Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Janji 100 hari BN resah - Us Idris

Pemimpin umno Bn gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diistihar di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN  termasuk daripada NGO umno  menuduh ini janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk  kepada struktur ekonomi negara .  Pas merasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin umno Bn yang menuduh ini suatu  usaha yang membazir. Semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir,   seperti  kerajaan  Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut. Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak  dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir. Sebenarnya pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat  jika diberikan mandat untuk mentadbir negara ini. Rakyat yang berada di bawah pemerintah BN

Kerja Dok Taboq Fitnah Nie Tak lain Tak Bukan Puak Tuuu Laa....

Imej
25 November 2010 DAP Ancaman Ummat Islam - Misbahul Munir Setiausaha PAS Perak, Ust Misbahul Munir mendedahkan tentang adanya usaha-usaha terancang pihak tertentu (Umnolah ! siapa lagi - alhusseyn) untuk memburuk-burukan Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan menyibarkan beberapa risalah yang berbentuk fitnah bagi tujuan meracuni pemikitan rakyat. Antaranya ialah satu risalah berbentuk buku kecil bertajuk ‘ DAP Ancaman Ummat Islam ’ yang di edarkan ke masjid-masjid di seluruh negeri Perak , yang mengandungi fakta yang tidak betul dan tidak tepat. “Risalah tersebut bertujuan meracuni pemikiran orang ramai dan amat jelas mahu mengapi-apikan sentimen keugamaan dan perkauman,” kata Misbah. Beliau turut menjelaskan bahawa dibuku tersebut mencatatkan kononnya ia dikeluarkan oleh Gabungan Professional Islam dan Gabungan Lulusan Pengajian Islam Timur Tengah bagi tujuan untuk mempengaruhi ummat Islam. “ Ini perbuatan yang sangat memalukan dan sangat keji lagi tidak bertanggung jawap , hing

BALAK UNTUK ORANG MISKIN , BUKAN ORANG POLITIK

Imej
PENDAHULUAN Balak merupakan pemberian Allah kepada sesuatu kerajaan atau negara yang mempunyai hutan. Pada zaman dahulu, ia tidak dikira sebagai sesuatu yang menghasilkan kewangan yang banyak. Mungkin faktor kayu tidak menjadi bahan terpenting, menyebabkan ia tidak menjadi satu perkara yang penting. Keadaan kini berbeda. Ini kerana, kayu sudah menjadi satu industri yang menguntungkan, malahan memberi kekayaan. Apabila kayu sudah menjadi sesuatu keperluan yang agak tinggi, menyebabkan balak menjadi satu industri perniagaan yang cukup menguntungkan. Di Malaysia, balak berada dalam kawasan hutan yang berada dibawah kekuasaan kerajaan negeri. Sesebuah kerajaan yang mempunyai hutan, selalunya mendapat sumber kewangan yang cukup lumayan melalui sumber hutan ini. Namun begitu, tidak ramai yang berfikir, bahawa sumber hutan ini merupakan hak rakyat atau kerajaan, bukan hak milik individu atau parti, atau ahli politik tertentu. KHALIFAH FIL ARD Dalam Islam, sesebuah negeri yang diperi

Dr Rafick Cadang PAS Ambil Alih Teraju Pakatan Rakyat

Imej
  http://greenboc.blogspot.com/2010/11/dr-rafick-cadang-pas-ambil-alih-teraju.html Share   P R bukan PKR Seorang aktivis masyarakat Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman mencadangkan agar PAS mengambil alih kepimpinan Pakatan Rakyat (PR). Ini berdasarkan kepada fakta bahawa PKR gagal untuk menunjukkan kewibawaannya sebagai sebuah parti yang berkemampuan dan berintegriti memimpin PR . Menulis di dalam blognya di http://rights2write.wordpress.com, beliau berkata PKR telah mengecewakan harapan rakyat apabila PKR telah gagal untuk melakukan perkara yang paling penting di dalam menjalankan sesuatu pemilihan. Ini telah menjejaskan maruah mereka sendiri. Beliau menyatakan jika JPP atau parti telah mengakui wujudnya kekurangan dan mahu melakukan semula Pemilihan atau mengekalkan status quo sehingga semua isu-isu kepincangan diselesaikan, mereka akan lebih dihormati. Sebaliknya, pemimpin PKR terus melakukan pembohongan untuk menutup kepincangan tersebut. Sambil mengakui bahawa jasa A

