Catatan

Tunjukkan catatan dari April 1, 2009

Nizar masuk bilik gerakan BN !!!!

Imej
CALON Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki bilik gerakan BN ARIF, (Angkatan Rakyat Insaf) ketika berkempen di pekan Simpang dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang, hari ini.

"Umno berubah dari kurang baik kepada teruk" !!!! - Haron Din

"Umno berubah dari kurang baik kepada teruk" Irwan Muhammad Zain Tue | Mar 31, 09 | 5:59:35 pm MYT KAMUNTING, 31 Mac (Hrkh) - Umno hanya berubah daripada pemimpin yang kurang baik kepada yang lebih teruk, tegas Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din. Iklan Perubahan yang diuar-uarkan oleh pemimpin Umno selepas pemilihan parti itu baru-baru ini tegas beliau tidak berlaku sebaliknya pelbagai masalah sedang dihadapi kesan dari keputusan pemilihan tersebut. "Apa yang berubah kalau pemimpin yang disahkan oleh Lembaga Displin Umno sendiri pun masih boleh menang dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. "Perubahan yang mereka gembar gemburkan itu hanyalah semata-mata untuk menutup pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno," tegas beliau. Pergolakan yang masih berlaku dalam Umno itu tegas Haron Din membukti...

Cakap apa sahaja isu !! - Asmuni

PAS abai larangan sebut Altantuya, raja Apr 1, 09 4:12pm Timbalan pesuruhjaya PAS Perak menegaskan, parti itu tidak akan akur arahan melarang, termasuk calonnya, sebarang kenyataan yang bersifat menghasut semasa berkempen dalam pilihanraya kecil. "Kita menghormati kebebasan bersuara. Kita akan bercakap apa sahaja isu yang mengenai kepentingan rakyat dan negara selagi perkara yang disentuh itu dibuat dalam batas undang-undang dan berdasarkan fakta," Asmuni Awi dipetik berkata hari ini. Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan larangan mengejut kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan kontroversi raja. Asmuni berkata arahan itu merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana kebebasan bersuara merupakan satu hak asasi yang dijamin dengan sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, lapor Bernama . "Kita boleh ...

UMNO tak reti bahasa istana - Ustaz Idris

Imej
UMNO tak reti bahasa istana - Ustaz Idris Dilulus terbit pada Wednesday, April 01 @ 07:03:31 MYT oleh TokPenghulu Oleh rusly_islam " BUKIT GANTANG, 31 Mac - "Apabila tidak bersetuju dengan pendapat sultan maka itulah lafaz yang kita akan ucapkan" kata ustaz Idris merujuk kepada lafaz 'saya mohon derhaka' oleh Nizar sewaktu bertemu dengan sultan. Ustaz Idris menganggap orang-orang dan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai tidak faham dengan protokol istana walaupun kononnya hendak mempertahankan Sultan. Seperti yang dijangkakan UMNO akan menggunakan isu derhaka bagi meraih simpati pengundi khususnya orang-orang melayu. Kain rentang tentang penderhaka juga dibawa oleh UMNO ketika pernamaan calon baru-baru ini. "Seolah-olah UMNO hendak mengajak rakyat supaya bersikap biadap dengan sultan kerana kerana tidak menggunakan bahasa lain daripada bahasa istana." kata Ustaz Idris ketika dihubungi oleh petugas te@m IT pagi tadi. Ustaz Idris memper...