29 September 2011

Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu


| Print |
Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud.

"Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

"Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," katanya.

Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta 23 ahli mesyuarat yang lain.

Sebelum ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat diarah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah mencapai pendirian bersama pada mesyuarat malam ini.

Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9 malam tadi antara lain bagi mencari pendirian bersama berhubung perbezaan pandangan antara ketiga-tiga parti dalam isu hudud.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat," kata Anwar lagi.

Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantar agar melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri.

Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu.

Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian.

Najib pula dalam jawapannya berkata, beliau tidak akan memberikan kebenaran itu walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata sedia untuk berbuat demikian.

Parti MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Ekoran itu, DAP juga membuat kenyataan akan keluar Pakatan Rakyat jika pakatan setuju menjadikan agenda hudud sebagai agenda bersama Pakatan.

Ia terus panas apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kerelaan jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.
Berikut adalah kenyataan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diperakui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut.
Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.
Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.
Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk  pendirian PAS berkenaan hukum syariah.
Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.
Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.
Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai  Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakya

27 September 2011

Jangan Sampai Terpesong Akidah

Kenapa bila sebut pasal Melayu tidak itu dan tidak ini ramai yang melenting. Ada saja orang yang marah. Yang dah pencen dan dah takde gigi pun nak turut serta melenting. Kononnya pejuang Melayu. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Berebut nak masuk surat khabar kerana nak bagi ulasan. Bila agama dihina, buat tak tahu saja. Malah ramai pulak yang keluarkan pendapat ikut akal dan buah fikiran sendiri. Hal ehwal agama, terutama hal perundangan dan aqidah janganlah ambil remeh dan ambl mudah. Takut nanti tersalah cakap nanti terpesong pulak aqidah kita.

Kalau kita tak boleh menyelesai masalah jangan pula jadi penyakit yang menyusahkan orang lain. Kalau tentang bangsa melayu, jangan ada orang yang tersalah cakap, wow! ada yang sanggup mati. Ingat lah bangsaku, yang dinilai dan ditanya nanti bukan bangsa kamu, tapi agama kamu. Jangan menyesal kemudian hari, buruk padahnya.


p/s...istighfarlah..selagi pintu taubat masih terbuka.

Saman Di Jalan Raya Semakin Hebat

27 Sept 2011 Selasa  -  Saya baru sahaja balik dari 'travel', sepanjang perjalanan saya telah bertemu dengan 4 road block. Nampaknya kuda putih sedang giat menjalankan aktiviti saman menyaman. Apalah tandanya agaknya. Yang saya kurang berkenan ialah terlalu jelas sangat polis kita turun padang untuk mencari mangsa untuk disaman. Tidak nampak langsung gaya mereka untuk mendidik rakyat supaya berkhemah dijalan raya.

email dari hamba Allah.

p/s ... kan bagus kalau Malaysia diperintah dengan oleh orang yang lebih adil, takde lah rakyat didahulukan.

Pandangan tentang Hudud




Gambar: Antara Bas Yang Dinaiki Najib Rosmah Dengan TG Nik Aiz. Jom Cari Perbezaan

26 September 2011

Chandran: Penentang Hukum Hudud Adalah Golongan Jahil



Hudud dianggap ‘produk’ mulia

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Terengganu, Dr B Chandran menganggap DAP, MCA dan Gerakan yang menentang pelaksanaan hukum hudud sebagai jahil.

Menurutnya, mereka berbuat demikian bukan kerana sengaja, sebaliknya tidak mendapat penjelasan sewajarnya dan ditakut-takutkan dengan kenyataan pihak tertentu yang berkepentingan, sehingga hudud digambarkan sebagai hukum yang zalim.

Beliau berkata, perkara sedemikian pernah berlaku kepada beliau sendiri apabila gambaran-gambaran negatif diceritakan pihak tertentu sehingga pendapatnya serupa dengan orang bukan Islam lain yang menentang hukum itu.

“Mereka bukan mahu menentang kerana sengaja tetapi kerana jahil, apabila mereka tahu, tiada masalah. Itu yang saya nampak dan tidak boleh sesekali marahkan mereka. Orang bukan Islam langsung tidak belajar mengenai hudud.

“Dahulu pun saya begitu, dengar macam-macam seperti hukuman potong tangan dan potong kaki tetapi apabila mula belajar, saya melihat hudud tiada kecacatan,”
katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.

Mengulas lanjut, penolakan orang bukan Islam terutama parti politik adalah kerana mereka sangsi jika pelaksanaan hudud kelak akan memaksa mereka untuk menutup operasi premis penjualan arak.

Beliau berkata, mereka yang mengaitkan perkara itu akan berasa tidak selesa sedangkan bagi sesetengah pihak terutama orang bukan Islam, arak adalah salah satu keperluan dalam budaya mereka.

“Bagi saya, orang bukan Islam nampak apabila hukum hudud ini dilaksanakan, mereka dipaksa tutup premis arak. Itu adalah hukum jenayah Islam dan mereka tidak faham. Kalau kita katakan DAP, secara keseluruhannya parti itu mewakili orang Cina dan ada yang menjalankan perniagaan arak, sebab itu mereka membantah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang Islam memberi penjelasan sebenarnya mengenai hudud dan tidak sesekali memberi gambaran salah, selain mengetepikan fahaman politik.

Menurutnya, orang Islam terutama tokoh-tokoh Islam adalah ‘jurujual’ terbaik untuk menjelaskan mengenai perkara itu sambil menyifatkan hudud sebagai ‘produk mulia’ yang diturunkan Tuhan.

Bagaimanapun, B Chandran berkata, realiti yang dilihatnya ketika ini, ‘produk’ itu tidak akan mendapat sambutan sekiranya ‘jurujual’ tidak mampu mempromosikannya dengan kaedah terbaik kepada pengguna.

“Hudud adalah daripada Tuhan dan ia adalah produk yang mulia. Anda ada produk yang baik tetapi tidak guna juga jika ada jurujual yang tidak baik. Kalau kita tengok orang putih (Inggeris), sekalipun produk mereka tidak baik tetapi jurujualnya baik, mereka berjaya menarik pelanggan,” katanya.

Kota Bahru – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melihat negara ini lebih baik menerima hudud daripada melaksanakan hukuman mati mandatori yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Menurutnya, hukuman gantung sampai mati menyebabkan keluarga merana, hilang tempat berlindung sedangkan hukum hudud, qisas dan takzir tidak sedemikian.

“Lebih baik terima hudud daripada hukuman mati mandatori, kenapa kita nak takut dengan hudud?

“Kita orang politik hanya nak masukkan enakmen hudud dalam senarai hukum mahkamah syariah Negeri Kelantan untuk diguna pakai hakim,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan di Dataran Wawasan, di sini semalam.

Katanya, bila berlaku kes, hakim menentukan ada prima facie atau sebaliknya dan kalau ada, ia boleh dijalankan dengan masing-masing boleh menggunakan khidmat peguam.

Mengenai perbezaan pendapat dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai hasrat Pas melaksanakan hudud, Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya tidak timbul lagi masalah mengenainya.

“Saya hormati dia sebagai orang lama berkecimpung dalam bidang perundangan, tidak timbul masalah balah (berselisih pendapat) saya dengan dia.

“Apa yang penting sekarang ini ialah memahami hasrat sebenar Pas untuk melaksanakannya di Kelantan dan orang Islam sendiri kena faham bahawa hudud ini bukan kerja Pas, ia ‘sama jadi’ dengan al-Quran,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang turut menyokong hudud, beliau berkata, itu yang sebaiknya kerana umat Islam perlu lebih rapat.

