31 Januari 2010

Pemuda PAS ikrar kembalikan Perak kepada Pakatan Rakyat

Nazri Abdullah

LARUT, 31 Jan: 10 ribu pemuda PAS Perak yang berhimpun di sini hari ini membuat ikrar janji akan memastikan Pakatan Rakyat mendapat kembali kerajaan negeri ini pada Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan.

"Bahawasanya kami pemuda PAS Perak dengan ini berikrar setia dan berjanji akan mempertahankan hak demokrasi tulen pengundi-pengundi Perak.

"Bahawasanya kami akan memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya negeri Perak.

"Bahawasanya kami akan memulangkan tampuk pemerintahan negeri Perak kepada Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin".

Bacaan ikrar tersebut diketuai pemangku ketua pemuda PAS, Nuru Al-Amin diikuti seluruh pemuda PAS Perak di hadapan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Ianya sekaligus membuktikan kesiapsediaan jentera pemuda menggalas tugas parti dalam misi mengembalikan hak dan maruah rakyat negeri ini.

Nasruddin dalam ucapannya sebelum itu memberikan kata-kata semangat kepada seluruh jentera pemuda PAS Perak agar melakukan persedian mental, fizikal dan rohani berdepan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

"Soal tarikh Pilihan Raya soal kedua, yang penting pemuda PAS sedia bila-bila masa.

"Kita kena yakin, kemenangan adalah kurnian Allah SWT, oleh itu hubungan kita dengan Allah jangan sesekali retak, jangan sesekali putus," katanya.

Namun jelasnya apa yang lebih penting adalah tugas pemuda berdamping setiap anak muda di semua peringkat termasuk Dun, kawasan mahupun cawangan.

Tugas pemuda bukan sekadar memenangkan Pakatan Rakyat, malah lebih besar dari tu adalah menyampai dan menerangkan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

"Gerakkan komitmen semaksima mungkin, hidupkan jentera kita di semua peringkat sama ada cawangan, Dun, kawasan mahupun negeri.

"Kita kena cipta pelbagai aktiviti untuk bersama dengan anak muda," katanya lagi.

Tugas tersebut jelasnya adalah tanggungjawab semua ahli pemuda tanpa mengira pangkat dan jawatan yang dipegang.

"Saya harap tiada siapa yang mengecualikan diri dari amal Islami ini.

"Ayuh kita memberikan sumbangan, pengorbanan kepada perjuangan agama Allah ini untuk kebaikan umat Islam dan rakyat di negeri Perak ini," katanya.

HEMPAP ! buktikan orang muda geng kita





Pagi tadi sempat juga hadir di Program HEMPAP yang di adakan di Darul Taalim, Sungai Limau, Ijok, Perak. Sambutan memang menggalakkan. Pemuda Pas Perak berjaya membawa anak-anak muda pelbagai golongan menyertai program ini.
Kita mengharapkan mereka akan terus istiqamah dan akan bekerja untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional Pada Pilihanraya akan datang.Tahniah kepada Pemuda Pas Perak yang telah berjaya mengakhlakkan program-program hiburan yang satu ketika dahulu adalah diluar ruang lingkup aktiviti Pas.

Tengku Razaleigh cipta sejarah lagi

Posted on Saturday, January 30 @ 15:39:39 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Analisis Isu Oleh: wanibrah

"Peristiwa Solat Hajat dan Pidato Perdana Royalti Minyak di Stadium Sultan Muhammad IV anjuran GEGAR pada 28 Januari 2010 lepas sekali lagi menyaksikan rentak politik Kelantan melonjak dan panas. Ia berlaku ekoran penampilan Tengku Razaleigh (Ku Li) dikhalayak hadirin yang menjangkau puluhan ribu (lebih 40 ribu) orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kaum dan partisan.

Sekaligus mengesahkan martabat isu tuntutan hak wang royalti minyak daripada Petronas oleh Kerajaan Negeri Kelantan adalah isu penting untuk seluruh rakyat Kelantan yang sudah mengerunkan pemimpin BN.

Dua malam sebelum itu (26 Januari), Datuk Mustapa Mohamad, selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mengatur langkah pre-ampt dengan mengadakan taklimat wang ehsan di Hotel Renaissance Kota Bharu. dalam taklimatnya, dirumuskan bahawa penyaluran wang ehsan adalah betul dan berteraskan prinsip Kerajaan Pusat sedia membantu rakyat Kelantan. Namun, kehadiran yang terhad sekadar memenuhi ballroom tidak cukup bertenaga untuk spinning prinsip yang tidak tepat dengan selera rakyat Kelantan.

Meskipun media pengampu sedia memasukkan siaran taklimat itu dalam berita waktu perdana, tetapi kehadiran Datuk Ibrahim Ali yang menyerang habis-habisan peribadi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan telah memberi impak songsang kepada rasionaliti majlis taklimat itu. Hakikatnya, batang tubuh Ibrahim Ali telah memperbodohkan kesarjanaan Mustapa dan kedoktorat Datuk Awang Adek. Maka, wajar sekali sindiran Datuk Husam Musa kepada soalan wartawan semasa sidang media selepas mesyuarat EXCO (27 Januari). Menurut Husam, "ingatkan Mustapa dan Awang Adek itu pandai, kononnya Ibrahim Ali lebih pandai, kerana dok pakai 'buah' Ibrahim."

Nyata sekali, pre-ampt Umno Kelantan boleh diketepikan begitu sahaja oleh khalayak Kelantan. Lantaran kehadiran Ku Li adalah jawapan objektif yang bernilai positivisme, tak perlu dipertikaikan kebenarannya. Ia diperkukuhkan lagi oleh latar belakang penganjurnya bukan PAS mahupun Kerajaan Negeri, tetapi GEGAR sebuah NGO yang menghimpunkan pimpinan masyarakat yang bersetuju secara kohesif memperjuangkan tuntutan hak royalti minyak rakyat Kelantan.

Sebenarnya, kehadiran Ku Li pada malam itu telah mencipta lembaran sejarah baru kepada rakyat Kelantan. Ia suatu sejarah kerana buat julung kali menjelang 20 tahun pentadbiran PAS di Kelantan telah menyaksikan pentas aspirasi rakyat Kelantan digumandangkan dengan suara lunak pemimpin Umno bersikap songsang dengan pendirian partinya sendiri. Pendirian itu adalah berkenaan dengan isu hak tuntutan wang royalti minyak yang menyebelahi rakyat dan misi Kerajaan Negeri dipimpin PAS.

Turut tercipta sejarah, kehadiran Ku Li pada malam itu juga memberitahu kepada khalayak rakyat Kelantan, bahawa beliau bukan keseorangan di dalam menyatakan objektiviti perjuangan rakyat, malah bersama NGO serta di belakangnya sedia berdiri penyokong Umno dan pemimpin Umno. Kerana pada malam itu, kelihatan Tamrin Ghafar (Umno Melaka) turut mengiringi Ku Li berada di pentas utama.

