Catatan

Tunjukkan catatan dari September 18, 2008

Pas akan sertai perubahan kerajaan dengan syarat islam memandu

Imej
Izwan Abdul Halim Thu Sep 18, 08 1:31:35 pm MYT KOTA SARANG SEMUT, 18 Sept (Hrkh) - PAS akan tetap menyertai perubahan kerajaan dengan syarat kerajaan itu nanti mestilah dipandu oleh Islam. Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan Ceramah Nuzul Quran Dan Penjelasan Isu 16 September di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam. "Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan. "PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS," tegas beliau yang disambut dengan laungan takbir. Menurut beliau, jika syarat ini tidak dipenuhi, PAS tidak akan menyertai perubahan tersebut. Pun begitu, katanya, sehingga hari ini PAS melihat tanda-tanda

SUASANA ISLAMIK MULAI DIRASAI DI BANDARAYA IPOH

Imej
Ihya' Ramadhan anjuran kerajaan negeri mulai menghidupkan suasana Islamik di bandararaya Ipoh setelah dilancarkan 4 September yang lalu oleh YAB MB Perak Darul Ridhuan. Bermula pada malam 15 Ramadhan dan seterusnya setiap malam sehinggalah kemuncaknya pada 27 Ramadhan.Dataran Bandaraya Ipoh tidak lagi dikunjungi oleh kaki lepak, mat rempit dan remaja yang berpasang-pasangan. Sebaliknya kini, ia kunjungi oleh orang ramai untuk berbuka puasa, solat Maghrib, Solat Isya', tarawikh berjamaah dan tazkirah. Program julung-julung kali ini diadakan mendapat sambutan yang baik oleh seluruh lapisan masyarakat. Pengisian utama program Ihya' Ramadhan ini ialah Tazkirah yang disampaikan oleh para pendakwah dari seluruh negara. Peluang ini digunakan bagi menyampaikan mesej dakwah kepada penghuni bandaraya Ipoh. Selain itu, semua pejabat-pejabat kerajaan diarahkan oleh MB Perak supaya mengerjakan solat Zohor berjamaah dan diikuti oleh Tazkirah. Bangunan Perak Darul Ridhuan yang menempatkan

Datuk Seri Anwar mungkin tahanan ISA berikutmya ! - Parlimen Ampang

Imej
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara. Kini jelas tindakan tersebut merupakan satu cara bagi mengagalkan misi penubuhan kerajan baru sekaligus mahu memerangkap Anwar di bawah tahanan ISA. Ini dapat di perkuatkan lagi dengan kenyataan beliau di mana Anwar kini mengancam keselamatan negara dan mungkin tindakan segera akan di kenakan terhadap beliau. Sedang Barisan Nasional terdesak pelbagai cara yang langsung tidak bermain di fikiran kita di lakukan. Lihat sahaja penukaran portfolio yang di lakukan.Makin jelas kelihatan tujuan sebenar penukaran portfolio antara Najib Tun Razak dan Abdullah Ahmad Badawi yang kini menteri pertahanan. Namun pembentukan kerajaan baru tidak boleh di halang kerana ia merupakan kebangkitan rakyat.Perdana Menteri juga menyalahkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas tindak-tanduk Anwar selama ini yang bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi ju