Pakatan Rakyat bahagi kerusi selepas Konvensyen

Imej
Pakatan Rakyat bahagi kerusi selepas konvensyen Hazayani Zakaria    KUALA LUMPUR, 24 Nov: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, proses persiapan pilihan raya Pakatan Rakyat bermula dengan perhimpunan penyokong parti di Pulau Pinang, 18 Disember depan dan disambung dengan Konvensyen Pakatan Rakyat pada keesokan harinya. "Pada peringkat ini, kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan selepas itu membawa kepada pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang parlimen, petang ini. Ia juga, katanya sebagai menunjukkan kekuatan Pakatan Rakyat walaupun diasak dengan pelbagai dakwaan melalui media massa. "Kami juga telah memutuskan untuk membuat persiapan pilihan raya di Sarawak, contohnya telah ada jawatankuasa yang telah ditubuh yang akan melangsungkan keputusan yang telah dibuat sebelum ini. "Segala program yang sedang kami rancang adal

Zambry bentang bajet pilihan raya?

Harakahdaily IPOH, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 30 November ini adalah Bajet Pilihanraya bagi persiapan Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, pihaknya melihat perbentangan bajet nanti bakal memfokuskan bentuk perkhidmatan dengan memastikan semua peruntukan akan sampai kepada rakyat demi mendapatkan undi mereka. “Sudah tentu segala bentuk peruntukan tersebut akan melibatkan banyak perkara termasuklah projek-projek mega bagi menunjukkan kemampuan sesebuah kerajaan mengurus tadbir negeri dengan baik,” ujarnya dalam satu kenyataan. Namun DPPN Pk, katanya menganggap apa yang berlaku adalah sebaliknya. Baginya, kerajaan negeri Umno BN Perak pada hakikatnya gagal dalam pengurusan negeri dengan efisyen dan jelas hanya menggunakan persidangan Dun nanti semata-mata untuk memenuh

Perak lewat seminggu Hari Raya Qurban

Imej
BumiPerak, Tuesday, November 16, 2010 Jika diperhatikan kepada banner diatas, ianya bukanlah buatan Umno cawangan tetapi bertaraf negeri kerana terkandung ucapan hari raya daripada Menteri Besar Zambry serta barisan kepimpinan kerajaan BN mereka. Jika pada hari raya Aidilfitri yang baru lalu, Umno memperkenalkan kita dengan bulan Islam yang baru, tetapi pada hari raya Aidiladha kali ini, Umno sekali lagi membuat kejutan dengan menyambut raya lewat seminggu daripada yang telah ditetapkan. Ketika seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1431H tahun ini, Zambry dan juga Umno Perak membuat suatu kelainan dengan merayakannya pada 17 Zulhijjah 1431H (rujuk banner diatas). Sekarang ini, Zambry boleh melakukan apa saja kerana pasti mendapat pembelaan daripada Harussani biarpun perkara tersebut jelas melanggar syariat Islam.

Zaid: Husam desak Bernama tarik balik berita

Harakahdaily    KUALA LUMPUR, 16 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa mendesak Bernama menarik balik berita berhubung PAS terbuka menerima sesiapa sahaja termasuk Datuk Zaid Ibrahim. Berikut adalah kenyataan penuh Husam. Saya merujuk kepada laporan Bernama bertajuk 'Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid'  dan akhbar lain yang menggunakan laporan yang sama. Kebelakangan ini Bernama atas kapasitinya sebagai agensi berita rasmi negara telah membuat laporan "rasmi" untuk kegunaan media lain seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi sedangkan isinya adalah rekaan dan tidak benar. Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka. Saya amat kesal dengan laporan itu dan mendesak Bernama menarik balik "berita" yang dikeluarkan itu.

