19 April 2010

Zahid Ibrahim yang berubah?

Posted on Monday, April 19 @ 06:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Oleh: notan

"Assalamualikum,,..
Sekarang ini Zahid Ibrahim mencuri tumpuan.Setelah beliau bertindak berani meletakkan jawatan Menteri yang gajinya agak lumayan dan setelah beliau begitu berani muncul di perjumpaan PKR sehingga membawa kepada pemecatannya dari UMNO.Sejak itu nampaknya Zahid tidak menoleh ke belakang lagi walaupun seketika beliau kedengaran seperti merajuk dengan PKR yang didakwanya sama seperti UMNO.Populariti Zahid nampaknya semakin terserlah apabila namanya diumumkan sebagai calon PR dari PKR di Hulu Selangor.Sejak namanya diumumkan,Mahyuddin mengatakan Zahid sebagai seorang yang bacul kerana meninggalkan UMNO dan cuba untuk memainkan isu orang luar.Mahyudin pernah dilapurkan berkata "kalau nak tahu siapa Zahid Ibrahim, pergilah ke Kota Bharu.
Tetapi tiba tiba isu orang luar tenggelam, sebaliknya ditimbulkan pula isu perangai pemabuk Zahid.Hisyamudin cuba menafikan pembabitan UMNO dalam memainkan isu ini tetapi beberapa pemimpin UMNO yang berkempen di Hulu Selangor terus menerus menyebut kegemaran minum arak Zahid.Akhbar akhbar pengampu pula mula menyiarkan keburukan tabiat Zahid ini.Zahid akan terus popular sehingga hari pengundian.
Inilah tren yang boleh dilihat di negara kita setiap kali ada pilihanraya kecil.Bukannya menisfesto yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat yang dikemukakan untuk penilaian rakyat tetapi perangai buruk lampau seseorang yang ketika itu pula bersama UMNO yang membudayakan perangai buruk tersebut dicanangkan.Kali ini Zahid terpaksa menanggung semua serangan peribadi yang mengaibkan dirinya.Turut menerima kutukan ialah PAS yang didakwa bersengkongkol dengan pemabuk semata mata untuk mendapat kuasa.Itulah kerja UMNO sejak dulu, kini dan selamanya.Mereka langsung tidak mendengar keterangan yang mengatakan pintu maghfirah ALLAH itu lebih luas dari dosa dosa yang dilakukan oleh hambanya.Mereka langsung tidak peduli dengan janji ALLAH untuk menerima taubat semua hambanya kecuali dosa syirik dan menyekutukan ALLAH.
Oleh itu mereka enggan menerima pengakuan Zahid dan ada di antara pemimpinnya pula cuba menggambarkan Zahid sebagai pembohong ketika membuat pengakuan itu.Kalau diikutkan, orang orang PAS lah yang paling marah dengan Zahid yang pernah menyaman kerajaan PAS Terengganu dalam isu hudud satu ketika dulu.Tetapi orang orang PAS tetap akur dengan keterangan Agama bagi orang orang yang insaf dan bertaubat.Persoalan samada Zahid jujur atau tidak ketika membuat pengakuan itu bukan hak seorang manusia untuk menghukumnya, sebaliknya kita yakin dan percaya apa jua yang dilakukan Zahid pasti akan menerima balasan daripada ALLAH.Tetapi sebagai manusia kita tetap menerima kesediaan seseorang yang ingin berubah seperti Zahid apatah lagi Zahid sudah memberi kita semua keyakinan apabila beliau sanggup meninggalkan gaji yang lumayan untuk bersama sama berjuang dengan rakyat yang semakin tertindas dan tertekan.
Kesimpulannya, orang orang PAS menerima Zahid bukan kerana pertimbangan akal semata mata tetapi berdasarkan keterangan yang jelas dari alquran dan alhadis.Tetapi UMNO terus memutarkan kebatihilan untuk terus berkuasa walaupun mereka sedar bahawa satu hari nanti kebathilan akan dihapuskan oleh ALLAH seperti pernah disebut oleh Najib ketika kovensyen UMNO yang lalu.Zahid diterima sebagai seorang manusia yang sudah berubah berdasarkan tindakan fizikalnya.Itu adalah fakta kepada kesediaan PAS membantunya di PRK Hulu Selangor.

NIZAR DI HULU SELANGOR