“Alhamdulillah, kita nak makin rapat macam tu, mana boleh kita orang Islam nak tolak hukum Islam,” katanya. -SH

Imej mewah Rosmah guris hati rakyat - SAMM


| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 26 Sept: Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bermewahan amat mengguris hati rakyat yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian.
“Ia umpama mencurah garam ke luka rakyat,” demikian antara resolusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang telah mengadakan Rapat (Pengurusan) Kebangsaan yang menghimpunkan penyelaras kebangsaan dan negeri dari seluruh negara selama dua hari di Shah Alam yang berakhir semalam.
SAMM dalam satu kenyataan menyatakan rapat kali kedua ini berjaya mengumpulkan orang sumber dari pelbagai latar belakang dan penuh dengan sesi diskusi sehingga menghasilkan idea pelaksanaan praktikal.
Sempena rapat itu, SAMM telah mencapai 10 resolusi penting yang perlu diangkat.
SAMM ialah sebuah gerakan radikal muda bebas bukan 'front' mana mana parti politik tetapi sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik mahupun apa jua organisasi untuk menyelamatkan negara dari kerakusan pemerintah korup yang kedudukan indeks rasuahnya yang parah mengikut beberapa statistik badan dunia.
Demokrasi negara ini sedang 'tenat' apabila kadar kepercayaan rakyat terhadap proses pilihan raya amat rendah, SAMM menyokong usaha telus penambah-baikkan sistem pilihan raya dan mendesak PRU WAJIB hanya boleh diadakan selepas proses penambahbaikan selesai.
Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMM melancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalam  menyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.
SAMM meyakini pemansuhan ISA adalah kejayaan desakan rakyat dan perlu diteruskan terhadap undang-undang 'draconian' lain seperti AUKU. SAMM gesa rakyat jangan termakan gula-gula pengumuman. Undang-undang tidak boleh mansuh dengan pengumuman tetapi pemansuhan harus dilakukan di Parlimen. Selagi tidak dibawa ke parlimen pengumuman pemansuhan tidak bermakna dan tidak boleh dipercayai lagi.
Isu-isu yang menyentap sensitiviti agama dan perkauman serta permainan politik lucah yang tidak langsung menguntungkan rakyat harus segera dihentikan. Tumpuan sumber dan tenaga harus ditumpukan kepada bagaimana membantu rakyat yang semakin susah.
Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 manakala bagi Sabah, Sarawak pula 1963. Maka SAMM dengan tegas mengatakan semua organisasi dan individu yang berjuang melawan penjajah sebelum tarikh merdeka wajar diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.
SAMM menegaskan semua keperluan asas rakyat seperti pembekalan eletrik,air,lebuhraya perlu dimiliknegarakan. Pendidikan serta perkhidmatan kesihatan percuma tidak boleh dikompromi. SAMM menggesa rakyat agar menjadikan ini sebagai agenda utama penilaian ketika PRU nanti.
Menyedari betapa pentingnya kesedaran dan kepedulian di kalangan anak muda, Rapat SAMM kali ini membuat keputusan SAMM harus punya sekolah politik dan jabatan penyelidikan bagi memantapkan pemahaman politik dan kesedaran hak warga dikalangan anak muda.
SAMM menentang keras pengkhianatan pemerintah terhadap kedaulatan negara yang mengagihkan taraf kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya.
SAMM juga menyeru supaya rakyat menolak SEMUA ahli politik atau kaum keluarganya yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan mengumpul kekayaan. Imej Rosmah Mansor bermewahan amat mengguris hati rakyat yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian. Ia umpama mencurah garam ke luka rakyat.
Kenaikan harga barang semakin menghimpit, ini diparahkan lagi dengan kewujudan cukai terus kepada pengguna seperti GST/VAT. Adalah satu pembohongan sistem cukai terus kepada pelanggan belum dilaksanakan. SAMM menuntut pemerintah segera bertindak membatalkan sistem cukai yang menjerut leher rakyat. Sistem cukai ini memberi ruang selesa kepada korporat dengan mengalihkan cukai kepada peniaga besar kepada rakyat.
Negara semakin berada di bawah kawalan korporat besar. Indeks jenayah kononnya dikatakan turun, tetapi amat berbeza dengan realiti kerana setiap hari jenayah terus kepada rakyat seperti ragut, rompakan (rumah seumpamanya), bunuh, ugut semakin meningkat. Yang dikatakan turun hanyalah kerana diberi tumpuan kepada jenayah skala tinggi seperti rompakan bank dan seumpamanya. Ini memberi persepsi negara dikawal pemodal dan korporat besar. Indeks jenayah yang mempengaruhi turun indeks jenayah negara ialah jenayah besar yang jejas korporat besar, tetapi bagaimana dengan jenayah yang semakin menggila yang berlaku terus kepada rakyat.
SAMM mendapati negara ini bukan sekadar di ambang krisis tetapi sudah memasuki pintu krisis dan perlu diselamatkan segera.
SAMM melihat anak muda harus menjadi pelopor politik nilai. Dalam isu membela hak rakyat dan memberdaya anak muda, SAMM mengajak anak muda agar tidak kompromi, tidak ada istilah kedurjanaan yang harus dihalalkan untuk mencapai matlamat baik.
Untuk maksud resolusi, serentak dengan itu juga dirancang pelbagai aktiviti dengan pendekatan radikalisme muda.
Selamatkan negara.

