Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 20, 2008

HALANGAN DAN RINTANGAN DALAM PERJUANGAN

Imej
MUQADDIMAH Gerakan Islam kebelakangan ini menghadapi berbagai-bagai rintangan dan halangan yang perit di dalam perjuangannya. Kita lihat sahaja apa yang berlaku kepada umat Islam di Algeria, Tunisia,Mesir, Palestin dan di merata tempat di pelusuk dunia ini umat Islam ditekan hebat oleh mush-musuh Islam yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar dunia dankuncu-kuncunya. Ini merupakan suatu sunnah dan kita sebagai pejuang Isalm perlulah melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal melanda umat di rantau ini. SEPINTAS LALU TRIBULASI UMAT TERDAHULU Secara ringkas dipaparkan di sini tribulasi umat terdahulu dalam perjuangan mereka sebagai renungan kepada kita bersama. Di antara contoh-contoh tersebut ialah: a) Nabi Ibrahim a.s. Tribulasi yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim a.s. tidak lain dan tidak bukan merupakan rentetan pertarungan antara kebenaran dan kepalsuan. Kita lihat bagaimana Nabi Ibrahim bangun menentang dan melawan cara hidup jahiliyah tanpa mengira sebarang kemungkinan