Banjir Di Kedah : Kerajaan Selangor Sumbang RM100,000

SHAH ALAM, 7 OKT : Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir besar di negeri itu. Bantuan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali. "Saya sendiri akan menyerahkan RM40,000 di pejabat SUK Kedah sebagai pendahuluan," katanya dipetik daripada Harakahdaily Sementara itu, PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin satu fitnah apabila mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di negeri itu. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tinjauan beliau di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama. Katanya, pihak kerajaan Kedah, pejabat daerah, pejabat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk

Wajib lulus Sejarah untuk Kepentingan politik Umno ?

Imej
Posted on Friday, October 29 @ 16:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori Oleh Nazli Ibrahim PETALING JAYA: Ahli Sejarah, Profesor Emeritus Khoo Kay Kim hari ini menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini untuk memertabatkan mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan negara amat wajar.Namun begitu, beliau tidak menolak keraguan sesetengah pihak yang mendakwa langkah ini diambil bertujuan menyelamatkan kepentingan politik parti pemerintah dan bukanlah semata-mata demi kepentingan sejarah itu sendiri. Keraguan ini memang mempunyai asasnya jika dilihat kembali terhadap usaha-usaha yang telah dijalankan oleh ahli-ahli akademik khasnya untuk memertabatkan Sejarah yang selama ini dilihat sepi oleh kerajaan. Hanya setelah kedudukan politik parti pemerintah ini dalam kedudukan genting, barulah kepentingan Sejarah dibangkitkan mereka. Berbanding dengan usaha yang telah lama dijalankan oleh ahli akademik yang tidak mempunyai apa-a

PEMUDA UMNO PERLEKEH TADIKA KEMAS

PAS harap Bajet 2011 tidak rampas hak rakyat

Imej
Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 15 Okt: PAS berharap Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini di Dewan Rakyat tidak akan menambahkan lagi beban rakyat. Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian kerana usaha liberalisasi ekonomi yang dibuat Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I dalam Bajet 2010 pada Oktober tahun lalu telah pun merampas subsidi minyak daripada rakyat. "Bajet 2011 ini, kita harap tidak ada lagi subsidi rakyat sama ada subsidi minyak (RON 95), diesel, gas masak, gula atau komoditi asasi lain dirampas daripada rakyat," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily. Akibat dari itu, katanya kesan berantai seperti harga barang naik, inflasi dan kos sara hidup meningkat dialami oleh rakyat. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat berkata, Najib seharusnya tidak lagi mengetepi permohonan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Kakitangan Awam (Ceupacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia

Galas: PAS lancar gerak kerja 19 Oktober

Imej
Mohd Nor Yahya    KUALA LUMPUR, 14 Okt:  PAS Kelantan akan melancarkan gerak kerja bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas pada 19 Oktober ini bertempat di bandar Gua Musang. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, senarai nama calon sudah ada di pengetahuan PAS Pusat dan Kelantan akur dengan keputusan itu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri berkata demikian ketika ditemui di Rumah Sri Kelantan, di sini ketika menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, malam tadi. “Bagi kita di dalam PAS, senarai nama yang dihantar tersebut adalah semuanya berkelayakan, namun ia terpaksa dibuat pilihan oleh Majlis Syura dan kita harap semua pihak akan menerima sesiapa sahaja yang akan menjadi calon PAS di Galas nanti,” katanya. Menyentuh jentera parti, Muhammad Fadzli berkata, PAS sudah mempunyai banyak pengalaman dan selepas PRU ke-12 hingga kini sudah memasuki 12 PRK dan kesemuanya PAS melibatkan diri,wala

Ibrahim Ali kena tarik gelaran ' Datuk Paduka'

Imej
Sultan Muhammad Ke-5 telah menarik balik gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali menurut laporan The Star hari ini. Selain Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Bebas bagi Pasir Mas, Sultan Kelantan juga menitahkan gelaran Datuk juga ditarik daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud. Tidak ada butiran lanjut diperolehi setakat ini berhubung alasan gelaran tersebut ditarik balik. Bagaimanapun Ibrahim dilihat amat lantang 'memperjuangkan' hak serta 'ketuanan' Melayu sehingga menimbulkan kontroversi dengan pemimpin Umno seperti Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin dan juga rasa tidak senang dikalangan masyarakat Cina dan India. Posted by pemudabesut at 1:59 PM 0 comments Links to this post