Segala-galanya cukup membuktikan sikap simpati kepada rakyat Kelantan turut dizahirkan oleh pemimpin Umno yang lain, maka Ku Li tidak keseorangan. Sewajarnya, penyokong Umno sendiri turut merakamkan terima kasih kepada Ku Li kerana menceritakan kebenaran atas isu dan fakta sejarah penubuhan Petronas. Ia telah memberi kefahaman betapa perjanjian Petronas yang memberikan hak untuk Kerajaan Negeri menikmati wang tunai royalti minyak sebanyak lima peratus. Malah, paling penting Ku Li telah menerangkan dengan jelas nilai "political will" yang dikongsi sama kalangan negeri-negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak bersama-sama Kelantan yang merupakan negeri pengeluar minyak.

Ternyata pidato Ku Li yang mengambil masa kira-kira 40 minit itu telah menjawab pembohongan Umno kepada rakyat Kelantan, termasuk penyokong Umno sendiri. Selama ini, mereka telah terpaku dengan pembohongan demi pembohongan dalam semua isu yang melibatkan hubungan antara Pusat dengan Negeri.

Tepat sekali dengan madah Dr. Abu Hassan Hasbullah, pensyarah Universii Malaya selaku pengerusi majlis pada malam itu yang menobatkan Ku Li sebagai pejuang rakyat sebenar sedia mengambil langkah harmoni demi bumi pertiwi Kelantan. Langkah Ku Li itu juga adalah sebenarnya berbeza dengan Mustapa. Lalu memaksa Datuk Seri Mohd Najib sendiri yang terpaksa respon atas penglibatan Ku Li iyang dikatakan bernilai discredit kepada Umno dan Kerajaan BN. Umno dikatakan akan meneliti pidato Ku Li pada malam itu dan mungkin mengambil tindakan disiplin ke atas Ku Li.

Jika demikian keputusan Mohd Najib, maka tunggulah Ku Li pasti akan terus segar di pentas rakyat Kelantan. Suatu catatan sejarah politik baru sekali lagi bakal berulang mengalun rentak dan political mood rakyat Kelantan menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. Tindakan politik Ku Li itu secara sah, makin menebalkan lagi persepsi terkini, betapa Umno sebuah parti yang gagal membela kepentingan rakyat. Dan ayat-ayat doa tok guru sedang dimakbulkan Allah.

Boleh dilawati di htpp://greencresent-wanibrah.blogspot.com

29 Januari 2010

KU LI - Kelantan berhak dapat Royalti


KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.
Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.
Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.
Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.
Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.
Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

27 Januari 2010

Orang PAS tolong saya, tidak minta upah walau satu sen pun-ADUN TRIANG

Adun Triang menitiskan air mata mengenangkan sokongan Presiden PAS

KEMAMAN 26 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Pahang dari parti DAP, Encil Leong Ngah Ngah, menitiskan air mata apabila mengenangkan kesahnya dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

”Saya menangis bila ingat kesah dengan Tok Guru Hadi Awang, waktu itu sepuluh tahun lalu, Tok Guru pergi ceramah di tempat saya di Triang, semua orang Melayu, saya satu orang Cina,”katanya memulakan ucapan pada Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Tionghua DUN Chukai, disini Sabtu lalu, 23 Januari.

(gambar: Leong dua dari kanan dalam majlis di Chukai)

Menurutnya, pada waktu itu Umno berkempen dalam memperjuangkan ketuanan Melayu dan memburuk-burukkan orang Cina, khususnya DAP.

Katanya, Umno sedang bersiap sedia untuk membawa 10,000 orang pemudanya ke Kuala Lumpur, bagi menunjukkan kekuatan.

”Tok Guru Hadi Awang kata, dia jamin keselamatan orang Cina, dia kata kalau Umno bawa 10,000 orang pemuda untuk melakukan sesuatu kepada orang-orang Cina, beliau akan mengerahkan 10,000 pemuda PAS, melindungi orang Cina,”ujar Leong, dihadapan 150 orang Tionghua yang hadir pada malam tersebut.

Oleh itu, beliau berterima kasih kepada orang-orang PAS khususnya dalam kawasan DUN Triang.

”Orang-orang PAS banyak tolong saya, sejak mula-mula saya bertanding, orang PAS yang banyak tolong, tidak minta upah dengan saya walau satu sen pun,”terang Leong lagi.

Justeru beliau berharap Pakatan PAS dan DAP serta PKR akan kekal bersama Pakatan Rakyat, bagi masa depan Malaysia yang lebih baik.

”Pada tahun 1999, saya mula nampak satu harapan, saya kata harapan Malaysia masih ada, apabila pada tahun itu, semasa pilihanraya wanita (muslimat) PAS minta bendera DAP dan wanita DAP tidak takut pegang bendera PAS,”katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Penolong Setiausaha PAS Terngganu merangkap Pengarah DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat, ADUN Simpang Pulai, Cahn Ming Kai dan Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing. –Buletinonline.net

26 Januari 2010

Seludup pasir: Nizar nafi pegawai khasnya ditahan SPRM - Berita Harian

IPOH: Bekas Menteri Besar, Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan laporan dua stesen televisyen swasta semalam bahawa seorang pegawai khas beliau antara 38 orang yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

Beliau memberi tempoh 24 jam sehingga 3 petang esok untuk kedua-dua stesen televisyen berkenaan memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

"Sekiranya kedua-dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

HJ NIZAR AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP TV 3 & TV 9

Hj Nizar telah meminta saya menghubungi peguam Hanipa Maidin bagi membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya yang terpalit akibat dakwaan TV3 DAN TV 9 kononnya Pegawai Khasnya telah ditahan oleh SPRM.

Para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Federal 9hb Februari ini.

Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Hj Nizar yang ditahan oleh SPRM, mereka ada di Ipoh, di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang.

Bekas Pegawai Khas YB Hj Nizar di pejabat MB dulu ada tiga orang, En. Amran, Muhammad K.Y Tiang dan Nadarajah. Pegawai Khasnya yang masih bertugas dengan beliau di Pasir Panjang En Hamidon, manakala Pegawai Khasnya di Bukit Gantang, En Saharuddin, En Fadzil dan En Zainuddin dan En Bashir. Semuanya dilantik oleh YB Dato' Seri Hj Nizar.

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditahan, direman atau dihubungi oleh pihak SPRM. Jadi dakwaan tersebut adalah karut dan berniat jahat.

YB Dato' Seri Hj Nizar melalui peguamnya Hanipa Maidin dijangka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 dan TV9 bagi membersihkan namanya dan juga nama pegawai-pegawai khasnya.

25 Januari 2010

KENYATAAN MEDIA :MB Perak, Mahkamah Persekutuan putuskan 9 Feb

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah . Demikian satu kenyataan rasmi yang dimaklumkan kepada Sekretariat pakatan Rakyat Negeri Perak oleh MB Rakyat perak, Dato Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi
Beliau juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan.
Sehubungan dengan beliau memohon dari seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri Perak .
"Saya menyeru supaya semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemamuran untuk negeri Perak" Katanya dalam kenyataan itu.

KENYATAAN MEDIA/25 JAN 2010YB.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Sekretariat Pakatan RakyatNegeri Perak.

