
IPOH, 28 Okt: Ketua Polis daerah Ipoh semalam telah mendapatkan perintah mahkamah bagi melarang orang awam berada 50 meter dari pagar bangunan Perak Darul Ridzuan bermula pagi ini hingga malam 30 Oktober ini.






Permohonan dibuat dalam Mahkamah Majistret (1) Ipoh, Perkara Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah melarang orang awam hadir atau berada dalam radius tersebut.

Ianya ekoran dakwaan bahawa satu perhimpunan tanpa permit untuk memberi sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional akan di adakan di bangunan tersebut menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Sehubungan itu mahkamah telah mengeluarkan notis arahan supaya orang awam tidak berada dalam lingkungan radius seperti yang dinyatakan.

Antara termasuk kawasan larangan adalah Jalan Panglima Bukit Gantang, Jalan Istana dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Poi Lam hingga ke Sekolah Kebangsaan Jalan Panglima Bukit Gantang dan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.

Image Larangan itu berkuatkuasa jam 1 pagi 28 Oktober hingga jam 11 malam pada 30 Oktober.

Tinjauan wartawan Harakahdaily mendapati notis arahan tersebut telah ditampal di semua bangunan yang berada dalam lingkungan kawasan larangan termasuk di pejabat perhubungan PAS Perak.

Difahamkan pihak polis juga akan mengadakan sekatan jalan raya di kesemua jalan masuk menuju ke bangunan Perak Darul Ridzuan bermula pagi ini. _


27 Oktober 2009

Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas

Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas

Harakahdaily Tue Oct 27, 09 6:13:48 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok.

Keputusan itu dibuat Nik Aziz hari ini walaupun sebelum ini beliau keberatan untuk menyertainya dan telah memberikan amanah kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang menemui beliau baru-baru ini untuk menyampaikan pandangannya.
Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, Nik Aziz dikatakan keberatan untuk ke Kuala Lumpur kerana sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang berlangsung.
"Saya telah sampaikan apa yang saya nak kata kepada Salahudin," kata Nik Aziz sebelum ini.
Namun, hari ini beliau membuat keputusan akan menyertai mesyuarat yang dianggap penting itu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ditanya bertalu-talu dalam sidang medianya semalam samada Nik Aziz akan datang atau tidak dalam mesyuarat khas esok.
Mustafa berkata, beliau tidak tahu samada Nik Aziz akan datang atau pun tidak tetapi sekurang-kurangnya dia telah memaklumkan pandangannya melalui Salahudin Ayub.
PAS memanggil mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok mulai jam 8.30 malam di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
Mesyuarat ini dipanggil ekoran cadangan Nik Aziz agar PAS adakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk memilih semula pucuk pimpinannya.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan agar diadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara ini.
Mesyuarat ini akan mengambil keputusan samada perlu atau tidak diadakan mesyuarat agung luar biasa itu.
Selain AJK PAS Pusat, anggota mesyuarat ini adalah para pesuruhjaya PAS bagi setiap negeri.
Menurut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan dengan arahan presiden, permintaan satu pertiga ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau permintaan satu pertiga dari kawasan-kawasan PAS di seluruh negara iaitu sekurang-kurangnya 57 kawasan. _

HINDARI POLITIKING DALAM JEMAAH - NASARUDDIN TANTAWI

PAS adalah Gerakan Islam
Bukan semata - mata Parti Politik

1. Parti Islam se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti Amal Islami ke arah mencapai cita - cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia .

2. Penyertaan PAS dalam medan siasah [ politik ] adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini .

3. Siasah [ politik ] PAS adalah siasah Islamiyyah yang kaya dengan adab , akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah . Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan . Pelanggarannya dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS .

4. Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik . Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami , PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah [ pemikiran ] , syakhsiyyah [ peribadi ] dan ruuhiyyah [ spiritual ] masyarakat .

5. Justeru itu , kurangkanlah politiking sesama sendiri yang hanya mengheret kita bersengketa dan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada perjuangan sebaliknya menjadikan kita retak dan pecah .

6. Berikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerakkerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan . Tidak hanya menumpukan isu - isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerakkerja dan aktiviti Amal Islami yang lain seperti pemantapan Aqidah dan Fikrah .

7. Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan . Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam .

8. Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah yang telah mengabaikan solat berjamaah , menjauhkan diri dari majlis - majlis ilmu , tidak lagi melazimi usrah . Ucapannya pula tiada lagi hikmah sebaliknya kasar dan keras . Tindakannya gelojoh , egonya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai . Gemar bertelingkah dan suka memfitnah . Melakukan dosa tanpa sedar ianya berdepan murka dan kutukan Allah swt . Sebagai contoh mudah , apabila jamaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut , tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal . Sebaliknya berlumba - lumba nak menyalakan lagi isu yang sedia membara .

9. Saban ketika dan waktu hanya merancang bagaimana nak jatuhkan si anu dan si anu [ saingan politiknya ] kerana ia tidak sependapat dengan aku [ atau mereka memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi " demi kebaikan jamaah ...." @ " demi masa depan jamaah ..." dan lainnya sebagai melindungi perkataan sebenar " demi kebaikan aku ..." @ " demi masa depan politik aku ......." ]

10. Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak . Hitungan seharian dalam dunia politik ialah bagaimana nak menang ! bagaimana nak dapatkan undi melayu dan non malay ! tetapi malang , sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka , bagaimana nak pertahankan Islam dan memenangkan Islam ! Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap Islam kerana nanti kita kurang popular dan non muslim akan menjauhi kita .

11. Sebagai anggota Gerakan Islam , kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam . Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani semua ummat , justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia . Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam . Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam .

12. Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sedang kita tidak berusaha untuk jadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka . Bangga meriwayatkan kesederhanaan 2 tokoh pemimpin kita tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan . Bangga dengan tawadhu' dan wara'nya mereka tetapi kita gopoh , liar dan tidak cermat . Bangga dengan karisma dan wibawa mereka sementara kita sering culas dan nakal .

13. Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya . Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya . Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua , ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga - lagakan mereka . Kerana itu perbuatan insan yang nakal lagi liar .

14. Berjuang biarlah dapat pahala , jangan berjuang untuk menambah dosa . Berjuang biarlah ramai sahabat , jangan berjuang meramaikan musuh . Berjuang biarlah tenang , jangan berjuang menambah serabut . Berjuang biarlah damai , jangan berjuang untuk bergaduh . Berjuang lah jangan tidak berjuang ....

15. Kita berjamaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam . Bukan membina empayar individu jauh sekali memburu kekayaan material . Lantaran itu , tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini . jangan tukar PAS sebagai Gerakan Islam kepada PAS hanya sebuah Parti Politik .

Peserta Perkhemahan 1Malaysia lemas







Okt 27, 09 11:20am
Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus.

Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras. Menurut The Star, 19 lagi murid ditemui selamat.

Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung dijalankan sebaik kejadian berlaku.

Agensi berita Bernama pula melaporkan, pelajar perempuan yang lemas itu dikenali sebagai Dina Deve a/p Nathan.Mayatnya ditemui berhampiran loji sungai terbabit pada kira-kira pukul 8.30 pagi.

"Mayat telah dibawa ke Hospital Kampar di sini untuk dibedah siasat," kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof kepada pemberita di kawasan kejadian hari in

26 Oktober 2009

BILA ORANG PAS BERKIBLATKAN MEDIA UMNO


Saya tidak melihat isu besar berlaku dalam Pas. Manifestasi dari cadangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan EGM telah dibesar-besarkan media. Media mana? Mana lagi kalau bukan media milik Umno atau yang sewaktu dengannya. Cadangan EGM ini boleh datang dari siapa sahaja dalam Pas. Tetapi bila cadangan itu datang dari Tuan Guru maka isu ini dibesar-besar dan ditambah lemak dan perisa oleh media Umno.

Itu memang dah kerja media Umno@BN. Sejak bila media Umno@BN bebaik-baik atau memberi liputan positif kepada Pas? Kalau itu berlaku itu tanda-tanda kiamat barangkali.

Tetapi masalahnya bila orang Pas sendiri bukan sahaja diperingkat bawahan tetapi yang duduk di atas-atas turut melenting dan melatah tak tentu pasal. Inilah padahnya bila media Umno@BN dijadikan sumber rujukan. Bukankah dulu beria-ia kita meminta agar boikot media berkenaan? Apakah sekarang dasar dah berubah?

Bukankah Pas mengajar kepada pengikutnya bahawa bila datang sesuatu berita dari golongan fasik selidik le dulu...Apakah ustaz-ustaz dalam Pas pun dah lupa ayat ini...

