Catatan

Tunjukkan catatan dari September 19, 2008

PASTIKAN PAS TERUS BERGERAK IKUT LANDASAN ISLAM

Roslan Shahir Fri | Sep 19, 08 | 3:55:14 pm MYT Kerana sayangkan PAS, satu-satunya gerakan Islam dalam negara yang berjuang mengikut lunas demokrasi bagi memartabatkan Islam di tanah air ini, maka kita akan lakukan apa sahaja untuk memastikan yang PAS ini terus bergerak mengikut landasan Islam yang telah diwarisi sejak dari zaman junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Kerana kita gerakan Islam, berjuang atas nama Islam dan Islam itu milik Allah, maka segala detail dan sudut gerak laku dan tindak kerja kita perlulah sentiasa menepati dan selari dengan apa yang telah digariskan oleh Allah dan RasulNya. Panduan tertinggi kita sudah pasti hanyalah al-Quran dan Sunnah selain ijmak dan qias. Itulah yang membezakan gerakan Islam dengan mana-mana gerakan, organisasi, badan atau parti lain. Dan kita memilih untuk terus berada dalam PAS kerana kita yakin akan janji Allah dan RasulNya, kita sama ada menempuh k...

IHYA DI MALAM-MALAM TERAKHIR RAMADHAN..

Imej
Ustaz Zainuddin Hashim Tazkirah Ramadan Baginda Rasulullah s.a.w apabila masuk sepuluh malam terakhir (bulan Ramadan), baginda menghidupkan malam-malam tersebut dengan mengejutkan isterinya dan mengikat kainnya (menunjukkan kesungguhan baginda pada malam tersebut dengan menjauhkan diri daripada bersama isteri-isterinya) Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Aishah r.a. sabda baginda s.a.w lagi yang bermaksud : Sesiapa yang bangun pada malam al-Qadr (beribadat) dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, maka dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan oleh Allah SWT. (hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Kepentingan waktu malam dalam kamus Islam Malam merupakan satu waktu yang hening dan penuh kedamaian, ia amat sesuai untuk dilakukan amal ibadat kerana pada waktu itu, ramai di kalangan manusia sedang tidur dan mungkin juga melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah seperti menonton pertandingan bolasepak secara langsung dan sebagainya. Mereka dengan...

ADAKAH KITA MUSLIM YANG ISTIQAMAH DALAM IBADAH SEHARIAN

Imej
Ustaz Zainudin Hashim Tazkirah Ramadhan Istiqamah bermaksud menuruti jalan yang lurus (Siratol Mustaqim), iaitu jalan yang lurus tanpa liku-liku atau condong ke kiri atau kanan meliputi segenap perbuatan taat sama ada yang zahir atau yang batin serta meninggalkan segala larangan Allah SWT. Kebiasaannya, istiqamah menyusul selepas beriman kepada Allah, kerana iman adalah asas kepada keutuhan istiqamah, tanpa iman yang utuh, tiada istiqamah dalam diri seorang muslim. Istiqamah atau boleh juga disebut makna yang hampir dengannya iaitu iltizam (komited) dengan Islam yang membawa maksud, pelaksanaan aspek dan konsep agama yang dilakukan oleh seorang muslim dengan memelihara hubungan intimnya dengan Allah SWT selaku Pencipta. Dengan kata lain, istiqamah itu ialah segala tindakan dan tingkah laku muslim bagi merealisasikan makna Islam, iaitu menyelamatkan bangsa manusia atau penyerahan diri mereka hanya kepada Allah dengan sebenar-benarnya menerusi pengamalan agama dalam segenap bidang kehidu...