Galas :siap sedia hadapi sebarang kemungkinan

Imej
Nazri Abdullah    KUALA LUMPUR, 8 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa jentera PAS bagi Pilihan Raya Kecil N45 Dun Galas, menyusun strategi dan gerak kerja dengan kemas berdepan sebarang kemungkinan. Menurutnya, strategi dan perancangan yang kemas mampu untuk menghadapi sebarang tindakan tidak bermoral parti lawan. "Saya percaya bahawa kita semua akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan kita menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas. "Kita sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas suasana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini yang menyaksikan banyak tindakan tidak bermoral berlaku sepanjang kempen. Ianya antara lain termasuk ugutan, rasuah kepada pengundi dan provokasi keterlaluan sehingga mencetuskan suasana tegang. Bagaimanapun menurutnya, jika PAS mengatur strateg

Youtube: Umno BN alami fobia di penghujung hayat

Imej
Youtube: Umno BN alami fobia di penghujung hayat Harakahdaily    KUALA LUMPUR, 28 Sept: Kerajaan Umno BN sekarang mengalami serangan penyakit kartun fobia, ceramah fobia, kuliah fobia, Youtube fobia, risalah fobia dan seumpamanya. Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menganggap kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah terbaru pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan melalui pengedaran cakera padat (CD) termasuk memuat naik bahan itu ke dalam laman web Youtube sebagai satu kenyataan orang yang takut menerima kenyataan kerana berada di penghujung hayat pemerintahan. Menurutnya, menjadi lumrah mana-mana pemerintah yang banyak mengkhianati amanah rakyat cukup bimbang dengan maklumat yang benar sampai kepada rakyat yang mereka perintah. Katanya, kerajaan Umno BN tahu mereka akan terus berkuasa selagi rakyat boleh ditipu melalui saluran berita berat

Adun Galas kembali ke rahmatullah

Imej
TERKINI Dr M ulangi apa yang Tunku buat 51 setinggan bawah talian TNB dapat tawaran rumah Adun Galas kembali ke rahmatullah Ahli akademik jangan jadi alat Umno Ijtimak Tarbawi: “Revisited Tarbiah dalam Jamaah"  Wartawan Kita    KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini. Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu. Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang. ( Gambar kiri: Para pemimpin PAS di samping jenazah Chek Hashim di Pusat Perubatan Islam Kampung Baru . Gambar kanan : Chek Hashim ) Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan

Nizar kata Mahathir perkauman, Izzah cabar berdebat

Imej
Harakahdaily    KUALA LUMPUR, 24 Sept: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muihamad Nizar Jamaludin mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman manakala Nuzul Izzah Anwar pula mencabarnya berdebat ekoran dakwaan beliau Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah. "Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan 'Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat', saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat - yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana Takut Melayu Hilang Kuasa atau Hilang Harta?" kata Nurul Izzah dalam satu kenyataannya. Bagi bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin ( gambar ), kenyataan Mahathir itu satu kenyataan bersifat perkauman. Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat menang adalah Umno

First Ladies: Rosmah `Tidak Sopan’ Pada Permaisuri Agong

Dari Harakah Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai ‘tidak sopan’ dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah disiarkan di New York Times pada April lalu. Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada ‘Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia’ kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010. “Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana,” kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PA

Sokongan rakyat Kelantan pada PAS makin kukuh

Imej
Mohd Nor Yahya    KOTA BHARU, 18 Sept: Kejayaan PAS mentadbir Kelantan diraikan oleh setiap lapisan masyarakat yang kini menyambut tahun ke-20 dengan sokongan rakyat yang semakin kukuh. Ini dibuktikan kehadiran rakyat ke majlis Sambutan Aidilfitri PAS Kelantan yang mencecah 15,000 orang pada tahun ini, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Ketika ditemui di majlis tersebut, beliau berkata, sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Kelantan terhadap pimpinan ulama di bawah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh dijadikan kayu pengukur. (Gambar: Tun Guru Nik bdul Aziz dan Salahuddin bersama ketua kaum Sikh.) Justeru, katanya dakwaan Umno bahawa sokongan terhadap PAS semakin berkurangan amat tidak berasas. “Pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan dan parti di Kelantan kini, kita boleh lihat sambutannya yang begitu memberangsangkan dan dakwaan Umno yang mengatakan rakyat Kelantan sudah bosan dengan PAS tersasar sama sekali,” katanya yang juga Ahli

TELEVISYEN PENUH DENGAN HANTU !!

