Tukar portfolio, talian hayat Abdullah/Umno - Mahfuz
Wan Nordin Wan Yaacob Wed | Sep 17, 08 | 5:23:23 pm MYT SEREMBAN, 17 Sept (Hrkh) - Pertukaran portfolio yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini disifatkan sebagai satu lagi kaedah Abdullah menyelamatkan dirinya dan Umno Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakhdaily hari ini bagi mengulas senario kekalutan Abdullah merombak kabinet serta-merta. Bernama melaporkan, Abdullah dan Dato' Seri Najib Tun Razak hari ini bertukar portfolio Menteri Pertahanan dan Kewangan sebagai sebahagian daripada proses penyerahan kuasa daripada Perdana Menteri kepada timbalannya itu pada Jun 2010. Kedua-dua pemimpin juga komited dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini, dan untuk pemilihan Umno pada Disember ini, Abdullah akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan Najib sebagai Timbalan Presiden parti. Mengulas lanjut perkembangan itu, Mahfuz menyifatkan Abdullah merombak kabinet hanya kerana bimbang dengan...