22 Januari 2010

Serangan gereja di Taiping, tujuh ditahan -Malaysiakini


Jan 22, 10 5:07pm

TERKINI Polis menahan tujuh lelaki berusia antara 17 hingga 29 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes melontar bom petrol ke sebuah gereja dan pondok pengawal sebuah sekolah di Perak baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata semua mereka ditahan dalam empat serbuan sekitar Taiping melau tengah malam semalam.

DUN PERAK BUBAR ? -Misbah

Saya dapat panggilan telepon dan mesej yang begitu banyak sejak dua tiga hari lepas, semalam adalah panggilan dan mesej yang paling banyak saya terima. Soalan yang ditanya sama, betulkah DUN Perak bubar hari ini ? Saya tanya semula, siapa yang bubarkan? Berita ni dapat dari mana, kami orang Perak tak tahu apa pun, anta dari Johor boleh tahu pulak. Begitulah hebohnya berita DUN Perak bubar.
Berita DUN Perak akan bubar bermula setahun yang lalu, mesej dan maklumat dari berbagai sumber kononnya dari istana, dari Putrajaya, dari UMNO yang boleh dipercayai, dari pejabat SUK, dari hakim, dari polis, dari SPR, dan berbagai lagi. Ada yang mendakwa dapat maklumat dari kawan yang kenal rapat dengan pemandu PMlah, Zambrylah dan macam-macam lagi. Ada yang terus percaya, minta PAS Perak dan PR terus bersedia menghadapi pilihanraya, yang mengambil kesempatan untuk projek cetak poster pun ada. Ada juga yang mendakwa dapat maklumat dari kedai gambar, kononnya beberapa EXCO dan wakil rakyat BN telah ambil gambar calon di kedai mereka, begitulah rumus yang begitu kuat akan pembubaran DUN Perak.

Kesimpulannya sehingga sekarang DUN Perak tak juga bubar, Zambry pula senang hatinya boleh berjalan ke luar negeri bersama PM, sebelum ini ke US dan UK. Pimpinan PAS Perak pula cukup berhati-hati nak tinggalkan Perak, bimbang ketiadaan di Perak kemungkinan DUN Perak akan bubar.

Sekarang yang menjadi berita panas dalam SMS dan blog, kononnya keputusan hakim mahkamah federal dah bocor, 4 hakim memutuskan Hj Nizar MB yang sah, 1 hakim lagi mengatakan Zambry pula hakim yang sah. Rumusan ini tidak pula pasti kebenarannya, tidak ada sumber yang jelas, mahkamah tidak pula bersidang bagi memutuskan siapa MB yang sah di Perak. Rakyat semakin hairan, susah sangat ke nak buat penghakiman, hakim pula 5 orang, kalau seorang hakim Mahkamah Rayuan boleh buat penghakiman yang cukup pantas bagi menafikan keputusan mahkamah tinggi tempoh hari, tak kan 5 orang hakim federal tidak boleh buat penghakiman.

Inilah padahnya apabila hak dan kepentingan rakyat dinodai oleh UMNO BN melalui rampasan kuasa tempoh hari. Berita-berita seumpama ini sentiasa panas,isu bubar DUN tidak akan senyap begitu sahaja, rakyat di Perak tidak akan merasai ketenteraman, pegawai-pegawai kerajaan akan buat kerja dalam keadaan tidak senang hati, projek-projek kerajaan tidak banyak dapat dilaksanakan, pelabur luar tidak berani menangung risiko melabur di Perak, akibatnya pertumbuhan ekonomi di Perak tidak stabil, rakyat sentiasa resah dan menjelang sidang DUN Perak akan datang pasti akan ada kekecohan.

21 Januari 2010

Sidang Media : Setahun Kudeta di Perak

6 Safar 1431H

Kita buat sidang akhbar pada hari ini bahawa sudah setahun rampasan berlaku dengan kita menjemput para wartawan dan bloggers dan ada minum pagi bersama, demikian mukaddimah MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Nizar Jamaluddin semasa sidang akhbar dan minum pagi sempena Setahun Kudeta di Perak oleh BN.

Sidang media itu dihadiri oleh hampir semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Perak bersama ADUN PR yang lain.

Kata Ds. Nizar " Kami masih memberikan khidmat kami kepada rakyat, dan menjadi tulang belakang kepada mereka untuk berurusan dengan jabatan kerajaan".

MB Rakyat itu juga menegaskan sebelas bulan kita memerintah diPerak dengan prinsip adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan.

Sepanjang 11 bulan lepas banyak yang mereka lakukan adalah meniru dari apa yang dimulai oleh PR, katanya..

Kita mahu rakyat Perak diberikan proses demokrasi diletak ditempat yang sepatutnya.

Semasa 11 bulan BN memerintah, apa saja perkhabaran BN adalah kata-kata yang tidak ada makna selagi pelabur asing tidak melakukannya.

Kami telah mencapai 3.2 billion pelaburan dan laporan audit negara selama kita memerintah ialah cukai tanah tertinggi melebihi kutipan zaman BN selama 184 juta melebihi zakat 58 juta, masa BN tidak setinggi itu, jelasnya.

Belanjawan haram BN selama 20 minit, hasil balak mereka dianggarkan 17 juta sahaja. Masa PR sebanyak 40 juta. Ini boleh dinilai oleh rakyat, masa BN kita tak tahu mana pergi.

Masa kita memerintah kita berikan RM1,000 kepada yang masuk IPTA, dia juga teruskan, sebelum ini hanya pinjaman sahaja.

Hak milik tanah juga diteruskan oleh BN dengan istilah yang lain.

Selama 11 bulan kita telah berjaya mengadakan hubungan yang baik dengan Jabatan Kerajaan disemua peringkat dan mereka memberikan kerjasama yang baik juga. Namun selepas kita ditendang dan mereka tetap menghormati kami dan berikan kerjasama yang baik.

Ds. Nizar juga menegaskan dan yakin pada pilihanraya akan datang insyaAllah rakyat akan tetap memilih PR dan kita akan melakukan yang terbaik melalui manifesto kami.

Kita akan satukan manifesto PR Perak dan tawaran PR Pusat dan ditawarkan kepada rakyat.

Beliau juga mengulangi bahawa kaedah yang dilakukan BN di Perak adalah rampasan kuasa dan bukannya peralihan kuasa seperti yang diwar-warkan oleh BN, "ini adalah rampasan kuasa. Tidak menggunakan cara politik yang baik, ini kudeta". katanya.

Habuan sek dan rasuah dari Islam adalah haram. Jelas merujuk kepada 3 ADUN PR yang melompat.

Pada kesempatan itu beliau menegaskan " Kita mencapai tahap hormat menghormati antara semua kaum semasa 11bulan berkuasa, ini kita rasakan "

Kakitangan kerajaan semasa PR memerintah menurut beliau tidak mendapat tekanan politik, mereka katakan kepada kami, sekarang ini bila BN ambil alih, mereka ditekan, dan ada ditukar, komuniti media ada 7 orang yang ditukar, jelasnya.

Menyentuh mengenai manifeto beliau mahukan rakyat nyatakan hasrat kami untuk dibincangkan dalam JawatanKuasa Manifesto.