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. ( Al Hujurat : 6 )

Bukankah Pas ada Majlis Syura Ulama'?Syura Pas tak sama malah jauh langit dengan bumi dengan Mesyuarat Tertiinggi Umno. Apakah orang Pas dah lupa konsep amal jamaie...soal wala' @ ketaatan kepada kepimpinan? Apakah orang Pas dah lupa bahawa rujukan Pas adalah Al Quran dan hadis.

Bagi saya biarlah pimpinan Pas yang dilantik dan dipilih serta diamanahkan untuk buat keputusan terbaik untuk jemaah. Kalau itu pun payah nak faham sertailah Umno...Habis cerita.


Meriah : lebih 5,000 hadir rumah terbuka Pakatan Rakyat Perak

26 Oktober 2009

kehadiran yang memberangsangkan menandakan Pakatan Rakyat di Perak masih kuat dan masih mendapat sokongan dari rakyat Perak.


IPOH, 25 Okt :- Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat perak yang julung-julung kali diadakan di Perkarangan Pejabat PAS Perak disini malam tadi mendapat sambutan yang memberangsangkan dari warga Perak. Dianggarkan lebih 5000 orang hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu.

Disamping dengan jamuan dari pelbagai menu istemewa dipersembahan juga persembahan nasyid, tarian kebudayaan Cina dan India.

Semua ADUN Pakatan Rakyat Perak hadir pada majlis tersebut disamping hadir sama ialah pesuruhjaya PAS Perak, ust. Abu Bakar Hussain dan Pengerusi keadilan Perak yang baru, Sdr. mustafa kamil Ayob.

Ketiga-tiga pemimpin utama parti PAS, DAP dan PDKR menyampaikan ucapan masing-masing dan terakhir Menteri besart perak pakatan Rakyat menyampaikan ucapannya.








PAS PERAK DESAK POLIS, SUK JANGAN MASUK CAMPUR !!

Nazri Abdullah
Mon | Oct 26, 09 | 10:47:43 am MYT
IPOH, 26 Okt: PAS Perak semalam membuat beberapa desakan menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri Perak 28 Oktober ini.







Dalam satu sidang media di pejabat PAS di Ipoh semalam, mereka antara lain mendesak sidang DUN Rabu ini tidak dicemari campurtangan pihak polis seperti yang berlaku pada persidangan DUN 3 Mac dan 7 Mei sebelum ini.

Mereka mendakwa berlaku kekasaran dari pihak polis dan telah mengganggu Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan menunaikan tanggungjawab untuk bersidang.

"PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini.

"PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang," kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dipetik.

ImageSelain itu mereka juga mendesak, keselamatan ADUN Pakatan dijaga ekoran dakwaan akan munculnya 'samseng-samseng' upahan yang tidak di kenali pada persidangan itu nanti.

Mereka tidak mahu insiden mengangkat V Sivakumar dari kerusi Speaker oleh mereka yang tidak dikenali berulang sekali lagi.

"Tindakan mengheret Speaker YB V. Sivakumar pada sidang DUN yang lalu amat tidak bermoral dan melanggar etika kemanusiaan," kata beliau lagi.

Desakan turut dibuat kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN.

SUK dakwa mereka hanya kakitangan kerajaan dan berada dibawah kuasa eksekutif dan tiada hak sama sekali mencampuri kuasa legislatif yang ada pada sidang DUN.

"Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN.

"Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan, katanya lagi.

Seperkara lagi katanya, kecelaruan persidangan tersebut mungkin timbul ekoran keputusan terbaru mahkamah yang telah membenarkan Speaker, V Sivakumar, dan enam lagi ADUN Pakatan Rakyat mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak iaitu Behrang, Cangkat Jering Dan Jelapang.

Lebih merumitkan keadaan algi apabila mahkamah masih belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.

Sehubungan itu mereka mendesak agar DUN Perak dibubar segera bagi memberi laluan kepada rakyat membuat pilihan semula kepimpinan negeri yang dikehendaki mereka.

"Bagi PAS Perak ini adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan berbagai lagi insiden yang akan berlaku pada masa akan datang selagi mana DUN Perak tidak dibubarkan," katanya. _

DE FACTO MB.......

DE FACTO MB...

Nizar says someone other than Zambry runs Perak
By Clara Chooi

IPOH, Oct 25 — Former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin today accused State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim of being the “de facto mentri besar” by controlling Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir and meddling with state assembly matters.

