11 April 2008

video

PRODUK BELANDA DI MALAYSIA !

Assalamualaikum
Berikut adalah senarai produk dari Belanda yang ada di Malaysia.
Maklumat diperolehi dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia. (PPIM) - http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/

Tolong sebarkan...

Duyvis - Makanan Ringan
Lego - Kismis
Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Kieldsens -Coklat
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Wall's - Ais Krim
Pickwick -Teh
Lipton -Teh
Knorr -Perisa Makanan
Bertolli -Minyak Masak
Gouda -Keju
Doriana - Keju Krim
Planta -Magerin
Lady's Choice -Magerin
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Clear -Shampoo
Sunsilk -Shampoo
Cif -Pencuci Lantai
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Dove -Mandian
Lux -Mandian
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Ponds -Produk Kecantikan
Labello -Lip Balm
Vaseline -Lip Balm
Slimfast -Produk Pelangsing
Ing -Insurans
Philips -Barangan Elektrik
Shell -Minyak
Unilever -Syarikat

Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi
pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama
Danone Dumex yang berasal dari Perancis.
Tambahan:
Restoran Windmill
Barangan keluaran syarikat yang mempunyai nama 'N.V.' dan ;B.V.'
Barangan penajaan Christian Albers
Produk2 tenusu spt mentega dan keju - sila rujuk syarikat dengan no. 2

HINANYA MENJADI GURU/PENDIDIK




"Keperluan terhadap guru sangat penting dalam memastikan sistem pendidikan di negara kita berjalan degan lancar. Tetapi dalam pada masa yang sama waktu kini, pelbagai cerita , rencana dan tihmahan yang dilemparkan terhadap guru. Adakah hina menjadi guru pada masa kini. Kebanyakan hinaan dan tohmahan berkisar pada cara guru menghukum pelajar. Ada yang dirotan,ditampar, ditendang dan sebagainya lagi. Namun begitu, kisah ini adalah kisah yang terpinggir tetapi telah dibesarkan oleh media, apa tujuannya, untuk menyedarkan masyarakat bahawa guru ini adalah satu kumpulan tenaga pengajar yang ganaskah? Kita imbau kembali zaman arwah ayahku dan zaman aku sendiri bersekolah dan kini aku menjadi seorang guru. Menurut cerita arwah ayahku, apabila guru menghukum contohnya memberi penampar, maka murid akan berterima kasih kepada guru tersebut kerana telah memberi pengajaran kepadanya. jika arwah ayahku mengadu kepada arwah datukku maka bonus tambahan akan diberi pula. jika guru lempang kiri, arwah datukku lempang kanan.hukuman berdiri sambil menjunjung kerusi atau buku ditengah panas telah menjadi kelaziman.Di zamanaku pula, pernah gigi tercabut ditampar guru matematik, hanya kerana aku lupa membawa buku. walhal akulah pelajar terbaik disekolah tersebut. aku cuba mencari simpati dari ibuku, namun hampa. yang aku dapat juga bonus tambahan dari ibu. namun aku tak berkecil hati kerana aku tau itu salahku. mungkin sebagai pengajaran. ibu bapa dikala itu mempunyai rasa hormat yang amat sangat terhadap guru. pesannya yang masih ku ingat. "jangan menderhaka pada tiga perkara, Allah, Ibubapa dan guru". dan aku tak pernah tanya kenapa.sekarang aku menjadi guru di sebuah sekolah rendah. apabila aku rotan anak murid kerana pelbagai kesalahan. (kat tapak tangan je pun).kes aku sampai ke pengetahuan pejabat pelajaran daerah dantelahdiberi amaran. Ada wujud ibubapa yang bertindak sedemikian. walhal kalau berjumpa dengan guru besar atau aku sendiri lebih baik. senang la nak cerita perangai anak-anak mereka yang tersangat baik dan tersangat menghormati guru tu.Secara kesimpulannya, guru sekarang tidak lagi dihormati seperti guru pada masa lalu, walaupun hukuman guru dahulu lebih ganas dari guru pada masa kini. Dan dapat kita perhatikan sekarang, masyarakat kita sangat lembik jati dirinya dan tidak begitu arif tentang berdikari. maka dari situlah terhasilnya penagih, rempit, rogol dan sebagainya. Perkara ini tidak akan selesai jika guru tidak dapat menghukum, malah tidak dapat menegur anak muridnya. jika dilakukan juga mungkin guru pula yang kena lempang, tumbuk atau diadukan kepada pihak atasan. ibubapa sekarang pula ramai yang kenal orang politik itu dan ini. kemungkinan ditukarkan adalah sangat cerah jika anak-anak mereka yang dihukum guru.Jadi untuk saranan "JANGAN LA JADI GURU, CARI LA KEJE LAIN" kerana guru sekarang lebih banyak dihina dari dipuji. (bukan nak dipuji, cakap tima kasih cukup la). Ramai guru yang bersungut tetapi apa kan daya, guru ibarat mentimun. golek ke tak golek ke tetap punah. Menteri pelajaran sekarang pun macam hampas. bukan nak jaga kebajikan guru, malah kutuk guru lagi ada. bebankan guru dengan berbagai-bagai kerja baru dan susahkan guru untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.(aku bukan tak sokong, tapi, takkan tak leh cari ilmu dalam bahasa melayu. ke hina bahasa melayu sampai tak leh jadi bahasa dalam mencari ilmu)aku juga nak minta maaf kat ibubapa yang masih lagi ada perasaan hormat kat guru. tetapi kisah ini dah jadi lumrah dalam hidup guru sekarang ni. anak gagal, guru salah.anak berjaya sebab dia pandai dan rajin belajar sendiri. pikir-pikirkan lah.banyak lagi nak cerita. tengoklah kalau da kelapangan. wassalam"