Sementara itu, Exco Kanan Pakatan Rakyat Perak yang juga Pengerusi DAP Negeri, Dato Ngeh Khoo Ham bila menjelaskan isu pemberian geran kekal, menafikan hanya memberi manfaat untuk orang Cina tidak betul langsung, sedangkan orang Melayu juga mendapat manfaat. Dalam sepanjang pentadbiran kami ada pertambahan kampung tersusun 320 hektar tanah dan memberi manfaat kepada orang Melayu.

Kita membantu rakyat tanpa mengira kaum. Kami telah meluluskan.

Kita meluluskan 33 kawasan untuk masjid dan surau, 22 untuk kuil, gereja dan sikh, lulus pembinaan dewan, tadika dan RT.

Di Gua Tempurung mereka lulus untuk 5 tahun, kita lulus untuk 99 tahun dengan syarat bina dalam tempoh yang ditetapkan, lulus tempat kebajikan OKU, bakar mayat dan lupus sisa pepejal.

Lulus 8 tapak sekolah Cina, agama rakyat dan lain-lain.

Tapak perkuburan 37.2 hektar dan Cina 17.2 hektar.

Ipoh Central di Meru Raya dengan 250 bas, diberhentikan oleh BN, dikatakan BN mahukan kroninya masuk. Hamidah umum 11.6 billion dalam Malaysia Insider, tidak ada satupun yang dilaksanakan. Kita umum yang dirancang dan dilaksana.

Disamping beliau menyenaraikan banyak kepincangan dan pembohongan semasa BN memrintah.

20 Januari 2010

Pakatan Rakyat yakin berkuasa semula di Perak

Posted on Wednesday, January 20 @ 00:40:35 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh Rahmah Ghazali

Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Perak telah merosot sedikit terutama di kawasan pedalaman.

Menurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu.


Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.

Pakatannya itu bagaimanapun tumbang pada Februari lalu, apabila tiga ahli dewan undangan negerinya berpaling tadah dan memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada Malaysiakini, di kediamannya di Ipoh, semalam, ahli parlimen Bukit Gantang itu mengakui Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu-kubu BN di kawasan pendalaman.

"Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradisional seperti Utusan Malaysia dan akhbar lain.

Selain itu, kemerosotan didakwa berpunca daripada isu seperti kononnya semasa menjadi Menteri Besar, beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin akan menang.

Sidang
media itu diadakan sempena setahun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang.

Dalam pada itu, Bernama memetik Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh iselesaikan melalui pilihan raya negeri.

Beliau meminta Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan
Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai enteri Besar Perak yang sah. - Malaysiakini

19 Januari 2010

Jangan Gembira Sangat Kalau Dun Perak Bubar


Posted on Monday, January 18 @ 19:57:28 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Artikel Oleh: Tok Janggut

Muta'akhir ini seperti ada satu harapan dan kegembiraan setengah pihak dengan mengharapkan DUN Perak di bubarkan. Apakah pihak tersebut sudah benar-benar bersedia untuk menghadapi Barisan Nasional yang punya seribu satu helah, penipuan dan provokasi nanti? Pernahkah mereka terfikir, mengapakah Mahkamah begitu lambat membuat keputusan dalam isu Perak ini termasuk di Kota Si Puteh Kedah?

UMNO yang terkenal dengan pengundi hantu tak kira rakyat warna apa, bangsa apa, datang dari Negara mana boleh dijadikan pengundi hantu untuk mengundi UM NO/BN. Apakah tidak mustahil dengan kelambatan keputusan mahkamah ini adalah strategi dan arahan UMNO untuk membawa dan mendaftarkan pengundi-pengundi dari luar Perak dan Kedah untuk mengundi di Perak dan Kota Si Puteh nanti?

Jangan ambil mudah dengan kelambatan keputusan mahkamah itu, mesti ada sebabnya ia berlaku begitu. UMNO boleh arah mahkamah untuk membuat keputusan dan tarikh membuat keputusan mengikut skripnya.

UMNO boleh pilih hakim mana yang mereka kehendaki untuk mengendalikan kes-kes yang melibatkan kepentingan UMNO walaupun dengan cara menipu dan memijak undang-undang. Semua orang tahu, termasuk rakyat luar Negara akan permainan kotor UMNO ini, jika tidak sudah lama UMNO di talqinkan.

Oleh itu berhati-hatilah, UMNO tahu jika mereka kalah di Perak, maruah dan moral mereka akan hancur walaupun selama ini mereka sebenarnya sudahpun tidak punya maruah dan moral lagi.

Jangan terlalu yakin untuk menang kali ini. SPR, Polis, SPRM, mahkamah semuanya bersama UMNO sekarang. Rakyat yang lemah belum tentu mampu menentang mereka ini kerana mereka akan gunakan apa saja untuk memenangkan UMNO. Oleh itu bersedialah untuk bertempur di medan pilihanraya dan hadapilah apa saja tentangan ganas dari puak samseng UMNO yang kini layak digelar mafia Malaysia, mereka ini dilindungi oleh pemimpin mereka dan pihak keselamatan. Jangan pandang mudah!!!

Bila Kementerian Pelajaran potong peruntukan...

Bila Kementerian Pelajaran potong peruntukan...
Posted on Monday, January 18 @ 21:03:51 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Analisis Isu Oleh: miratnunia

"Bila Kementerian Pelajaran telah mengurangkan peruntukan dari RM27 bilion kepada RM25 bilion ia telah memberikan kesan yang tidak sedikit kepada sesi baru persekolahan. Antara yang menerima tempiasnya ialah sekolah-sekolah yang mempunyai asrama terutama Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Jumlah hari penyediaan makanan telah dikurangkan dari 250 hari kepada 200 hari. Akibatnya ada sekolah yang terpaksa mengarahkan murid pulang ke rumah pada cuti hujung minggu dan cuti umum kerana asrama tidak menyediakan makanan.

Semua ini telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pelajar yang terlibat, ibu bapa dan pentadbir asrama. Keunikan kehi dupan di asrama tidak dapat dikecapi lagi jika pekara ini berterusan.

Sesungguhnya kehidupan di asrama akan memberikan kelebihan kepada pelajar sekolah berbanding dengan mereka yang tinggal di luar. Biasanya pelajar asrama berpeluang meningkatkan disiplin diri dengan belajar hidup berdikari, bergaul dengan pelajar lain dari pelbagai latar belakang, jadual belajar yang diseliakan dengan rapi dan pelbagai peluang untuk melatih diri menjadi pemimpin. Namun, dengan apa yang berlaku ini kehidupan pelajar asrama akan jadi caca marba.

Kita masih tidak faham dengan cara pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) ini yang tidak prihatin apa yang patut diutamakan dalam kebajikan rakyat jelata. Tindakan seperti ini memperjudikan nasib pelajar kerana kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama adalah pelajar luar bandar dan ada juga pelajar terpilih kerana potensi mereka memberangsangkan.