His statement irked the usually mild-mannered Abdul Rahman and caused the latter to break his silence and leap to his defence.

“I just laugh at his statement. I laugh to all these nonsense from him,” he told The Malaysian Insider over the phone this evening.

Nizar, in a press conference at the Perak Pakatan Rakyat headquarters here earlier, alleged that Abdul Rahman had been the one to convince Zambry and Speaker Datuk R. Ganesan to replace the current sergeant-at-arms of the state assembly with 15 “samsengs from Umno's Pekida”.

He had earlier also claimed that the “samsengs” had targeted five Pakatan Rakyat assemblymen and would attack them if they caused any trouble during the Oct 28 sitting.

“Zambry has no power — he is just the stooge of Abdul Rahman. Abdul Rahman was the one who convinced Zambry and Ganesan to change the sergeant-at-arms to the 15 samsengs.
“Did you know, Abdul Rahman is the de facto mentri besar? He has been ruling the state all this time,” said Nizar.

Ganesan, in denying the accusation, reminded Nizar that he had been carrying out his duties in the same manner as he had done when the PR had ruled Perak last year.

“I did the same thing during his (Nizar's) time. There has been no change in the way I carried out my duties during his time,” he said.

He added that he was “only the government servant in charge of state administration” and would not work outside of his jurisdiction by meddling with matters in the government's legislative body.

“I am discharging my professional duties based on rules and principles and acting within the laws and regulations,” he insisted.

Since the Perak crisis exploded, Abdul Rahman has been PR's target of blame for the hindrances their lawmakers had faced in attempting to enter the State Secretariat to convene their assembly sittings and Rights and Privileges Committee meetings.

Several police reports as well as legal suits had also been filed against the State Secretary, accusing him of infringing the fundamentals of the doctrine of separation of powers.

The chief of the state's executive arm had also been accused of giving orders to the police to stop the assemblymen from entering the state assembly hall, to be present in the hall during the May 7 sitting as well as to forcibly remove former Speaker V. Sivakumar from his chair.

During the press conference earlier, Perak PAS commissioner Abu Bakar Hussain urged the police not to meddle with any affairs during the coming Oct 28 sitting.

“Perak PAS is urging the police not to make a repeat of the state assembly sittings before this on March 3, May 7 and Sept 2.

“It was clear during these sittings that the police had blocked PR assemblymen from holding the session,” he said.

He added that Perak PAS also wanted an assurance from the police that they would ensure the safety of the PR assemblymen against any disturbances from the “samsengs” in the state assembly hall.

25 Oktober 2009

KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN, DUN PERAK PERLU SEGERA DIBUBARKAN

Kenyataan Media (25 Oktober 2009)

KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN,DUN PERAK PERLU SEGERA DIBUBARKAN