21 September 2011

MAT SABU MENGAKU TAK BERSALAH






MAT SABU MENGAKU TAK BERSALAH - mkini

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Bangladesh: Malaysia patut hantar nota protes

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Kerajaan hendaklah menghantar nota protes kepada kerajaan Bangladesh kerana kecuaian yang menyebabkan penyiaran tuduhan yang memalukan Malaysia dalam laman web pejabat Perdana Menteri negara itu, kata Datuk Mahfuz Omar.

Kerajaan juga hendaklah memanggil Duta Bangladesh ke negara ini bagi menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap kecuaian yang menyebabkan nama Malaysia tercemar itu.

"Itu pun jika benar dakwaan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh bahawa kerajaan Bangladesh tidak menyedari mengenai artikel itu," katanya.

Jumaat lalu, laman Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh dikesan menyiarkan artikel yang mengesahkan sebilangan pekerja negara itu dalam beberapa sektor di Malaysia diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu serta diberi hak mengundi dengan syarat mereka mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa.

Artikel itu menyatakan ia memetik "sumber yang boleh dipercayai" dari Pejabat Perdana Menteri Bangladesh.

"Apa yang tersiar itu amat memalukan negara  dan adalah amat pelik dan ganjil jika kerajaan negara ini berdiam diri begitu sahaja.

"Jika benar kerajaan Bangladesh tidak sedar dan tidak terlibat dengan penyiaran artikel itu, ia tetap bersalah atas kecuaian sehingga menyebabkan artikel tersebut tersiar begitu lama dalam laman web pejabat Perdana Menteri negara itu.

"Kerajaan Malaysia perlu membersihkan namanya dengan menghantar nota protes dan memanggil duta Bangladesh bagi menyampaikan rasa tidak puas hati," kata Mahfuz (gambar).

Jika kerajaan enggan membersihkan namanya, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, ia akan menguatkan lagi keyakinan umum bahawa perkara itu memang berlaku memandangkan apa yang tersiar dalam laman web itu mempunyai persamaan yang sangat ketara dengan apa yang berlaku dalam negara ini.

Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak pendedahan mengenai warga asing yang diberikan status kerakyatan dan kemudian disenaraikan dalam daftar pemilih.

Daftar Pemilih yang bersih adalah salah satu dari lapan tuntutan utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Tuntutan lain ialah supaya SPR mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
harakahdaily

19 September 2011

Jamuan Hari Raya di Rumah YDP PAS Taiping

 Tetamu sedang menikmati juadah
 Pelajar PASTI turut serta memeriahkan Jamuan Hari Raya
 Dapat dut rayeeee....
 Pelbagai menu di sediakan..paling laris bihun sup


Hah..duit abis dahhh...

16 September 2011

Milik siapakah kemerdekaan ini?

Milik siapakah kemerdekaan ini?

