Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 12, 2009

ISA YANG MENANG !! BUKANNYA UMNO...

Imej
'Kemenangan Isa, bukan Umno' Jimadie Shah Othman kemaskini 6.12pm Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang semalam sebagai kemenangan calonnya Tan Sri Isa Samad, dan bukannya kemenangan Umno, kata penganalisis politik. "Kemenangan semalam lebih kepada faktor personaliti. Walaupun Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno, tetapi masyarakat melihat Isa melebihi parti. "Walaupun terdapat salah laku, masyarakat melihat sumbangannya yang besar," kata Dr Sivamurugan Pandian. Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) itu diminta mengulas kemenangan besar Isa yang berjaya mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti lebih 5,000 undi. Dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Sivamurugan berkata, kemenangan Isa itu menjadi permulaan bagi Umno untuk mengembalikan semula kewibawaan Umno yang merosot teruk pada pilihan raya umum lalu. Tambahnya, kemenangan Umno juga hasil kejayaannya mengelakkan sabotaj pemimpin set...

Teruskan lagi perjuangan !!!

Teruskan perjuangan !! kita sedang di uji oleh allah taala..N9 dan melaka adalah kemungkinan negeri terakhir sekali utk ditawan PR .Tetapi tidak mustahil ianya dapat di tawan seandainya kita bekerja kuat.Kebanyakan Rakyat bawahan tidak mengetahui perkembangan politik semasa. Masih lagi belum bersedia untuk berubah . Masalah kenegaraan dan politik tidak diambil peduli !! janji kehidupan makan minum tidak terjejas. orang sebegini senang di umpan dan sering kena tipu dek umno jer tiap kali pilihanraya.