Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 17, 2009

Jadikan semangat BADAR di Permatang Pasir !!!

Imej
Permatang Pasir adalah medan menguji kekuatan pejuang-pejuang PAS. Kekuatan tenaga, fikiran hati dan perasaan . Kita terpaksa menghadapi Pilihanraya didalam Bulan Ramadhan. Bulan umat islam menahan lapar dan dahaga. Bulan menguji ketahanan iman dan taqwa. Sejarah membuktikan Badar adalah peperangan yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Dalam peperangan itulah allah memberikan kemenangan. Tentera islam berada dalam keadaan yang serba kekurangan. Peralatan senjata yang tidak mencukupi, bilangan tentera yang sedikit. diuji lagi oleh allah dengan hati dan perasaan, kerana yang akan dihadapi oleh sahabat nabi ialah orang-orang mekah yang terdiri dari saudara-saudara mereka. Tetapi kekuatan taqwa membuktikan itulah kekuatan yang sebenarnya. kekuatan yang mengundang pertolongan Allah. Mengapa perang ini begitu istimewa? Pertama, karena Perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri dari 82 Muhajirin, 61 dari suku Aus dan 170 dari...