Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 10, 2011

UMNO HANYA ADA SATU SENJATA - MOHD SABU

Imej
Dilulus untuk paparan oleh PenggaliKubur   SHAH ALAM 10 JUN : Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk 'menghapuskan' seteru politik mereka, Umno-Barisan Nasional kini hanya memiliki satu sahaja lagi senjata iaitu isu perkauman. Menurut Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu, sejak sebelum mahupun selepas merdeka, Umno menggunakan pelbagai cara untuk menentang lawan mereka termasuk Burhanuddin Hilmi, Haji Abbas, Ahmad Bustamam dan ramai lagi dengan mengaitkan mereka dengan komunis. Malah peristiwa bagaimana seorang ulama ditumbangkan oleh regim Umno dalam tragedi Kampung Memali tentunya masih berbekas di hati rakyat. Walau bagaimanapun, meski sudah ramai musuh yang ditewaskan, termasuk yang ditahan di bawah akta zalim, Umno kian buntu mencari jalan untuk menghalang kebangkitan rakyat apatah lagi dengan bersatunya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), DAP dan KEADILAN di bawah Pakatan Rakyat. " Sekarang ini yang tinggal kepada mereka hanyalah perkauman seba...