Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 6, 2008

DENGAR DAN TAAT ARAHAN PIMPINAN

Dengar serta taat kepada arahan pimpinan yang dilantik dan diberi kepercayaan untuk mengemudi parti / jamaah adalah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh setiap individu selama mana arahan tersebut tidak bercanggah dengan syariat. Sabda Rasulullah saw : اِسْمَعُوْا وَ أطِيْعُوْا وَ إِنِ اسْتُعْمِلَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِي َ كأنَّ رَأسهُ زَبِيْبَة [1] (البخاري ) “ Dengar dan taatlah olehmu sekalipun yang bertanggungjawab mengarah kamu hanyalah seorang hamba Habasyi sementara rambutnya pula berkerinting. ” عَلَى اْلمَرْءِ اْلمُسْلِمِ السَّمْعُ وَ الطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَ كَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَ لاَ طَاعَةَ . ( رواه مسلم ) [2] “ wajib dengar dan taat bagi setiap individu muslim dalam perkara yang ia suka mahupun tidak ( benci ) selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat , apabila ia diperintah melakukan maksiat maka tiada dengar dan tiada taat .” Dengar dan taat kepada arahan pimpinan bukanlah satu perhamba...

PEMIMPIN SEWAJARNYA SEDIA DI TEGUR

Antara keunikan Syariat Islam , bukan sahaja ahli diwajibkan taat kepada pimpinan , malah pimpinan mestilah telus dan sedia ditegur atau dikritik . Sekalipun teguran atau kritikan tersebut amat pahit untuk ditelan , namun akhlak seorang pemimpin dan kepentingannya untuk parti / jamaah mengatasi segala – galanya. Pemimpin yang sukar ditegur atau dikritik dan menampilkan imej elit dalam gaya kepimpinannya , akan melebarkan jurang antara pemimpin dengan ahli dan fenomena ini tidak selayaknya berlaku dalam sebuah organisasi yang berjuang untuk mendaulatkan syariat Islamiyyah. Pada dasarnya , sikap kepimpinan yang sedemikian (sukar ditegur dan berketerampilan elit) tidak hanya melebarkan jurang antara kepimpinan dengan ahlinya , malah mengundang konflik dan krisis dalaman . Paling minima , ahli akan bersikap dingin dan tiada kerjasama yang baik terhadap pimpinan sedemikian . Keadaan ini tentunya melemahkan jentera parti / jamaah dan ia melambatkan proses mencapai kemenangan . Mendengar dan ...

PERANAN ULAMA, PILIHANRAYA DAN ISU SEMASA

Imej
Peranan ulama, pilihan raya dan isu semasa Dr Haji Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif Tue Aug 05, 08 11:55:38 pm MYT Makalah ringkas ini bertujuan untuk melihat bagaimana ulamak sebagai entiti terpenting dalam gerakan Islam seperti PAS menangani dan berdepan dengan isu-isu semasa yang mewarnai pilihan raya umum melalui satu manhaj atau pendekatan yang praktikal. Ulama sebagai pewaris anbia' telah, masih dan akan terus memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesucian ajaran Islam dan kesejahteraan masyarakat secara umumnya Sebagai kelompok terpenting masyarakat, ulama seharusnya mempunyai kefahaman dan kekuatan yang tersendiri dalam mengemukakan garis panduan dan sekaligus mentakrif rupa bentuk politik negara. Bagi mencapai tujuan ini ulamak mesti melibatkan diri secara aktif dalam pilihan raya di samping mempunyai pendekatan yang praktikal bagi menangani isu-isu pilihan raya. Menangani isu secara berkesan adalah merupakan salah satu resepi terpenting bagi memenangi pilihan raya di...