Nik Sapeia bersumpah nama Allah, dakwa dianiaya
Mohd Nor Yahya KOTA BHARU, 17 Jan: Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang didapati bersalah oleh mahkamah kerana menyembur bahan berbahaya terhadap Tun. Dr. Mahathir Mohamad hari ini tampil mempertahan dirinya dengan membuat akuan sumpah menggunakan nama Allah. Beliau berbuat demikian di kediamannya di Pasir Tumboh pagi ini. Menurutnya, tindakan bersumpah dengan nama Allah ini dibuat berikutan perbicaraannya telah selesai dan hukuman telah dijatuhkan namun merasakan dirinya dianiaya. "Hari ini saya bersumpah dengan Nama Allah,Wallahi,Wabillahi,Wattallahi,demi Allah sesungguhnya saya dengan ini bersumpah tidak menyerang atau menyembur Tun Dr.Mahathir Mohamed sebagaimana yang dituduh kepada saya” ujar beliau yang juga Naib Presiden Parti Progresif Penduduk(PPP). "Saya sedar akan sumpahan saya ini dan saya sudah mendapat pandangan daripada orang alim dan pimpinan parti demi menjaga maruah diri dan parti saya," katanya lagi. Nik Sapeia juga berkata beliau akur dengan keputusan ya...