Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 11, 2009

Larangan ceramah politik di Perak - Malaysiakini

Imej
Jimadie Shah Othman | Feb 11, 09 3:46pm eksklusif Polis melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak sehingga situasi panas susulan pergeseran kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat sejak minggu lalu mulai reda. "Kita tidak benarkan sebab situasi tidak berapa elok," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini. Beliau berkata pembekuan ini telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad dan pegawainya itu akan mengeluarkan arahan rasmi. "Saya sudah beritahu ketua polis (Perak) dan beliau akan keluar arahan," kata Musa. Beliau diminta menjelaskan dakwaan seorang pemimpin PKR bahawa polis membekukan ceramah Pakatan Rakyat di seluruh negara selama dua minggu ekoran kegelisahan politik di negeri tersebut. Ditanya tempoh pembekuan permit itu akan dikuatkuasa di Perak yang kini sedang menyaksikan perebutan jawatan menteri besar dan kerajaan n

TERBUKTI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PERAK BERMASAALAH SEBELUM INI - Malaysiakini

Imej
Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga. Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah: Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli. YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng. Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya. Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditub

Merompak adalah cara mereka

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, tindakan Umno 'merompak' hak mutlak seseorang dengan cara paksaan sudah menjadi tradisi yang diulangi lagi bagi menafikan kerajaan yang dipilih rakyat. Tindakan Umno merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak seumpama kumpulan lanun dengan mengulangi peristiwa yang pernah berlaku pada 1961 di Terengganu dan 1968 di Kelantan. "Rakyat Perak dipaksa menerima tindakan lanun itu yang mengakibatkan berlakunya bantahan menyeluruh daripada rakyat Perak. "Sedangkan apa yang mereka laungkan selama ini bagi menegakkan demokrasi langsung tidak berlaku apabila Umno merampas negeri dengan menculik Adun," katanya kepada media di sini, hari ini. Beliau juga melahirkan rasa dukacita cara laporan dibuat media harian bagi melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan istana. Menurut beliau, media menggambarkan pemimpin Pakatan Rakyat menderhaka kepada raja, sedangkan rakyat negara ini tanpa mengira kaum mentaati raja. "Janganlah