23 Julai 2010

Rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendur

Posted on Wednesday, July 21 @ 22:20:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih E-Mel Pembaca Sumber Harakahdail
TEMERLOH, 21 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah

Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam. Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu.
"Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (Mufti) dan kepimpinan Umno," tulis Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.
Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan Melayu ini; sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam.
Menurutnya, pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini.
"Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan Umno," katanya.
"Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam. Kalau perpaduan bangsa; kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara. Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara," kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah pengajian Islam UITM itu.
"PAS Menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; iaitu "Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan".
"Lantaran itu PAS lebih rela melayu berpecah dalam mentaati perentah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah," kata beliau.
PAS, katanya, tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh Umno.
"Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan, serta pelbagai penyelewengan. Di saat rakyat tenderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS," tambah beliau.
Katanya, di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS kerana lebih 50 tahun Umno diberi kepercayaan oleh orang melayu Islam.
"Umno membelakangkan soal perpaduan; kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri mengholor perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri.
"Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju," katanya.
Rakyat miskin, katanya, terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers).
Syarikat konsesi tol pula tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa.
"Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar spt penyerahan Blok L,M kepada Brunei, Tanah KTM di Singapura, Isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala social yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar; bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini," tegas beliau.

10 Julai 2010

Sasterawan Negara Dato' A Samad Said mahu rakyat gerakan massa bangkit menghapuskan Akta Mesin Cetak & Penerbitan! -

http://sanggahtoksago.blogspot.com/2010/07/sasterawan-negara-dato-samad-said-mahu.html


Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said menegaskan sudah sampai masanya rakyat bangun menuntut agar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang diguna pakai di negara ini dihapuskan kerana, ia jelas mengongkong kebebasan bersuara.

Mengulas tindakan kerajaan tidak memperbaharui dan memberhentikan pemberian permit penerbitan kepada lidah rasmi KeADILan, Suara Keadilan, awal bulan ini, beliau menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu berat sebelah dan tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat yang berlainan dengan pihak pemerintah.

Tegasnya, jika negara dan kerajaan Umno-BN mengamalkan sistem demokrasi, tidak timbul soal penarikan atau pembatalan permit untuk menerbitkan apa jua bahan kerana jika terdapat kesalahan seperti fitnah atau hasutan ia boleh dibicarakan mengikut undang-undang sedia ada di mahkamah terbuka.

Pak Samad yang ditemui Harakah Isnin lalu, mahu ada gerakan rakyat seperti Gerakan Mansuh ISA (GMI); Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dan terkini Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) diwujudkan segera bagi mengerakkan kempen menghapuskan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, yang jelas menguntungkan parti pemerintah sahaja.

"Dalam kes Suara Keadilan, sepatutnya mereka diberi peluang untuk membela diri. Bukannya matikan permit lidah rasmi parti itu. Kalau ada yang tak kena dengan laporan tentang Felda, menjadi tanggungjawab Felda menjelaskan kekeliruan yang timbul.

"Jika ada fakta yang salah, dianggap fitnah, seret sahaja ke mahkamah. Kenapa tak beri dia permit penerbitan? Ini namanya berlawan atas padang yang tak sama rata... Kenapa permit ditarik balik kerana sepatutnya Felda menafikan dakwaan Suara Keadilan supaya rakyat mendapat maklumat mengenai keadaan sebenar. Ini bererti Felda tidak mahu menjelaskan apa-apa atau mahu melindungi kebenaran daripada pandangan rakyat," tegas beliau dalam satu wawancara eksklusif Tarmizi Mohd Jam dan Intan Abdullah mewakili Harakah di KL Sentral.

Tokoh wartawan dan sasterawan itu menyifatkan, kesedaran rakyat yang kian meningkat akan membolehkan demokrasi di negara ini berjalan sempurna jika trend ini berterusan setelah melihat kejayaan rakyat menundukkan kerajaan Umno-BN dalam isu memansuhkan PPSMI dan membatalkan kelulusan lesen judi bola sepak baru-baru ini.

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman menyokong penuh saranan Pak Samad agar Akta Penerbitan Mesin Cetak ini dihapuskan dan ditentang habis-habisan kerana ia tidak memberi peluang penerbit membela diri atau mempersoalkan keputusan penarikan balik sesuatu permit.

Katanya, isu permit untuk penerbitan sudah tidak relevan lagi dan rakyat patut menggerakkan massa untuk memansuhkan akta draconian itu secara lebih tersusun dan efektif. Ini kerana, permit penerbitan itu menjadi hak eksklusif kerajaan yang boleh diperlakukan apa sahaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. 

Sementara itu, KDN bersedia menyita pejabat operasi Suara Keadilan dan kilang pencetaknya jika akhbar itu terus diterbitkan tanpa permit. "Sudah tentu boleh (ditutup)," kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein ketika ditanya mengenai kenyataan KeADILan bahawa Suara Keadilan akan terus diterbitkan.

Terdahulu, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Zaitun Ab Samad berkata, kalau beroperasi tanpa lesen, mereka perlu menanggung risiko dikenakan tindakan. 

Hishamuddin dan Zaitun memberi reaksi terhadap kenyataan balas Pengarah Strategi KeADILan, Tian Chua bahawa penerbitan akhbar itu akan diteruskan walaupun permohonan untuk memperbaharui permit akhbar belum mendapat jawapan KDN.