,
16 SEPT 2011 — Sejak 1511 negara kita sudah dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun dan British lagi sehingga negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Selama  rakyat kita tertakluk kepada penindasan dan pemerasan penjajah, maka selama itulah akan wujudnya gerakan antipenjajah oleh pejuang-pejuang negara kita.
Tiada penjajah yang akan melepaskan kepentingannya dalam tanah jajahannya secara suka rela dan aman. Justeru, dalam perjuangan menentang penjajah, tiada kemenangan yang akan dicapai tanpa pengorbanan. Demikian jugalah halnya dengan pencapaian kemerdekaan negara kita.
Pemimpin Umno sering suka menggembar-gemburkan bagaimana kemerdekaan negara kita telah dicapai tanpa mengalir setitik darah pun.
Padahal banyak pengorbanan (termasuk darah dan nyawa) telah ditanggung oleh wira-wira anti-British kita seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman di Pahang, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan, Datuk Maharajalela dan Si Puntong di Perak, Dol Said di Negeri Sembilan/Melaka dan puluhan pimpinan yang lain yang kini lenyap dari sejarah seperti disebut oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Lebih dekat lagi, perjuangan anti-Jepun dan anti-British yang dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM), Pusat Tenaga Rakyat yang terdiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar dan Hizbul Muslimin, serta All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang merupakan gabungan yang diterajui Malayan Demokratic Union dan lain-lain.
Bila Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohammad, Moktaruddin Lasso, Abdullah C.D., Rashid Maidin dan lain berjuang menentang penjajah British pada 1930-an dan 1940-an. Begitu juga, ketika PKM melancarkan perjuangan anti-British pada masa yang sama dan selanjutnya memimpin perang antipencerobohan Jepun pada 1942-45, Umno masih belum lahir lagi.
Memang benar perjuangan Umno tidak melibatkan pengaliran darah walau setitik pun. Namun ratusan ribu pejuang dan rakyat biasa yang tidak berdosa telah berkorban dalam proses perjuangan anti-British dan perang anti-Jepun.
British kembali ke Tanah Melayu selepas Jepun menyerah diri dan tamatnya Perang Dunia Kedua. Cadangan Malayan Union telah dikemukakan untuk tujuan memindahkan kuasa menjalankan undang-undang oleh sultan kepada pihak penjajah British, memisahkan Singapura daripada Semenanjung Tanah Melayu serta memberi kerakyatan kepada bukan Melayu.
Di satu pihak, gabungan PUTERA-AMCJA yang merupakan gerakan perjuangan rakyat telah mengemukakan cadangan Perlembagaan Rakyat untuk menggantikan cadangan Malayan Union yang menimbulkan kontroversi hebat pada 1946.
Perlembagaan ini merupakan hasil perbincangan antara Dr. Burhanuddin, Ishak Muhammad, Tan Cheng Lock. J.A. Thivy, Ahmad Boestamam, Chan Loo dan Gerald de Cruz, yang bisa diterima oleh semua bangsa.
Prinsip-prinsip utama Perlembagaan Rakyat adalah seperti berikut:
— Singapura hendaklah disatukan dengan Tanah Melayu
— Satu kerajaan pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih
— Raja-raja Melayu akan mempunyai kuasa yang sebenar bertanggungjawab kepada rakyat melalui Majlis Mesyuarat
— Satu perlembagaan baru bagi Tanah Melayu, menyediakan keistimewaan tertentu bagi kemajuan orang Melayu dari segi politik dan ekonomi
— Adat istiadat Melayu dan agama Islam dikawal sepenuhnya oleh orang Melayu melalui Majlis Khas
— Kerakyatan yang serata bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup merubahkan kesetiaannya tanpa berbelah bahagi
— Bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi Tanah Melayu
— Pertahanan dan hal ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan British
— Kerakyatan Tanah Melayu haruslah dinamakan Melayu
