Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 31, 2008

ANWAR BONGKAR KECURIGAAN-KECURIGAAN SERIUS

Imej
dipetik dari http://kerajaanrakyat.com/?p=1794 BELUM pun selesai skandal komisyen jet pejuang Sukhoi dan kapal selam Scorpene, Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak terpalit dalam satu lagi skandal: kontrak perolehan Eurocopter menggantikan helikopter Nuri. Merasmikan sesi terakhir penggal pertama Persidangan Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membongkar kecurigaan-kecurigaan serius dalam perolehan helikopter berdaya tinggi ini. Anwar berkata demikian dengan merujuk kepada surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services, kepada Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Surat tersebut mendedahkan kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter, walhal pembida lain menawarkan helikopter berkeupayaan sama pada nilai yang jauh lebih menjimatkan. Pada 26 September lalu, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan akan menggantikan angkatan helikopter Nuri kepada Eurocopter Cougar EC725 buatan Perancis. Bagi tujuan tersebut, kerajaa

KONFRONTASI AMERIKA & IRAN , DIMANA KESUDAHANNYA

Imej
written by Mohd Azmir Hj. Maideen Jika kita meninjau akhbar-akhbar mengenai isu Timur Tengah, mahupun di peringkat global. Kita akan dapati terlalu banyak keadaan dibesar-besarkan oleh media tentang isu 2 buah negara gergasi, Amerika dan Iran. Amerika ingin menyerang Iran disebabkan projek nuklear yang cuba dibangunkan oleh negara pimpinan Presiden popular Iran, Mahmud Ahmadi Nejd. Kerana khabar angin mengenai projek nuklear Iran begitu meluas, maka Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kerap didesak oleh Amerika untuk mengheret Iran ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Amerika berkali-kali menyifatkan pembangunan nuklear oleh negara Iran itu sebagai haram, ironisnya Israel yang juga memiliki sistem pengkayaan nuklear tidak pula dicop haram oleh Amerika. Jika tindakan Amerika itu ibarat kerajaan yang berkuasa, Iran pula merupakan ketua pembangkang paling lantang di dunia. Maka, banyaklah persoalan-persoalan timbul berasaskan kesungguhan Bush untuk menyerang ne