Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 28, 2009

SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK BOLEH DI ADAKAN, NAJIB BERI KENYATAAN BERCANGGAH

28 Februari 2009 Najib Tun Razak mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu. Kenyataan Najib ternyata terkeluar dari kuasa Speaker dan Dewan Undangan Negeri yang tidak ada kaitan apa-apa kes di Mahkamah. Dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.Sekiranya kes ini perlu diselesai dahulu baharu sidang DUN boleh diadakan berarti sampai bilakah sidang akan dapat dilakukan. Alasan Najib nampak sangat tidak cerdik dan tanpa panduan dari penasihat yang tahu undang-undang. Kalaulah setahun atau dua tahun kes belum selesai di Mahkamah maksud Najib dengan kenyataan nya itu sidang tidak boleh diadakan. Sedangkan sidang DUN mesti diadakan paling lewat setiap 6 bulan sekali., Apa akan jadi. Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak,...

Pak Samad : Anak Muda Kena Guna " Bahasa Undi:

Imej
28 February 2009 Pak Samad :Anak Muda Kena Guna ‘Bahasa Undi’ Dungun – Rakyat Dungun – Rakyat disaran menggunakan ‘bahasa undi’ untuk mengajar pimpinan Melayu yang bakal ‘membunuh’ bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan. Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di perkarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin. Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya. “Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda. “Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu,” tegasnya. Menurutnya, Umno-BN memperkecilkan golongan...

Dato L.A cuba halang sidang DUN tergempar !

Imej
February 28, 2009 · Print This Article L.A ARAH SU DUN JANGAN HANTAR NOTIS SIDANG PD ADUN IPOH (27 Feb): Penasihat Undang-undang Negeri Perak sedang berusaha menghalang usaha untuk menghantar notis kepada adun-adun Perak berhubung dengan persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan Selasa, 3 Mac. Menurut Pengerusi DAP Perak Dato Ngeh Koo Ham, penasihat undang-undang Datuk Ahmad Kamal Mohd Shahid, telah mengarahkan Setiausaha Dewan agar tidak menghantar notis mengenai persidangan tergempar itu. ” Usaha ini adalah “menghina DUN” dan mereka berkenaan boleh dihukuman di bawah peraturan dewan, ” katanya sambil menegaskan bahawa Ahmad Kamal tiada hak untuk mencampuri urusan DUN. “Beliau bukan penaihat kepada DUN. Dia tidak boleh menghalang proses dan keputusan akhir sama ada untuk menghantar notis itu berada di bawah bidangkuasanya. Speaker akan mencari kaedah bersesuaian untuk menghantar notis jika halangan itu berterusan,” kata Ngeh pada persidang media Dua usul...

Sokongan kepada Nizar akan terjawab 3 Mac ini ?

Imej
Saturday, February 28, 2009 (*) Bloggers@HOT - ..sokongan kepada Nizar akan terjawab 3 Mac ini ? Ekslusif @ Krisis Perak BN Perak tuduh sidang DUN tidak sah, PerakBangkit bilang [ link ] Sivakumar berdusta dan telah derhaka kepada Sultan Perak - ini kenyataan yang menyanggah serangan dan fitnah yang dilemparkan. ADUN Chenderiang, Dr Mah Hang Soon menyifatkan tindakan Sivakumar itu telah melanggar titah Sultan Perak dan menuduh Sivakumar tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan. “Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan?” katanya ketika memberi reaksi terkejut terhadap tindakan Speaker untuk memanggil sidang Dun 3 Mac ini. “Dia (Sivakumar) ini macam tidak tahu undang-undang dan membuat keputusan tanpa rujuk kepada Sultan. Mana boleh adakan sidang DUN tanpa dapat perkenan Sultan? Oleh itu, keputusan yang Speaker buat pada hari ini adalah tidak sah. Kita kena bertindak ikut undang-undang dan kena mengene...

80% tidak bersetuju sidang tergempar rumitkan keadaan

Imej
U ndian SMS Edisi 7 malam ini menyaksikan 80% tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri perak yang dipanggil oleh Speakernya V.Sivakumar akan merumitkan lagi keadaan krisis politik di Perak. Ia jelas menunjukkan bahawa rakyat amat berharap sidang DUN itu dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi meredakan ketegangan ekoran krisis politik di perak akibat dari rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO-BN yang didalangi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan. Ia dipercayai bagi membincangkan krisis politik di negeri itu sejak awal bulan ini, susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan gagasan itu dan menyatakan sokongan kepada BN. Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan hadir kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir dan enam an...

Mujahid - Nizar masih Menteri Besar Perak

Imej
A hli Parlimen Parit Buntar, YB Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin masih seorang Menteri Besar Perak. Di dalam penjelasannya di Dewan Rakyat semalam beliau menyatakan hanya ada 3 cara untuk melucutkan seseorang menteri besar iaitu 1) Bubar dewan undangan negeri 2) Undi tidak percaya 3) Menteri Besar itu meletak jawatan Ketiga-tiga hal diatas tidak berlaku, justeru itu perlantikan Zambry sebagai Menteri Besar tidak boleh diterima kerana Menteri Besar masih ada dan tidak berlaku pun perlucutan jawatan Menteri Besar yang ada berdasarkan Artikel 16 yang perlu dibaca dengan kurungan 6. Di dalam satu kenyataannya lain beliau menyelar tindakan rasuah RM20 juta untuk dua orang ADUN Perak untuk isytiharkan bebas atau melompat masuk UMNO sebagai satu tindakan yang terdesak, terkutuk, keji dan jelek. Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripa...

Sidang tergempar DUN ke arah selesaikan krisis Perak

Imej
27 Februari 2009 Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang kelihatan boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut. Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini. Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN. Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini. Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. AUN Bota , Nasharuddin Hashim yang mulanay berada dalam Pakatan Rakyat selama 11 hari juga kembali kepangkuan BN. Speaker membenarkan kesemua Adun...