Berikutan sidang DUN yang akan diadakan pada 28 Oktober 2009 ini, PAS Perak mendesak agar kestabilan perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak berjalan dengan baik, perkara ini sangat penting kerana PAS Perak sangat menghormati pendirian rakyat yang telah membuang undi pada 8 Mac 2008 yang lalu dan hasil dari itu kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir Negeri Perak.
Berikutan surat panggilan yang telah dikeluarkan oleh YB V Sivakumar selaku Speaker Perak yang sah, untuk semua adun dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersidang pada 28/10/2009 ini. Maka PAS Perak mengharapkan agar perkara-perkara yang disebutkan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan:
Pertama : PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang. Pada 3 persidangan yang lepas seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa pihak polis telah menghalang adun Pakatan Rakyat untuk bersidang bahkan telah mengganggu ADUN dari Pakatan Rakyat menunaikan amanah rakyat untuk mereka bersidang.
PAS Perak, sangat bimbang sekiranya berlaku sebarang kekerasan dari pihak Polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang sepertimana yang berlaku pada sidang-sidang DUN yang lepas, oleh itu bagi PAS Perak perkara seperti ini tidak boleh berulang sama sekali.
Kedua : PAS Perak menyeru agar pihak polis menjaga keselamatan ADUN Pakatan Rakyat daripada sebarang gangguan “samseng-samseng” yang tidak dikenali yang berkemungkinan akan muncul pada sidang dewan yang akan datang. PAS Perak melihat tindakan “samseng-samseng” yang tidak dikenali ini telah menimbulkan kekacauan pada sidang-sidang yang lalu harus dihalang daripada terus menimbulkan kekacauan. Tindakan mengheret Speaker YB V. Sivakumar pada sidang DUN yang lalu amat tidak bermoral dan melanggar etika kemanusiaan.
Sehubungan itu, kami amat berharap pihak polis dapat menghalang sebarang tindakan tidak bermoral yang mungkin dibuat oleh pihak “samseng-samseng” ini pada sidang DUN 28 Oktober ini.
Ketiga: Pimpinan PAS Perak juga bertegas agar pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN. Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN. Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan.
Keempat: Sehingga kini, mahkamah masih lagi belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah, dan keputusan ini masih dalam urusan mahkamah, dan Berdasarkan keputusan terbaru juga, mahkamah tinggi telah membenarkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan enam lagi ADUN Pakatan Rakyat untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak iaitu Behrang, Cangkat Jering Dan Jelapang.
Perkara ini semestinya akan menyebabkan kecelaruan bagi sidang DUN yang akan diadakan ini. Sehubungan itu, PAS Perak mendesak agar DUN Perak segera dibubarkan bagi mengembalikan semula hak rakyat memilih kerajaan yang sebenar untuk mentadbir Negeri Perak, Bagi PAS Perak ini adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan berbagai lagi insiden yang akan berlaku pada masa akan datang selagi mana DUN Perak tidak dibubarkan
Dengan ini saya, selaku Pesuruhjaya mewakili seluruh pimpinan PAS Perak, akan terus konsisten menggesa agar DUN Perak segera dibubarkan untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul akibat daripada rampasan kuasa oleh pihak Barisan Nasional. PAS Perak menggesa supaya kembalikan semula hak rakyat, berikan mandat kepada rakyat tentukan siapa kerajaan pilihan mereka.
“ ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ”
A.F USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN
Pesuruhjaya PAS,
Perak Darul Ridzuan

Krisis Perak menuju Klimaks !!!

Menjelang 28/10/09 sehinggalah 7/11/09 adalah tempoh masa yang sangat dramatik bagi rakyat Perak . Politik Perak yang tidak menentu akan menuju penyelesaian atau kehancuran . Doakan yang baik berlaku . DUN Perak akan bersidang pada 28/10/09 . Sepatutnya sidang belanjawan dan perdebatan tentang program membangun rakyat dan ekonomi Perak 2010 .

Namun kerana kecelaruan tentang status speaker haram BN A.Ganesan masih tak terurus saya yakin ADUN-ADUN PR tidak akan sanggup bermesyuarat dengan diketuai spesies haram tersebut .

Rakyat masih keliru kenapa A.Ganesan adalah spesies haram & tidak ada maruah , pembohong dan pencemar maruah & kedaulatan Sultan Perak . Jawabnya mudah . Apabila BN mencalonkan Ganesan untuk menggantikan A.Sivakumar sebagai speaker , tentulah Sultan akur . Al Maklumlah UMNO/BN/Najib etc etc ! Raja mana yang nak tentang . Di Malaysia ini setelah krisis perlembagaan 1992 , kuasa sebenar ada pada presiden UMNO cum PM Malaysia . Raja2 dah dilondehkan kuasa mereka . Jangan lupa jenayah UMNO kepada Raja2 Melayu .

Namun tentulah Sultan Perak mengharapkan perlantikan speaker BN itu dibuat ikut undang2 . Habis UMNO/BN melacurkan undang2 . Lantik speaker tanpa usul yang sah . speaker tak angkat sumpah & yang paling bodoh nak tipu Sultan . Bila jadi speaker tak letak jawatan sebagai peguam . Bila orang kecoh beliau tipu rakyat dan Sultan dia buat surat backdated . Macam MC backdated . Hanya orang yang tolol dan bengong saja yang akan percaya penipuan A.Ganesan . Betullah yang haram , itu akan menelurkan benih2 & anak2 haram jua . Dahlah kerajaan haram , speaker haram dan sekarang nak bentangkan belanjawan haram .

Marilah kita berdoa semoga Allah memberi hidayah kepada seluruh warga Perak (Dari Sultan hingga yang melata dan merempat) supaya bangun mempertahankan keluhuran perlembagaan & kedaulatan undang2 .

MENUNGGU TITAH SULTAN PERAK ATASI KEBUNTUAN POLITIK PERAK !!