Bila berlaku fenomena seperti ini, akan berbondonglah para pelajar asrama ini ke stesyen bas pulang ke kampung atau terpaksa meminta belanja tambahan dari ibu bapa untuk membeli makanan di luar jika tidak pulang ke rumah! Bagi pelajar yang ibu bapanya berkemampun memang tidak ada masalah. Bagaimana dengan golongan miskin? Adakah kita redha melihat pelajar makan mee segera tiap hujung minggu?

Malaysia negara kaya. Tetapi wang negara bocor akibat difaraidkan secara haram melalui cara yang tidak wajar untuk pemimpin BN dan kroni-kroni mereka. Bila negara tidak mewah lagi seperti dahulu maka apa yang sepatutnya diutamakan untk kebajikan rakyat jelata terpaksa dipotong! Jelas bahawa slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hanyalah lawak semata-mata. Dalam kes apa yang penulis sebutkan ini, eloklah kita panggil GENERASI MUDA DIJAHANAMKAN!

(http://www.sidangonline.net/v9/index.php?option=com_content&view=article&id=198:analisis-bila-kementerian-pelajaran-potong-peruntukan&catid=46:berita-utama )

"

17 Januari 2010

Nik Sapeia bersumpah nama Allah, dakwa dianiaya

Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 17 Jan: Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang didapati bersalah oleh mahkamah kerana menyembur bahan berbahaya terhadap Tun. Dr. Mahathir Mohamad hari ini tampil mempertahan dirinya dengan membuat akuan sumpah menggunakan nama Allah.

Beliau berbuat demikian di kediamannya di Pasir Tumboh pagi ini.

Menurutnya, tindakan bersumpah dengan nama Allah ini dibuat berikutan perbicaraannya telah selesai dan hukuman telah dijatuhkan namun merasakan dirinya dianiaya.

"Hari ini saya bersumpah dengan Nama Allah,Wallahi,Wabillahi,Wattallahi,demi Allah sesungguhnya saya dengan ini bersumpah tidak menyerang atau menyembur Tun Dr.Mahathir Mohamed sebagaimana yang dituduh kepada saya” ujar beliau yang juga Naib Presiden Parti Progresif Penduduk(PPP).

"Saya sedar akan sumpahan saya ini dan saya sudah mendapat pandangan daripada orang alim dan pimpinan parti demi menjaga maruah diri dan parti saya," katanya lagi.

Nik Sapeia juga berkata beliau akur dengan keputusan yang dijatuhkan oleh mahkamah dan kini sedang membuat proses rayuan ke mahkamah tinggi.

Mahkamah Majistret Kota Bharu baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas beliau didapati bersalah menyebabkan kecederaan dengan menyembur bahan berbahaya terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamed dan tiga yang lain dalam satu insiden di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

Majistret Azman Mustapha bagaimanapun membenarkan perlaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuan selesai di putuskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan nanti.

Next >

15 Januari 2010

KAIFIAT SOLAT GERHANA MATAHARI


Lafaz Solat Gerhana Matahari



أُصَلِّى سُنَّةَ الُكسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى


Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.

6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.

8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

9. Iktidal.

10. Sujud dan membaca tasbih.

11. Duduk antara 2 sujud.

12. Sujud kembali.

13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.

3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.

4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.

5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

6. Iktidal.

7. Sujud dan membaca tasbih.

8. Duduk antara 2 sujud.

9. Sujud kembali.

10. Membaca tasyahud akhir.

11. Memberi salam.


* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )

* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.

* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.


Disediakan oleh :

Bahagian Falak Syarie Dan Sumber Maklumat

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang

14 Januari 2010

Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Perak : Keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar MB Perak yang sah??

28 Muharram 1431H

Merujuk kepada isu yang disebarkan melalui sms mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang berpihak kepada MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin, maka saya suka untuk memberi beberapa kenyataan media seperti dibawah ;-

1. Saya menafikan bahawa pihak Mahkamah Rayuan telah mengumumkan bahawa siapakah MB Perak yang sah.

2. Namun begitu, pendengaran kes dihadapan 5 hakim pada 5hb November, 2009 telah pun telahpun lengkap dan habis bagi peguam dipihak MB Pakatan Rakyat dan MB Kudeta Perak, namun sehingga kenyataan ini dikeluarkan saya mengesahkan bahawa Ds. Nizar masih belum dipanggil ke mahkamah yang sama bagi mendengar keputusan yang telah ditentukan. Oleh itu isu dan berita angin siapakah pemenangnya tidak berbangkit.

3. Namun begitu, Pakatan Rakyat Perak mengambil sikap dan suka menghebahkan kepada umum dimana kami berpendirian bahawa besar kemungkinan keputusan adalah memihak kepada Ds. Nizar sebagai MB Perak yang sah, sehingga telah melebihi dua bulan masih tidak diumumkan oleh hakim mahkamah rayuan. Satu tempoh yang begitu lama dan tidak munasabah yang diambil oleh hakim mahkamah rayuan bagi menentukan siapakah MB yang sah menguatkan lagi jangkaan itu.

4. Selain itu sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada Zambry, kenapakah ianya tidak diumumkan dan mengambil masa yang begitu lama untuk disahkan. Satu persoalan yang pada pandangan kami menyebabkan wajar timbul isu dan cakap-cakap yang mengatakan keputusan memihak kepada Ds. Nizar.

5. Kerana itu saya menyeru kepada seluruh penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat di Perak supaya terus mempertingkatkan usaha untuk menyusun seluruh kekuatan melalui semua jentera di semua Parti PAS, DAP dan PKR serta pada gabungan sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen bagi menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN Perak.

6. Segala langkah yang perlu bagi memastikan semua calon Pakatan Rakyat yang bertanding menang adalah keutamaan yang mesti didahulukan. Seterusnya merialisasikan hasrat Parti dan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat kembali memegang tampuk pemerintahan di Negeri Perak yang kita cintai.Kenyataan Media 14hb Januari, 2010

YB.Drs. Khalil Idham Lim
Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

13 Januari 2010

Nik Aziz rai paderi, sami makan tengah hari

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 13 Jan: Ketua-ketua agama terdiri daripada alim ulama, paderi dan sami dijemput menghadiri makan tengah hari bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Januari ini di Kota Darulnaim.

Jamuan tersebut dianjurkan kerajaan negeri sebagai meraikan ketua-ketua agama di negeri ini dan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin.

Nik Aziz berkata, dianggar lebih 20 ketua agama dijangka menghadiri majlis tersebut yang berkonsepkan muhibah.

“Setakat ini kita telah dimaklumkan seramai 18 orang daripadanya terdiri daripada paderi menyatakan persetujuan hadir, manakala sami belum dapat pastikan bilangan yang akan hadir,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, jamuan berkenaan diadakan menjelang tengah hari memandangkan sami difahamkan tidak boleh makan selepas jam 12.00 tengah hari.

“Kerajaan negeri meraikan mereka bertujuan mewujudkan suasana tenang dan harmoni di antara agama di negeri ini.

“Walaupun telah wujud keharmonian di Kelantan sejak sekian lama, namun diharap dengan pertemuan tersebut keharmonian bertambah baik,” ujarnya.

Menurutnya, Islam sejak awal lagi mengutamakan keharmonian seperti diajar Rasulullah s.a.w. setelah baginda sampai di Madinah.

