Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 31, 2008

AMBOI !! BAIKNYA HATI BUDI UMNO

"Hidup di dunia ini kalau baik hati semua orang sayang. Bak kata orang tua-tua: “Kita berbudi orang pun suka, kita memberi orang merasa”. Inilah yang sedang diamalkan oleh UMNO terhadap musuh tradisinya PAS yang sebelum ini tidak pernah diberi muka. Semua itu berlaku ekoran terhakisnya kuasa di tangan hingga ke tahap yang paling mencemaskan. Jika tidak kerana pertolongan undi dari Sabah dan Serawak, hari ini UMNO sudah bertukar posisi daripada bertaraf pemerintah kepada pembangkang. Tak semena-mena sikap garang dan ganas terhadap PAS tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya. Di Selangor dan Perak, UMNO rela berkungsi kuasa dengan PAS dan jawatan Menteri Besar pun setuju diberi kepada PAS. Sejuk hati mendengarnya. Mungkin di negeri-negeri lain juga begitu jika UMNO berada seperti di Selangor dan Perak. Peristiwa tersebut walaupun bunyinya lucu tetapi serius. Tapi malang bagi UMNO kerana PAS tidak menyambut pelawaan itu, sebaliknya lebih rela bersama PKR dan DAP dalam menerajui negeri-...

UMNO PERAK SEMAKIN GELABAH -MURSYIIDUL AM

KOTA BHARU, 30 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pelawaan Umno untuk menubuhkan kerajaan bersama PAS di Perak menggambarkan parti itu kini semakin gelabah. Iklan Mursyidul Am PAS berkata, pelawaan itu membuktikan parti tersebut begitu menyesal terhadap apa yang telah dilakukan terhadap PAS selama ini sehingga terpaksa mengajak untuk bergabung sekarang. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran tabung Penambahbaikan Masjid Al-Baraah dan Ceramah Israk Mikraj di perkarangan Pasar Besar Siti Khatijah hari ini katanya, tindakan seperti dilakukan Umno Perak menggambarkan mereka bermasalah. "Kalau di dunia sudah memperlihatkan masalah, apa lagi?kalau di akhirat, lagi bermasalah," kata beliau. Kelmarin Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dilaporkan mengajak PAS menubuh kerajaan campuran di Perak sebagai simbol perpaduan Islam dan Melayu. Ekoran tawaran tersebut Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian petan...

PEREMPUAN YANG DI JAMIN MASUK SYURGA

" Seorang pemuda di zaman Rasulullah s.a.w. telah berpesan pada isterinya kerana keluar berperang. Pesan suaminya pada isteri ; “Jangan kamu keluar dari rumah sehingga aku pulang.” Bila suaminya pergi maka datanglah adik isterinya dan memberitahu bahawa ayahnya sakit tenat. Kakaknya berkata pada adiknya bahawa kakak tak boleh pergi sebelum suami kakak pulang. Adiknya pulang ke rumah dengan tak berkata apa-apa. Selang beberapa hari, maka bapanya telah meninggal dunia. Lalu adiknya pergi ke rumah kakaknya untuk memberitahu akan kematian itu. Sekali lagi kakaknya berkata bahawa kakak tak dapat pergi selag suami kakak belum pulang. Pulanglah adiknya dengan penuh hampa. Tiba-tiba pulang suaminya dan bertanya pada isterinya ; “Kenapa menangis?” Jawab isterinya bahawa ayahandanya telah meninggal dunia. Setelah mendengar kata-kata dari isterinya, suami dan isterinya pun terus ke rumah Rasulullah untuk bertanya tentang perkara yang berlaku tadi. Dengan senyum Rasulullah s.a.w. berkata ; “...