HURU-HARA gejala krisis politik dan perlembagaan Negeri Perak bukanlah suatu yang sukar untuk diselesaikan.


Ia boleh diselesaikan semudah memetik suis lampu elektrik bagi menyalakannya atau bagi memadamkannya dengan perkenan Sultan.


Semuanya kini di tangan Sultan. Dan itulah gunanya Sultan dalam suasana berlaku kebuntuan politik dan pentadbiran seperti yang berlaku di Perak sejak Barisan Nasional melancarkan rampasan kuasa atas nama perlembagaan menjelang penyingkiran secara terhormat Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi hujung 2008 dan awal 2009 lalu.


Krisis itu dimulakan oleh angkara politik rakus Barisan Nasional yang mencuri secara silap mata atas tiga orang Adun Pakatan Rakyat secara serentak serta mengembalikan semula ke pangkuannya secara silap mata juga atas seorang Adunnya dari Bota.


Politik tidak bermoral itu terpaksa dibalas oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang menjadi mangsa ketika itu.


Ketegangan itu adalah satu perang saudara yang tidak menggunakan senjata api. Tiada banyak bezanya dengan perang saudara di Somalia sekarang antara kerajaan dan pemberontak yang menggunakan senjata api.


Perang saudara tidak akan berhenti selagi tiada pihak yang menang dan tiada pihak yang kalah. Baik ia menggunakan senjata api seperti di Somalia atau menggunakan senjata angin dan air liur seperti di Perak.


Tidak ada apa-apa yang dapat dibuat di Somalia kerana tiada sebarang makanisme yang dapat mencelah bagi mengatasinya. Tetapi huru-hara perang saudara di Perak itu ada makanisme yang boleh menghindarkannya iaitu Sultan.


Sultan tidak dihendaki berpolitik seperti yang ditunjukkan oleh Raja Thailand dan Maharaja Jepun. Tidak pantas Raja berperlembagaan itu menunjukkan kecenderungannya berpolitik.


Tetapi ada satu tindakan politik yang boleh dimainkan oleh Raja yang tidak mahu digunakan oleh Sultan Perak bagi mengatasi kebuntuan politik di negeri itu iaitu membubarkan Dewan Undangan Negeri, menyerahkan semula mandat kepada rakyat supaya ada satu pilihan raya baru.


Raja mesti menjauhkan diri daripada berpolitik. Tetapi politik yang tidak berpolitik dibenar dan dibolehkan. Politik yang tidak dibolehkan ialah Raja menyokong memenangkan parti tertentu dan memihak kepada parti tertentu atas dasar politik. Memihak seperti itu tidak dikehendaki. Jika ada kecenderungan begitu baikah turun takhta dan bertanding dalam pilihan raya.


Tetapi tindakan politik atas nama ketua negeri bagi mengatasi kebuntuan politik atas dorongan keadilan dan kebenaran, maka ia adalah langkah yang terpuji dan dikehendaki. Dan peranan politik Raja itu berakhir dengan membubarkan Dun dan menunggu keputusan pilihan raya bagi memerintahkan pembentukan kerajaan baru.


Sultan Perak adalah satu-satunya Raja di dunia yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara. Tidak ada Raja yang sepertinya. Itulah kelebihannya daripada raja-raja yang lain, dulu dan sekarang.


Kes seperti kebuntuan politik dan perang saudara tanpa senjata api itu tidak pernah dihadapi baginda semasa menjadi hakim daripada mahkamah majistret hinggalah ke kerusi Ketua Hakim Negara.Kes itu Allah datangkan ke hadapan baginda semasa baginda menjadi Sultan yang berpengalaman selama 25 tahun dan sebagai sifat baginda dulu pernah menjadi Ketua Hakim Negara. Raja-raja lain tidak menghadapi ujian seperti itu.


Kejadian di Perak itu bukan ujian kepada Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dan bukan ujian bagi Dato’ Seri Zambery Abdul Kadir. Orang politik boleh bergaduh dan boleh berdamai, boleh bertembak dan boleh berpeluk. Bagi mereka ada ujian tertentu tentang kuasa dan tindakan politik mereka.


Sampai mati Nizar tidak akan berhenti melawan ketidakadilan yang dilakukan oleh kerakusan BN pimpinan Perdana Menteri Najib. Nizar dan partinya adalah mangsa dan ia dipertahankan dan akan menuntut bela. Dr Zambery dan partinya sejak kalah dalam pilihan raya umum ke-12 sudah merancang untuk menggulingkan Nizar, tidak akan mengaku salah dan kalah setelah silap mata rampatan kuasa itu dapat dilakukannya.