Katanya, sebaik sahaja sampai di Madinah, baginda s.a.w. mengadakan perjanjian bertulis yang pertama di muka dunia sehingga melahirkan keharmonian antara kaum.

11 Januari 2010

Bakar Gereja: Menteri gagal bertindak awal jadi punca

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 10 Jan: Kegagalan kerajaan membendung dari awal kemarahan rakyat ekoran mahkamah membenarkan penggunaan perkataan Allah bagi penerbitan Herald, akhirnya mengundang padah.

Media pula seperti dibiarkan mengapi-api isu tersebut dengan memaparkan bantahan orang ramai, tanpa mengambil kira sentimen penganut agama lain.

Kegagalan menteri yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mempercepatkan maraknya perasaan tidak senang hati antara kaum.

Anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kerajaan dilihat hanya bertindak selepas berlaku peristiwa di luar kawalan sehingga gereja dibakar.

“Isu yang berlaku sekarang berjaya menutup kemarahan sebenar rakyat ekoran kenaikan harga barangan dan kos hidup.

“Mungkin juga sebagai satu pelan bagi mengelakkan rakyat terus bercakap kehilangan enjin jet pejuang yang begitu mengaibkan sekali kerajaan,” katanya di sini.

Beberapa gereja menjadi sasaran serangan pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga merosakkan sebahagian prasananya. Antaranya Gereja Metro Tarbenacle, Gereja Assumption dan Gereja Chapel kesemua di Kuala Lumpur dan Selangor.

Sebelum itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan membenarkan penerbitan milik Katholik menggunakan perkataan Allah sebagai ganti ‘god’ dalam bahasa Inggeris.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat Kelantan berkata, isu berasaskan sentimen perkauman itu telah diperbesarkan begitu rupa sehingga mencetuskan suasana tidak senang.

Oleh itu beliau berharap mereka yang bertanggungjawab ke atas insiden terbabit dihadap ke muka pengadilan.

Kerajaan diingatkan tidak melindungi mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Menurutnya juga isu perkauman di negara ini seperti sukar berakhir kerana ia sudah menjadi teras kepada perjuangan Umno yang hanya mengutamakan bangsa.

“Apabila rakyat tidak lagi menghormati hak asasi manusia dan kebebasan beribadat di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama, maka tidak hairanlah berlaku perbuatan khianat terhadap rumah-rumah ibadat.

“Sedangkan Islam melarang keras tindakan sedemikian, bahkan Rasulullah saw pernah mengingatkan masyarakat di zamannya menghormati golongan bukan Islam termasuk tempat ibadat mereka.

“Ini menggambarkan betapa suci dan murninya Islam yang mementingkan keharmonian kehidupan masyarakat,” ujarnya.

10 Januari 2010

PAS Taiping kutuk bom gereja di Taiping


PAS Kawasan Taiping mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan bom api ke Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis, di Taiping awal pagi ini.

Saya meminta pihak berkuasa melakukan penyiasatan segera terhadap tindakan yang melampau dan boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman awam.

Kita berharap rakyat bertenang dalam menghadapi situasi seperti ini, sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan mengganggu kenteraman awam mestilah ditentang oleh rakyat berbagai agama dan bangsa serta di semua peringkat umur dan tahap pendidikan.

PAS kawasan Taiping mengharapkan langkah segera perlu diambil oleh pihak berkuasa bagi membendung pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan meujudkan suasana tidak tenteram di Taiping.

09 Januari 2010

Ketakutan Barat Kepada Islam

Wanita pakai burqa mungkin dikenakan denda RM3,500

PARIS: Wanita Muslim yang menutup sepenuhnya anggota badan berkemungkinan didenda 750 euro (RM3,500) berdasarkan satu draf rang undang-undang yang dibentangkan pemimpin majoriti Parlimen negara itu, Jean-Francois Cope, di sini semalam. Cope yang memimpin parti pemerintah UMP memberitahu majalah mingguan Le Figaro bahawa wanita yang memaksa isteri mereka memakai burqa atau niqab boleh dikenakan denda lebih berat.

“Undang-undang itu adalah mengenai isu keselamatan. Langkah dicadangkan melarang seseorang menutup muka di tempat awam dan di tepi jalan kecuali ketika majlis kebudayaan atau pesta khas,” kata Cope kepada majalah itu. Draf undang-undang itu akan dibentangkan dua minggu lagi dan akan dibahaskan di Parlimen selepas pilihan raya wilayah selepas Mac depan, katanya lagi.

Cope yang ketika ini berkempen untuk menggantikan Nicolas Sarkozy sebagai calon berhaluan kanan untuk jawatan presiden pada 2017, berkata burqa mesti diharamkan sebagai mempertahankan hak wanita.
“Kita boleh mengukur kemodenan masyarakat menerusi caranya melayan dan menghormati wanita,” katanya. Pada masa ini, kalangan politik Perancis berbelah bagi sama ada mengharamkan burqa dengan parti Sosialis menentangnya tetapi pada masa sama tidak menggalakkan wanita Muslim menutup anggota badan sepenuhnya.

Kementerian Dalam Negeri berkata, hanya 1,900 wanita memakai burqa di Perancis.

Sumber : Berita Harian, 08/01/2010

Ketakutan Barat Kepada Islam

Inilah wajah sebenar kuffar Barat kepada Islam dan umat Islam. Pelbagai cara dilakukan oleh ahli politik mereka untuk terus menekan dan menindas kehidupan umat Islam. Perancis sebagai salah sebuah negara yang kononnya menyanjung tinggi dan memperjuangkan idea kebebasan dan hak asasi manusia telah menonjolkan wajah hodoh mereka yang sebenarnya. Mereka mencuba dengan pelbagai cara dan pendekatan untuk terus menjadikan Islam dan umatnya sebagai sasaran kebencian di kalangan masyarakat. Pelbagai alasan dan helah dikemukakan untuk menjustifikasi apa yang sebenarnya tersimpan di dalam diri musuh-musuh Allah ini. Apakah alasan yang rasional dan konkrit bahawa burqa yang dipakai oleh seseorang muslimah itu terkait dengan isu keselamatan? Bukankah itu hanyalah semata-mata dalih yang diada-adakan? Nampaknya sekali lagi golongan sekular kuffar pada hari ini menggunakan pendekatan politik busuk mereka untuk menjayakan agenda jahat bagi memadamkan cahaya Allah SWT:

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”.
[TMQ At- Taubah (9) : 32].

Disebalik kesombongan mereka, golongan kuffar ini tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya menentang Sang Pencipta yang telah menciptakan mereka. Amat hina dan lemahnya tindakan mereka. Benarlah firman Allah SWT:




Banyakkan menerang bukan menyerang - Abdul Hadi




Nazri Abdullah

SHAH ALAM, 9 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan seluruh kepimpinan parti di seluruh peringkat agar terus memberi penerangan kepada masyarakat khususnya berkaitan isu-isu semasa yang melanda negara.

Berucap sewaktu merasmikan program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pagi ini beliau memberitahu tugas menyedarkan masyarakat bukan sahaja diberi ganjaran pahala yang besar malah ianya juga prasyarat mencapai kemenangan.

