TAMBAH KAPASITI HIDROELEKTRIK : AIR SUNGAI DI PERAK DISALUR KE TASIK PERGAU
Salmah Mat Husain Thu Nov 20, 08 4:21:50 pm MYT KOTA BHARU, 20 Nov (Hrkh) - Kerajaan Kelantan bersetuju terhadap cadangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan pembangunan Projek Lencongan Air Sungai Talang di Perak ke Tasik Pergau, Jeli. Projek itu bertujuan meningkat kapasiti jana kuasa tenaga hidroletrik sebanyak 50 peratus lagi berbanding 600 megawat sekarang. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, cadangan TNB itu pada dasarnya dipersetujui kerajaan negeri dibina dua terowong sejauh 20 kilometer. Bercakap kepada media selepas mesyuarat Exco semalam katanya, projek lencongan yang bakal dilaksanakan di Talong, Sengoh, Perak ke Pergau bagi menampung keperluan bekalan tenaga hidroletrik di seluruh negara dalam satu-satu masa. Selain itu bekalan itu akan digunakan ketika menghadapi sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku. Menurutnya sebagai permulaan projek berkenaan akan bermula tahun depan di kawas...