— Merah putih haruslah dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu
Maklumlah cadangan Perlembagaan Rakyat telah pun ditolak oleh penjajah British, yang sedia bekerjasama dengan Umno melalui cadangan Perlembagaan Persekutuan demi menjaga kepentingan British.
Bila British menguatkuasakan Akta Darurat 1948, dianggarkan sejumlah 5,362 orang pejuang anti-British telah ditangkap dan dipenjarakan di kem-kem tahanan politik penjajah.
Malah statistik yang diperoleh dari Pejabat Tanah Jajahan menunjukkan bahawa jumlah tahanan darurat sepanjang 1948 hingga 1960 mencecah 29,857 orang.
Tidak dapat dinafikan bahawa Umno telah bersekongkol dan mewarisi dasar-dasar penjajah British yang tidak demokratik dan antirakyat terutamanya dalam perkara-perkara berikut:
— Menyokong penguatkuasaan Akta Darurat 1948 untuk menindas perjuangan menuntut kemerdekaan yang dipelopori oleh PKM dan gabungan PUTERA-AMCJA
— Bersubahat dengan penjajah British untuk menggagalkan Rundingan Damai Baling pada 1955
— Mewarisi dan melaksanakan undang-undang zalim untuk menindas parti-parti pembangkang amnya, dan khasnya parti-parti berfahaman kiri, termasuk Parti Buruh Malaya, Parti Rakyat Malaya dan Parti Sosialis Malaysia
— Tidak mengaku sumbangan gerakan perjuangan politik kiri yang telah banyak berkorban dalam perjuangan mereka
— Terus merupakan kuasa reaksioner yang merintangi proses pendemokrasian dan reformasi politik negara kita
Demi menafikan perjuangan menentang penjajah British dan sumbangan politik kiri, Prof Dr Zainal Kling dengan alasan teknikal cuba menegakkan benang basah — Tanah Melayu tidak pernah terjajah oleh British.
Majlis Profesor malah menegaskan bahawa perjuangan gerakan politik kiri, termasuk komunis bukan perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu.
Sebaliknya dianggap “penderhakaan” kerana kononnya mahu menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik. Bukankah kuasa-kuasa dan kedudukan istimewa Melayu telah pun terjamin oleh Perkara-Perkara 3,4,5 dan 7 cadangan Perlembagaan Rakyat itu.
Padahal sumbangan PKM dalam mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan negara kita telah pun diakui kerajaan Malaysia melalui ketua delegasi perunding, Rahim Noor di Phuket menjelang penandatanganan Perjanjian Haadyai 1989.
Kata Rahim Noor: “Malaysia tidak menafi atau mempertikaikan sumbangan PKM dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Sedangkan sekadar mana sumbangan ini, tak payahlah berbahas dalam forum ini. Isu ini boleh ditinggalkan bagi ahli-ahli sejarah.”
Jika kerajaan Malaysia tidak menafi dan mempertikaikan sumbangan PKM dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara, kenapa mengeksploitasikan ulasan Mat Sabu mengenai Mat Indera untuk melancarkan kempen anti-PKM secara besar-besaran dan sepihak, tanpa diberi peluang yang adil bagi pihak PKM membela diri?
Malah disiarkan karikatur dan keterangan yang amat melampau untuk membakar sentimen kaum dan agama agar menimbulkan perasaan dendam terhadap PKM.
Adakah Perjanjian Haadyai sudah dicampak ke dalam jamban? Tidakkah kempen antikomunis yang kegila-gilaan ini akan menjejaskan hubungan baik antara negara kita dengan komunis China, negara komunis yang dianggap oleh Perdana Menteri kita sebagai komunis yang baik?
Di bawah pemerintahan lebih setengah abad oleh Umno-BN yang mewarisi dasar-dasar menindas dan antirakyat penjajah British, yang hingga sekarang masih terus memusuhi pejuang-pejuang tulen yang telah pun banyak berkorban dan memberi sumbangan kepada pencapaian kemerdekaan negara kita, jelas sekali membuktikan kemerdekaan seperti ini masih belum dimiliki rakyat jelata.
Dalam konteks ini, proses kemerdekaan negara kita pada hal masih belum selesai lagi.