"Kewajipan kita lebih banyak menerang, bukan menyerang, sebab itu kita namakan lajnah penerangan, bukan penyerangan," ujarnya.

Apatah lagi katanya, perkembangan teknologi sekarang khususnya kemunculan blog yang kadang kala melaporkan maklumat yang tidak benar boleh memberi kesan buruk jika tidak pandai ditangani.

Namun apa yang penting ujarnya, adalah iltizam dan istiqamah pimpinan parti memberi keterangan sebenar kepada masyarakat berdepan maklumat yang salah yang dilapor dalam blog.

"Maklumat yang betul tidak apa, maklumat salah menimbulkan masalah kadang kadang menimbulkan masalah dalaman.

"Sebab itu tugas penerangan sangat besar dalam hal ini," katanya lagi.

Menyentuh isu semasa, beliau turut mengutuk keras serangan membakar gereja yang dianggap bukan dari ajaran Islam.

"Kenapa berlaku bakar gereja, serang gereja? Ajaran mana mereka dapat?

"Ini punca sikap jahil terhadap agama Islam itu sendiri, jahil feqah dan jahil politik," katanya lagi.

Lebih 500 pemimpin PAS khususnya jentera penerangan di segenap peringkat hadir menyertai taklimat anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat hari ini.

Mereka terdiri dari Ahli Majlis Syura Ulama, AJK Pusat, pimpinan dan AJK Dewan Ulama’, Pemuda dan Muslimat Pusat, Dewan Harian Badan Perhubungan Negeri dan Wilayah, Ketua dan Setiausaha Penerangan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri-Negeri, AJK Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pusat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Adun-Adun dan Ketua serta setiausaha Penerangan Kawasan.

Program sehari ini antara lain akan membentangkan secara khusus isu-isu nasional serta isu-isu yang berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam program ini juga semua jentera penerangan akan didedahkan cara berdepan dengan beberapa isu yang dimanipulasi media dan parti pemerintah.

Mereka juga akan dibentangkan isu-isu nasional dan isu-isu di sekitar negeri Pakatan Rakyat sama ada Kelantan, Kedah, Selangor dan termasuk juga isu Perak.

Program hari ini juga dijangka berakhir jam 5.30 petang ini dengan perasmian penutup akan disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

URA-URA COLA NAK KENA POTONG !

SHAH ALAM – Ura-ura kerajaan mahu menghapuskan elaun kos sara hidup (Cola) bagi menjimatkan perbelanjaan negara, dilihat memberikan impak besar kepada kakitangan awam. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pelaksanaanya kelak akan menjejaskan sara hidup sektor awam yang kini dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.

Katanya, beliau bimbang kemungkinan tindakan itu menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam.

“Penghapusan elaun Cola merupakan tindakan paling tidak wajar untuk dilaksanakan jika benar apa yang diperkatakan. “Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam. Sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, akan menambahkan lagi beban ke atas hidup kakitangan awam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas desas desus di internet melaporkan penghapusan elaun Cola akan dilaksanakan pada 2010, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara. Omar berkata, sewaktu ekonomi negara dilanda kegawatan pada 1998, kerajaan tidak mengambil langkah memotong elaun Cola sebagai salah satu alternatif untuk berjimat.

“Oleh itu, sebagai jalan terbaik, kerajaan perlu meneliti dan mengkaji rasionalnya atau mengambil langkah lain dalam menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya. Sinar Harian

---------------------------------------------------------------------------

Saelok elok nyer kerajaan harus menunjukkan contoh dahulu....

potong elaun semua menteri menteri dahulu...
minyak kenderaan isi sendiri,
rumah sewa bayar sendiri,
bil api air bayar sendiri,
bil handphone bayar sendiri,
bil talipon rumah bayar sendiri,
Anak anak pergi sekolah gunakan bas sekolah... jangan guna kenderaan rasmi.
Dreber untuk anak bini bayar gaji mereka dengan duit gaji sendiri..
kurangkan melancung keluar negara terutama bik mama yang hobi shoping
dan macam macam lagi lahhh..

Emmm....
apa macam.... ader berani ker ???

08 Januari 2010

Gereja terbakar!!

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/01/gambar-gereja-diletup-dan-dibakar_08.html









Back to top
View user's profile Send private message

06 Januari 2010

PAS sokong himpunan aman bantah Mesir Jumaat ini




Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 6 Jan: PAS menyeru semua ahli, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan golongan yang simpati kepada nasib rakyat Palestin untuk menyertai perhimpunan aman pada 8 Januari ini sebagai membantah tindakan Kerajaan Mesir yang berkerjasama dengan Zionis Israel untuk menindas umat Islam di Gaza.

“PAS menyokong tindakan sayap Pemuda PAS yang akan mengadakan himpunan aman dan menyerahkan memorandum bantahan pada 8 Januari ini,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk berkumpul di Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke Kedutaan Mesir selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan tersebut.

Ini, katanya berikutan Kerajaan Mesir dilaporkan enggan membenarkan sebuah kapal yang membawa konvoi antarabangsa melibatkan 17 buah negara dengan 150 kenderaan membawa beratus-ratus tan bekalan kemanusiaan masuk ke Gaza melalui pelabuhan Nuweiba di Laut Merah.

Kerajaan Mesir telah mendesak konvoi Viva Palestina berkenaan menyerahkan bantuan melalui pelabuhan Mediterranean, iaitu jarak lebih jauh yang memerlukan konvoi berkenaan berpusing ke semenanjung Sinai dan melalui Terusan Suez sebelum sampai ke El-Arish kelmarin.

“Kezaliman Mesir ini jelas membuktikan sokong mereka kepada tindakan Israel yang menutup pintu sempadan di Nahal Ozz di timur pusat bandar Gaza dan mengepung rakyat Palestin dengan hanya membenarkan satu laluan sahaja dibuka untuk memasuki Gaza iaitu melalui Kerem Shalom di tenggara Semenanjung Gaza,” katanya.

Tambahnya, tidak cukup dengan itu, Mesir juga didapati menutup mata dengan tindakan Israel yang meluluskan pembinaan empat bangunan apartmen baru untuk peneroka haram Yahudi di timur Baitulmaqdis yang berada dalam wilayah rakyat Palestin.

PAS, katanya kesal kerana sebagai sebuah negara Islam dan anggota OIC, Mesir tergamak bersubahat dalam menindas rakyat Palestin

03 Januari 2010

Isu Penggunaan Kalimah Allah swt - Us.Nasaruddin

Isu Penggunaan Kalimah Allah swt

1. Keputusan mahkamah yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan kalimah Allah swt telah mencetus polemik dikalangan masyarakat dalam negara kita . Keadaan kelihatan tegang antara penganut ajaran Kristian dan ummat Islam .

2. Saya mengharapkan semua pihak terlebih dahulu tidak mengambil tindakan terburu - buru dan diluar kawal dengan hanya berpandukan emosi khasnya kepada ummat Islam . Justeru , Islam adalah agama yang tetap benar dan utuh malah ia akan terus dipelihara dengan hujjah yang benar dan kuat .

