Catatan

Tunjukkan catatan dari April 1, 2008

TAFSIR SURAH AL MAIDAH 80-82 ILMU DI KALANGAN ORANG FASIK

Tuan Guru Abdul Hadi Awang Ilmu dikurniakan di kalangan mereka yang hina. Yang dimaksudkan dengan ilmu di kalangan orang yang hina adalah ilmu di kalangan orang yang fasik. -->--> Orang yang fasik bercakap tentang ilmu bersandarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.?Apabila keadaan ini berlaku menjelaskan bahawa inilah penyakit yang melanda umat zaman dahulu. Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tidak berjalan kerana orang yang fasik mempunyai sifat penakut kerana rohnya tidak kuat dan mereka pula takut kepada dosanya. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai ilmu dan dosa. Mereka sedar bahawa mereka mempunyai perasaan takut mati. Orang sedemikian rupa mendapat ilmu dalam perkara agama. Apabila berlaku keadaan demikian, maka menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran ditinggalkan, tidak dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnya Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Engkau melihat kebanyakan daripada mereka itu berwalikan kepada orang-orang yang kafir." ...

MB PERAK SIMBOL PERPADUAN RAKYAT PELBAGAI KAUM

Tarmizi Mohd Jam KESIMPULANNYA, YAB Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin seorang yang luar biasa dan tidak di ketengahkan sebelum ini kehebatannya menguasai empat bahasa utama dan tiga dialek Cina. Hari itu, kawan saya yang turut melihat catatan sejarah berkenaan, kagum dan teruja dengan kemahiran berbahasa Ir. Mohd Nizar. Beliau bukan sahaja petah berbahasa Inggeris, juga mahir menggunakan bahasa Tamil dan Tionghua. Pendek kata, Menteri Besar Perak itu telah memukau masyarakat kaum Cina yang hadir di majlis tersebut apabila beliau telah bertutur dengan bahasa Mandarin, Hokkien, Kantonese, Tamil, kemudiannya Inggeris dan Melayu. Mereka yang hadir terus tergamam dengan kelebihan dan kemahiran Ir. Mohd Nizar itu. Sebelum ini tiada Menteri Besar Perak, dan Menteri-Menteri Besar negeri lain (dari bangsa Melayu) yang fasih berbahasa Tionghua dan Tamil seperti Ir. Mohd Nizar. Kebanyakannya, menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Barangkali kerana kelebihan ini, PAS Perak...

BENARKAH KITA MENCINTAI DAN MENJADIKAN NABI SEBAGAI IKUTAN ?

Imej
Ustaz Zainudin Hashim Fri Mar 21, 08 3:42:23 pm MYT Pertama kali diucapkan selamat menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah s.a.w kepada semua kaum muslimin dan muslimat, semoga sambutan kali ini memberi nafas baru kepada kita untuk menjadikan segenap ajaran baginda inspirasi menuju kecemerlangan hakiki. Namun apa yang perlu diutarakan kepada sidang pembaca setia harakahdaily.net, ialah satu persoalan yang mungkin tidak terlintas dalam pemikiran kita semua, berhubung kebenaran kecintaan dan ikutan kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w Isu perarakan yang dilakukan pada awal pagi 12 Rabiulawal saban tahun seolah-olah menggambarkan bahawa rakyat Malaysia yang beragama Islam menunjukkan kesungguhan mereka untuk mencintai Rasulullah, tetapi apakah benar mereka mencintai Rasulullah setelah selesai melakukan perarakan?. Sesungguhnya kecintaan terhadap Rasulullah tidak terhenti pada majlis perarakan, kalau itu yang berlaku, ia bermakna tidak ada perbezaan dengan tindakan Abu Lahab (Pak Cik...

SENARAI EXCO NEGERI PERAK

Imej
IPOH 31 Mac — Pejabat Menteri Besar Perak hari ini mengumumkan senarai portfolio 10 anggota Exco kerajaan campuran negeri yang mengangkat sumpah jawatan Sabtu lepas dan portfolio yang dipegang Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin. Menteri Besar bertanggungjawab bagi portfolio Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar. Senarai portfolio bagi 10 anggota Exco yang terdiri daripada enam anggota Dewan Undangan Negeri dari DAP, tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang wakil PAS, mengikut kenyataan yang dikeluarkan di sini ialah seperti berikut: 1. Ngeh Koo Ham (Adun Sitiawan): Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam. 2. Nga Kor Ming (Pantai Remis): Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam. 3. A. Sivanesan (Sungkai): Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia. 4. Seah Leong Peng (Pasir ...