Oleh Lee Ban Chen

12 September 2011

Isu dijajah: Siapa pemerintah sebenar sebelum 1957, PAS tanya Dr M

KUALA LUMPUR, 12 Sept ─ “Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957? Sultan atau British,” demikian salah satu persoalan dikemukakan oleh pemimpin Pemuda PAS hari ini. Pagi tadi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi penjelasan kepada pandangan kontervesi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) melalui jurucakapnya Prof Dr Zainal Kling di mana menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British manasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini.
Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaizat juga bertanya kepada siapa rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh.
Malah soal beliau, apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada pahlawan Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Baharu pada 1915.
“Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut?
“(Dan), apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda Sultan?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Suhaizan menambah, apakah salah “kita menganggap Umno sebagai anak emas perintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan?”
Oleh itu kata beliau, Pemuda PAS Johor mewakili anak-anak muda Malaysia mahu penjelasan daripada Dr Mahathir dan para sarjana sejarah mengenai persoalan-persoalan-persoalan itu.
Suhaizan berkata, bagimanapun hakikatnya British bukan menasihat baginda tetapi British telah mengarahkan baginda mengikut telunjuk mereka.
“Bermakna British lebih berkuasa daripada baginda Sultan pada waktu tersebut,” katanya. - Malaysian Insider

11 September 2011

Abang Mat Komunis, Penipuan SPR Tenggelam

        Mengaitkan Mat Sabu dengan komunis adalah untuk mengaburkan rakyat tentang penipuan SPR. Isu yang diutarakan oleh Abang Mat Sabu adalah isu lama, hampir setiap tahun beliau mengutarakan isu ini. Kenapa dulu beliau tidak dikaitkan dengan kamunis.

         Sebenarnya kerajaan barisan nasional ingin mengalih pandangan rakyat terhadap penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihanraya terutama masyarakat luar bandar. SPR bagai cacing kepanasan apabila tembelang mereka dapat dikesan, di mana terdapat penipuan dalam Daftar Undi yang sedang dijalankan dalam menghadapi PRU 13 yang sedang hangat diperkatakan.

        Sebab itulah, Abang Mat dihentam bertubi- tubi untuk menyembunyikan pekung di dada mereka. Rakyat hendaklah peka terhadap isu semasa agar tidak terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah Kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO.

Cukai Perkhidmatan Telekomunikasi Prabayar

KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

— BERNAMA
p/s: Agaknya apa lagi yang akan dinaikan harga oleh kerajaan Barisan Nasional. Slogan "Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Diutamakan" semakin melebarkan sayapnya apabila kerajaan semakin menekan rakyat dengan kenaikan harga barang dan cukai. Apabila ditanya mengapa, jawapannya seolah- olah ada mesin yang menjawab, "KERAJAAN TERPAKSA MENANGGUNG SUBSIDI". Rasanya kerajaan bukan terpaksa menanggung subsidi, tetapi kerajaan terpaksa menanggung KRONI dan BINI. Fenomena ini adalah sangat ketara bukan sukar untuk difahami. Kalau dibiarkan memerintah lebih lama, nak masuk masjid dan surau pun ada tempat bayaran seperti tol.

07 September 2011

CEMAS: Bas Express Diserang Di Plaza Tol

PECAH...cermin bas yang rosak selepas diserang sekumpulan empat samseng lebuh raya, malam kelmarin.


IPOH: “Saya terkejut apabila dihujani tumbukan dan tidak dapat mempertahankan diri ketika diserang,” kata pemandu kedua sebuah bas ekspres yang dibelasah sebelum disamun sekumpulan ‘samseng lebuh raya’ di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, Trans Liam, 45, cedera di kepala dan anggota badan selepas dibelasah dua lelaki dan dua wanita berhampiran kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira dua kilometer dari Plaza Tol Jelapang, di sini.

Kejadian tidak diduga itu turut mengejutkan 25 penumpang bas ekspres berkenaan selepas mendapati pasangan samseng berkenaan meluru dan terus membelasah mangsa.



Tidak cukup dengan memukul mangsa, empat samseng terbabit turut merampas kunci bas dan mencuri kad Touch n’ Go sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta.

Kejadian berpunca apabila bas Ekspres KKKL terbabit yang dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand ke Singapura terlanggar belakang sebuah Perodua Alza menyebabkan kereta berkenaan terbalik dan terhumban ke dalam longkang. -hm