3. Asalnya , agama Kristian [ Nasara ] , Yahudi dan Islam berkongsi Tuhan yang sama iaitu Allah swt. Tuhan yang satu dan Tuhan yang Maha Esa . Inilah jua yang termaktub di dalam Taurat dan Injil .

4. Namun Taurat dan Injil yang asal telah dipinda oleh para paderi dan pendita Yahudi sejak lama dulu sehingga menghasilkan Injil Barnaba , Injil Matthew dan sebagainya . Semenjak itu mereka menyengutukan [ mensyirikkan ] Allah swt Tuhan yang Maha Esa dengan menganggap ada tuhan lain selain Allah seperti tuhan anak , tuhan bapa dan tuhan ibu .

5. Konsep ketuhanan yang sedemikian adalah sangat bercanggah dengan Islam . Justeru Allah swt adalah Tuhan yang Esa . Tuhan yang Satu dan tiada Tuhan yang lain selain Allah yang layak disembah .

6. Sementara mana - mana pihak mahu mengambil tuhan yang lain sebagai tuhan mereka untuk di sembah adalah terpulang kepada keyakinan mereka dan itu menjadi hak mereka dalam beragama . Tetapi mereka tidak boleh menggunakan Lafzul Jalaalah [ Allah ] sebagai Tuhan dan diletakkan di dalam rumah - rumah ibadah mereka untuk disekutukan , kerana ia disifatkan satu penghinaan kepada ummat Islam yang meletakkan Allah swt sebagai Tuhan yang Esa yang tidak sekali - kali layak disekutukan dengan segala apa jua .

7. Saya bersetuju bahawa kalimah Allah swt boleh digunakan oleh sesiapa jua tanpa ia menjadi milik ekslusif ummat Islam , kerana Allah swt adalah Tuhan kepada seluruh ummat manusia . Tetapi penggunaan kalimah Allah itu mestilah benar dan tepat dengan keesaan Allah swt . Seperti mereka mengatakan Allah adalah Tuhan yang mencipta Alam dan Tuhan yang mencipta manusia , maka itu adalah perkataan yang benar dan mereka dibenarkan untuk berkata demikian sekalipun mereka bukan muslim .

8. Menggunakan kalimah Allah swt secara benar dan betul adalah tidak mengapa . Sebagaimana yang disebut di dalam al Quran , bagaimana golongan musyrikin apabila ditanya : [ siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan nescaya mereka menjawab Allah , maka mengapa mereka masih boleh dipalingkan daripada kebenaran .] Dalil ini bagi menegaskan tidak mengapa penggunaan kalimah Allah swt dengan maksud yang benar dan bertepatan dengan konsep ketuhanan Allah swt . tanpa mereka berpaling dari kebenaran itu .

9. Melalui pengamatan saya , aliran Kristian di negara - negara arab seperti Mesir meletakkan kalimah Allah di dalam gereja dan restoran - restoran mereka . Pengalaman saya dengan aliran Kristian di Mesir ini mendapati mereka sememangnya menganggap Allah swt adalah Tuhan yang menciptakan manusia dan memberi rezeki . Bahkan mereka menggunakan kalimah Allah swt sejak awal [ ribuan tahun ] yang lalu .

10. Situasi ini sangat berbeza dengan aliran Kristian yang lain seperti di barat mahupun di negara kita . Sejak awal mereka tidak pernah menggunakan kalimah Allah swt sebagai merujuk kepada tuhan yang mereka sembah di dalam upacara ibadat , penerbitan dan gereja - gereja mereka. Sebaliknya mereka sering menggunakan kalimah God sebagai tuhan mereka dan Jesus tatkala merujuk kepada Nabi Isa a.s .

11. Apabila timbul isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald , ia suatu yang sangat asing maka ia mencetus kesangsian dikalangan ummat Islam . Apakah motif penggunaan kalimah tersebut ? Jika untuk tujuan ibadah , tidak pernah pula mereka menggunakan kalimah tersebut sebelum daripada ini . Inilah persoalan yang mesti diberikan penjelasan yang jujur dari pihak terbabit .

12. Kebimbangan ummat Islam adalah berasas . Penggunaan kalimah Allah tanpa motif yang jelas menimbulkan pelbagai prasangka . Apakah ini strategi mereka untuk menimbulkan kekeliruan dikalangan ummat Islam lalu memurtadkan mereka ? atau ini satu siri provokasi untuk menilai sensitiviti ummat Islam . Prasangka ini akan terus bersarang dan berlegar dalam jiwa ummat Islam .

13. Sikap saya jelas , jika mereka guna kalimah Allah secara salah , pasti mereka akan berdepan dengan penentangan dan kemarahan ummat Islam yang tidak rela Allah swt dipersenda dan diperlekehkan . Tetapi jika mereka menggunakan kalimah Allah dengan betul dan benar seperti menyebut bahawa Allah adalah Tuhan yang mencipta langit dan bumi , Allah adalah Tuhan yang mencipta manusia , Allah adalah tuhan yang memberi rezeki dan seumpamanya , maka itu tidak mengapa dan saya boleh bersetuju sekalipun yang melafazkan itu bukan muslim .

14. Menghormati mahkamah , Kementerian Dalam Negeri berhak membuat rayuan segera bagi membolehkan mahkamah mengkaji dan menyemak semula keputusan yang telah dibuat . Saya juga mengharapkan selepas ini , hakim yang mengendalikan kes mestilah juga hakim yang memahami kedudukan agama Islam dan Kristian di Malaysia . Campurtangan pihak Raja - Raja Melayu juga mungkin boleh meredakan keadaan yang kini kian panas dan tegang .

15. Insyaallah , bagi pihak Pemuda PAS senantiasa bersedia untuk berdialog dan berdepan dengan pelbagai pihak bagi menyelesaikan masaalah secara hujjah , tenang dan damai tanpa mencetus pergolakan antara agama . Kita juga melahirkan rasa kesal terhadap sikap kerajaan UMNO dan BN yang selama ini terlalu banyak mendiamkan diri dalam kes - kes yang mempersendakan Islam dan ummatnya .

01 Januari 2010

Terima Kasih BN Kerana Naikkan Harga Gula Sebagai Hadiah Tahun Baru

Posted on Friday, January 01 @ 00:00:33 PST
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Artikel Oleh: hermansamsudeen

"Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Menurut laporan Bernama, Mohd Zain berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80
sen sekilogram.

“Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.

“Tetapi memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini, sebelum ini 14-16 sen US bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen US, kerajaan perlu menaikkan harga gula, ” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd Zain berkata jika tidak, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada tahun depan sebanyak 1.26 juta tan metrik.

Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).

Katanya berdasarkan analisis kementerian, kesan kenaikan harga ke atas produk berasaskan gula adalah sangat minimum iaitu kira-kira 1 sen seperti bagi minuman dalam tin dan secawan teh tarik.

“Bagi minuman dalam tin, jika beratnya 325ml dengan anggaran kandungan gula 39 gram dan secawan teh tarik dengan anggaran kandungan gula 40 gram, kesan kepada kos kepada kedua-kedua barangan itu ialah 0.8 sen