TEORI 31 OGOS HANYA IGAUAN TAJOL
IPOH: Teori 31 Ogos yang direkacipta Tajol Rosli untuk mengambil alih Kerajaan Negeri Perak jelas sekali menjadi mimpi kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terus tegap berdiri, walaupun dilemparkan dengan pelbagai ceritera negatif. Buktinya, Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin semalam terus mengetuai kabinet negerinya menyambut hari kemerdekaan ke 51 di Dataran DBI bersama-sama ribuan rakyat. Satu perbarisan kehormat diadakan dan paduka seri Tuanku Sultan Perak berkenaan memeriksanya. Pada hari pertama Ramadhan ini pula beliau mengadakan majlis berbuka puasa di kediaman rasminya. Jelaslah teori penglipurlara Dato Seri Tajol tidak diakhiri mimpi indah sebaliknya mengusamkan lagi harapannya yang jelas kini menjadi bahan ketawa rakyat Perak terutamanya. Semnetara itu, saya menerima beberapa pesanan ringkas bertanyakan sama ada kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih berdiri kekal ? Sepertimana pernah saya paparkan sebelum ini, teori 31 Ogos Tajol itu, tidak lebih darip...