Catatan
Tunjukkan catatan dari September 1, 2008
HANYA "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR" BOLEH CEGAH JENAYAH - GUAN ENG
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Mohd Sabri Said Mon Sep 01, 08 3:06:40 pm MYT PERMATANG PAUH, 1 Sept (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyeru semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan atau bangsa mengamalkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' jika mahu segala masalah seperti kadar jenayah, kecurian, rasuah dan penyelewengan dapat dikurangkan. Ujar beliau, hanya dengan mengamalkan kebaikan sambil menghindarkan perkara yang boleh menghampiri perbuatan terkutuk negara dapat diselamatkan daripada hancur. "Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal ' Amal Makruf Nahi Mungkar' sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini, " tegasnya sewaktu memberikan ucapan sempena Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam. Beliau percaya, semua agama mengamalkan kebaikan maka tidak menjadi kesalahan sekira...
Tulis semula sejarah untuk perbetulkan fikiran rakyat
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Tulis semula sejarah untuk perbetulkan fikiran rakyat Nyza Ayob Mon Sep 01, 08 12:00:02 pm MYT KUALA LUMPUR, 1 Sept (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mengharapkan agar konsep kemerdekaan dapat diperbetulkan dalam pemikiran rakyat Malaysia dengan adanya penulisan semula sejarah kemerdekaan. Katanya, sejarah kemerdekaan perlu diperbetulkan khususnya dalam pengajian sejarah di Institusi Pengajian Tinggi dan di sekolah-sekolah. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah pada majlis Ambang Merdeka anjuran Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat, dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pandan di Dataran MPAJ, Pandan Indah, malam semalam. Turut serta dalam ceramah tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi dan Exco Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi. Mohamad turut mengharapkan sebagai pengisian kemerdekaan , penonton tidak hanya sekadar dihidangkan dengan filem-filem seperti Sarjan Hassan dan Bukit Kepong yang disiarkan saban tahun. ...
PARTI ISLAM SE MALAYSIA : MEMAHAMI KONSEP WALA'
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Tidak ada satu kalimah dalam bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan secara keseluruhan makna wala’. Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu : Memberikan kasih-sayang Memberi ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi Mengangkat sebagai pemimpin Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu Memberi kepercayaan Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan Allah swt. berfirman : إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُوْلُهُ وَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا الَّذِيْنَ يُقِيْمُوْنَ الصَّلاَةَ وَ يُؤْتُوْنَ الزَّكَاْةَ وَ هُمْ رَاْكِعُوْنَ وَ مَنْ يَتَوَلَّى اللهَ وَ رَسُوْلَهُ وَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا فَإِنَّ حِزْبَ اللهِ هُمُ الْغَاْلِبُوْنَ “Sesungguhnya orang yang harus kamu berikan wala’ kamu kepada mereka hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka tunduk-patuh (kepada hukum-hakam Allah). Dan sesiapa yang memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan orang-orang beriman, maka sesungguhnya golonga...
PAS : DAKWAH DAN SIASAH
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
PAS : DAKWAH DAN SIASAH Melebarkan Sokongan Merentasi Semua Kelompok Serta Segmen Rakyat dan Pengundi Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa sokongan jitu masyarakat dari pelbagai kaum dan latar belakang terhadap perjuangan yang kita dokong merupakan elemen yang akan membantu untuk kita menang dan perkasa . Sokongan jitu ini dengan maksud bukan sokongan spontan yang bersifat jalanan dan murahan , tetapi sokongan yang diraih dengan nilai kepercayaan tinggi masyarakat terhadap perjuangan kita . Saya melihat sokongan seperti ini mesti diperolehi melalui sekurang - kurangnya 4 subjek : Subjek yang pertama : TAKHTIT YANG MUNAZZAMAH Iaitu Perancangan yang strategik berasaskan komitmen terhadap sumber perjuangan yang tulen serta hala tuju yang jelas . Subjek yang kedua : USLUB YANG MUNAASIB Iaitu approach yang bersesuaian terhadap strategi dan realiti serta efektif terhadap sasaran ( madu'u ) . Jua mengambil pendekatan yang responsif terhadap keperluan jamaah...
ANTARA DUA TETAMU
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Dua tetamu sedang berjalan di hadapan anda yang sedang menunggu di pintu rumah. Seorang yang lebih mulia berjalan di hadapan sementara yang seorang lagi berjalan di belakang. Siapa yang patut di alu-alukan dahulu? Tentu yang di hadapan. Bukan sahaja kerana kemuliaannya tetapi kerana dia berada di hadapan. Tentu kurang beradab jika mengalu-alukan tetamu yang di belakang tetapi indah tak indah dengan yang di hadapan... Begitulah kita selalunya. Puasa baru bermula, sudah sibuk nak raya. Puasa baru sehari dua, lagu-lagu Selamat Hari Raya dah berkumandang. Kad ucapan Hari Raya dah bertimbun. Ada yang dah sibuk menbeli belah. Nampak sangat gopohnya kita nak raya dan seolah-olah berkata kepada Ramadhan yang mulia... cepat-cepatlah pergi! Ghairah nak kan kuih sedap, ada ibu bapa yang sanggup minta anak berbuka puasa untuk merasa kuih masakannya. Ada yang berbuka lepas azan Zohor akibat lelah selepas mengacau dodol. Saf-saf sembahyang terawih kian susut. Lailatul Qadar dah dimeriahkan dengan pe...