Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 10, 2010

Sasterawan Negara Dato' A Samad Said mahu rakyat gerakan massa bangkit menghapuskan Akta Mesin Cetak & Penerbitan! -

Imej
http://sanggahtoksago.blogspot.com/2010/07/sasterawan-negara-dato-samad-said-mahu.html Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said menegaskan sudah sampai masanya rakyat bangun menuntut agar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang diguna pakai di negara ini dihapuskan kerana, ia jelas mengongkong kebebasan bersuara. Mengulas tindakan kerajaan tidak memperbaharui dan memberhentikan pemberian permit penerbitan kepada lidah rasmi KeADILan, Suara Keadilan, awal bulan ini, beliau menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu berat sebelah dan tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat yang berlainan dengan pihak pemerintah. Tegasnya, jika negara dan kerajaan Umno-BN mengamalkan sistem demokrasi, tidak timbul soal penarikan atau pembatalan permit untuk menerbitkan apa jua bahan kerana jika terdapat kesalahan seperti fitnah atau hasutan ia boleh dibicarakan mengikut undang-undang sedia ada di mahkamah terbuka. Pak Samad yang ditemui Harakah Isnin lalu, mahu ad