Adalah kerja Najib dan partinya untuk mengambil kuasa kalau tidak melalui cara sah, akan melakukan dengan cara yang tidak sah. Sesudah dia dapat Perak, dia mahu Selangor pula. Itu kerjanya yang Raja kena faham. Gara-gara politiknya, dia telah mewujudkan satu huru-hara politik dan menjadi kes di hadapan mata Sultan.


Perak menjadi ujian politik yang bergelora itu. Ujian itu Allah takdirkan bagi menguji wibawa pengalaman kehakiman dan keadilan yang ada pada latar belakang Sultan. Dan ia juga ujian kepada Raja Dr Nazrin, Raja Muda dan Pemangku Sultan yang banyak memberi pemikiran besar di pelbagai pentas di negara ini.


Tiada Raja dan bakal Raja lain di dinia yang acap naik pentas memberi berbagai saranan, pemikiran dan teori-teori selain daripada Raja Dr Nazrin. Yang kusut dan bercelaru bagi semua orang, maka Raja Nazrin datang ke pentas memberikan teori penyelesaian dan cara-cara keluar daripada sebarang kebuntuan.


Ketika itulah datang satu ujian yang kecil dan boleh diselesaikan semudah memetik suis lampu elektrik bagi menyalakan atau memadamkannya. Sudah hampir setahun kini kebuntuan itu tidak dapat diselesaikan.Pegawai-pegawai kerajaan, makamah dan para peguam jadi kelam kabut dan bercempera kerana Sultan mengambil sikap Raja tidak boleh berpolitik dan mahu campur urusan politik.


Pada hal Raja dan istana ada ruang bagi menyelesaikannya, tetapi tidak mendapat nasihat bagi menyelesaikannya.Di hujung naungan kesultanan Sultan Perak yang bersemayam sudah 25 tahun itu baginda melihat sidang Dewan Undangan Negeri beramuk hingga ada Adun yang naik kerusi dan meja, ada Speaker diheret keluar Dewan, ada sidang Dun di bawah pokok.


Cerita yang berlaku di Taiwan, di Korea Selatan dan tempat-tempat tidak terkenal dengan sopan santun, telah berlaku di Perak. Di negeri-negeri lain tidak berlaku begitu, pada hal Rajanya tidak pernah jadi hakim dan Raja Muda atau TEngku Mahkota tidak rajin naik ke pentas forum dan seminar.


Perak telah diberi Allah kelebihan. Sayogia bersyukur rakyat jelata yang beroleh Raja dan waris Raja yang diberi Allah kebijaksanaan dan penetahuan tinggi. Dalam suasana seperti itulah datang perkembangan besar yang tidak sulit bagi menyelesaikannya tetapi telah tidak dapat diselesaikan hingga berbulan-bulan dan menggangu pentadbiran dan rancangan pembangunan Perak.


Memang Raja itu ada peranannya dan banyak serta besar sumbangannya kepada kesejahteraan negeri dan rakyat. Sebagai payung Raja menjaga melindungi kesejahteraan dan kebahagian rakyat dan pemerintahan. Orang-orang politik datang berkhidmat atas nama Raja dan pemerintahan Raja.


Dalam kebuntuan politik seperti itu Raja ssaja yang dapat menyelamat dan menyelesaikannya. Apabila Raja pula berserah kepada mekanisme kuasa yang kabur dan kurang jelas, kerajaan Perak menghadapi kebuntuan.Yang tidak berlaku selama ini sudah berlaku. Yang tidak berlaku di tempat lain berlaku di Perak. Perak ada Speaker. Speaker yang ada dibuang dalam suasana kelam kabut. Diganti dengan Speaker dalam keadaan kelam kabut juga. Tidak berlaku di tempat lain ada dua Speaker. Tetapi di Perak ada dua Speaker.

Orang politik sudah dan boleh membuat kacau dalam politik dan pentadbiran di Perak tetapi tidak orang politik tidak tahu dan tidak dapat menyelesaikannya. Yang makanisme boleh menyelesaikannya ialah Sultan tetapi Sultan belum bertitah untuk menyelesaikannya. Apa yang menyusahkan Sultan untuk bertitah? Sampai bila Sultan mahu begitu?