DEBAT PAS VS UMNO DI PARIT BUNTAR
PARIT BUNTAR, 27 Nov. : Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar akan menganjurkan satu Debat Perdana bertajuk Melayu : Ke Mana Hala Tuju pada 6 Disember 2008 bertempat di Dewan Persatuan Amal Chin Boon Kok bermula jam 9.00 malam.Debat yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Haji Nizar Jamaluddin ini bakal menemukan Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Ahli Parlimen Pasir Salak dari Umno Dato' Tajuddin bin Abdul Rahman serta Naib Presiden Teras En. Hafiz bin Haji Mustafa Lubis sebagai ahli panel. Menurut Pegawai Tadbir Agama Parit Buntar Ust. Manolito bin Mohd Dahalan, ketiga ahli panel telah menyatakan persetujuan untuk menyertai Debat Perdana ini. Menurut Ust. Manolito lagi, moderator bagi debat ini ialah pegawai dari Jabatan Islam Negeri Perak. Memandangkan debat ini menampilkan dua tokoh parti politik PAS dan Umno bagi membincangkan masalah umat Melayu. Orang ramai dinasihatkan datang awal kerana tempat yang disediakan dalam dew