Imej
MENYAMPAH..! Itulah agaknya perkataan paling sesuai untuk dilemparkan kepada stesen televisyen Malaysia. Bermula Malam raya hingga hari ini (17/9/2010) boleh dikatakan kesemua chanel ada cerita hantu. Macam-macam tajuk... Nak sebut pun meluat. Seolah-olah perayaan aidilfitri ni pesta sambutan hantu pulak. Masalahnya bila budak-budak tengok mak bapak pulak nak kena temankan mereka tido malam-malam..Takut hantu...Tadi tengok kat tv... Saya minta stesen tv kalau nak tayang cerita tapis-tapis la sikit atau haramkan terus cerita-cerita sampah macam tu. Televisyen sepatutnya menyampaikan mesej yang baik & mendidik supaya masyarakat takutkan Allah. Tapi sebaliknya, didik manusia supaya takutkan hantu... Mungkin hantu dah menguasai stesen televisyen di Malaysia terutamanya TV3 suku dan rakan seangkatan dengannya. Sebab tulah banyak keluar berita-berita palsu. Yelah hantu mana reti cakap betul...

Pembunuhan kejam Sosilawati: Dipukul guna kayu kriket

Imej
PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (tengah), menunjukkan kertas kenyataan media polis pada sidang akhbar mengenai kes pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, semalam. Hadir sama Timbalan Pengarah JSJ (Penyiasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah (kiri) ; Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Bukit Aman dan Datuk Hadi Ho Abdullah. Polis sahkan suspek utama tidak pernah dikurnia Datuk KUALA LUMPUR: Polis buat pertama kali semalam mendedahkan cara pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang diikat, sebelum dipukul dan ditikam berkali-kali hingga mati sebelum mayat mereka dibakar. <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1734717&Page=&PluID=0&Pos=793

Syariat Islam tonggak tertinggi perundangan

Imej
Ismail Hashim    BANTING, 17 Sept: Umat Islam khususnya wajar melihat semula kejayaan pelaksanaan syariat Islam sebagai tonggak tertinggi perundangan kehidupan Muslim ekoran kebejatan berbagai masalah mutakhir. Demikian penegasan oleh Pengasas Pondok Bustanul Arifin, Ustaz Ahmad Ansori mengulas perkembangan negatif terkini yang berlaku dalam negara ketika ditemui di pusat tarbiyahnya, di sini petang kelmarin. Menurutnya, umat sewajibnya mengakui segala perintah yang Allah SWT. tentukan itu adalah yang terbaik diturunkan sebagai pedoman paling berguna menyuluh kegelapan perjalanan mereka. "Tanpa itu semua, umat Islam seperti berada di dalam gelap gelita seperti malam tanpa bintang meskipun mereka merasakan seperti berada di bawah cahaya terang mentari di siang hari," ujarnya. Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun mendidik lebih 100 pelajar termasuk 12 mereka yang terlibat di dalam berbagai masalah peribadi kronik termasu

Pembunuhan kejam Sosilawati: Suspek ada harta lebih RM100j

Imej
SOSILAWATI dikatakan dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhannya bersama tiga individu lain di Banting, Selangor. Aset dipercayai diperoleh secara tipu, pemilikan guna nama proksi KUALA LUMPUR: Peguam dan ahli perniagaan yang juga suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya dipercayai memiliki kekayaan luar biasa, termasuk aset bernilai lebih RM100 juta, kebanyakannya menerusi penipuan sehingga membawa kepada pembunuhan. <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1734717&Page=&PluID=0&Pos=7934" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=1734717&Page=&PluID=0&Pos=7934" border=0 width=400 height=200></a> Ia merangkumi hartanah seperti bangunan komersial, ruang pejabat, stesen minyak, kilang, rumah mewah, ladang, kedai makan, pusat penternakan dan lot tanah di Sela