Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 2, 2008

MENGUMPAT UMNO /BN SATU KEWAJIPAN SYARAK

Imej
Dalam pengajian ilmu Hadis, akan ketemu satu ilmu yang bernama Ilmu Jarh wa Ta’dil atau terjemahan melayunya dikenali sebagai ilmu “menerangkan kecacatan perawi (maki) dan meninjau adil perawi”.Ilmu ini sebenarnya sebahagian dari ilmu “rijal Al-Hadis” yang lebih membicarakan berkenaan sejarah hidup para perawi hadis-hadis nabi SAW.Ilmu ini adalah antara ilmu yang penting dipelajari. Ianya bertujuan untuk memastikan sesuatu hadis itu tidak dicemari oleh unsure-unsur yang merosakan disamping dapat memastikan sesuatu hadis itu palsu atau tidak.Ilmu ini diasaskan kepada firman Allah; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ Maksudnya;“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahila...

BERGERAK MEMATIKAN HANDSET KETIKA SEDANG SOLAT

Imej
SOALAN; Sebahagian daripada muslim kini, ketika mereka masuk untuk menunaikan solat, mereka lupa hendak mematikan handset, lalu ketika solat sedang di tunaikan, handset tersebut berbunyi.a. Apakah hukum membiarkan handset tersebut berbunyi?b. Jika wajib, bagaimanakah cara untuk melakukannya, sedangkan bergerak didalam solat adalah antara perbuatan yang boleh membatalkan solat?Sekian, Terima Kasih. JAWAPAN;Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam kepada junjungan besar yang dikasihi, Rasulullah SAW, Ahli Keluarga, Para sahabat, tabiin, tabii tabiin dan seluruh umat Islam yang berada dari timur hingga ke Barat.Adapun selepas daripada itu;Apabila handset berbunyi ketika solat sedang didirikan, maka mematikannya adalah wajib. Membiarkannya berbunyi yang sememangnya mengakibatkan gangguan ketika menunaikan solat, hukumnya menjadi haram. HUKUM MENGGANGGU ORANG SOLAT Berkata Abu Sa’id al-Khudri, Aku dengar Rasulullah SAW bersabda; إذَا صلى أحدكم إلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَ...