29 Disember 2009

Tahniah, dan Teruskan Usaha Dakwah Dewan Pemuda PAS Perak


Tahniah, dan Teruskan Usaha Dakwah Dewan Pemuda PAS Perak
Posted on Monday, December 28 @ 23:41:20 PST
Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad

Berita Oleh Ustaz Abu Bakar Hussain

Tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Perak, kerana berjaya mengadakan pertandingan futsal piala Pesuruhjaya PAS Perak.

Sememangnya program seperti ini sangat penting kerana ia adalah medan mengeratkan ukhuwwah seluruh ahli pemuda PAS Perak di setiap kawasan. Semasa bertemu ahli-ahli boleh saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan organisasi. Ini penting untuk mengeratkan lagi ukhuwwah dan kesatuan organisasi bagi melancarkan agenda dakwah.

Selain itu saya melihat aktiviti riadah berfutsal yang dianjurkan oleh pemuda PAS Perak ini boleh dijadikan medan mengumpul mad’u yang baru. Riadah boleh dijadikan masa untuk bertemu dan saling berkenalan. Dengan berkenalan akan timbul kesefahaman dan kasih sayang yang merupakan asas dalam dakwah.

Selain itu, program riadah dapat membentuk akhlak muslim. Ketika bersukan pastinya akan ada kekasaran. Kadangkala juga seorang itu akan diuji sejauh mana dia jujur dengan kesalahan yang dilakukannya ketika bersukan. Oleh itu dari kekasaran akan terbentuknya sifat kemaafan dan kejujuran menanamkan sifat sering merasai pemerhatian oleh Allah (ma’iyatullah).

Sehubungan dengan itu, penghayatan terhadap kepentingan riadah pula adalah sebahagian daripada fikrah Islam yang syumul. Sebuah organisasi yang membawa fikrah yang syumul harus merialisasikan apa yang didokongnya.

Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Perak kerana berjaya menjadikan riadah sebagai salah satu wasilah kepada dakwah, tarbiyah dan siasah, teruskan segala usaha murni dalam meneruskan gerak kerja Islam.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain
Pesuruhjaya PAS Perak

27 Disember 2009

PAS akan siasat dalang disebalik demonstrasi

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor menyiasat dalang disebalik sekumpulan pemuda yang mengadakan himpunan di hadapan pejabat perhubungan parti itu dibangunan Worldwide Shah Alam tengahari tadi.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily ketika beliau diminta mengulas perkembangan terbaru itu.

"Saya telah arahkan setiausaha perhubungan PAS Selangor untuk buat siasatan penuh siapakah dibelakang demo ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily lewat petang tadi.

Beliau juga diminta mengulas sama ada kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan penyokong dan pengundi PAS itu benar-benar dari PAS atau tajaan pihak tertentu.

Menurutnya,maklumat awal yang diperolehi mendapati tiada ahli atau mana-mana unit serta cawangan PAS terlibat dalam himpunan tersebut.

"Maklumat awal saya diberitahu tidak seorang pun ahli PAS, atau mana-mana unit atau cawangan PAS terlibat dalm demo ini," katanya lagi.

Pagi tadi 21 pemuda berkumpul di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor bagi menyerahkan memorandum mendesak PAS mengakaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat Selangor.

Mereka kononya tidak berpuas hati terhadap pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwa mengenepikan PAS dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.

Bagaimanapun memorandum tersebut tidak berjaya diserahkan siang tadi dan hanya akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali esok.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dilaporkan menafikan penglibatan PAS dalam demonstrasi tersebut dan mendakwa ianya fitnah pihak tertentu yang mahu memecahbelahkan Pakatan Rakyat Selangor.

Sebelum ini, Harakahdaily menerima satu maklumat melalui sistem khidmat pesanan ringkas SMS, memaklumkan tentang perhimpunan tersebut yang akan diadakan hari ini.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," sebahagian sms itu dipetik.

Bagaimanapun setelah diselidiki, sms itu datangnya dari salah seorang penggerak Umno negeri ini.

Satu sumber memberitahu Harakahdaily bahwa Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

KENAIKAN HARGA ROKOK BOLEH MENGUNDANG JENAYAH !!




Bagi saya satu satunya cara untuk berhenti merokok adalah dengan ketiadaan rokok.Bukannya menaikkan lagi harga rokok di pasaran.

Kenaikan harga rokok bertujuan untuk mengurangkan perokok ataupun menyebabkan perokok berhenti dari merokok adalah mustahil. Naikkanlah seratus peratus pun ,orang tetap membeli juga . Apa yang ada ialah hanyalah taukeh rokok dan pengutip cukainya yang untung.

Jangan sampai anak anak kita membuat aktiviti jenayah semata mata hendak membeli rokok, sama seperti penagih dadah (harga dadah kan mahal)

Kita kena ingat sekarang ini kes pelajar sekolah mencuri dan merompak semata mata untuk membeli rokok memang ada.


Kerajaan fikir-fikirkan lah..

Kartika Saridewi terharu temui Nik Aziz


Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 27 Dis: Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Siti Zailah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti dilaporkan baru-baru ini.

Katanya, SPRM hendaklah melaksanakan tanggungjawab itu dengan telus dan adil tanpa memilih bulu demi menjaga amanah rakyat.

“Sedangkan sebelum ini pantang ada khabar angin negetif membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, SPRM segera membuka fail siasatan.

“Sekarang kenapa pula seperti berdiam diri apabila dakwaan berlaku membabitkan pemimpin kerajaan Barisan Nasional,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat tersebut.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, kalau enjin jet pejuang boleh dicuri, tidak pelik masalah rempit, ragut serta gejala sosial lain gagal diselesaikan pemimpin kerajaan.

Baru-baru ini media tempatan mendedahkan kehilangan dua enjin jet tempur F-5E milik TUDM pada 2007 yang hanya disedari beberapa bulan kemudian. Setiap enjin tersebut bernilai RM50 juta.

26 Disember 2009

KONSERT HIJRAH ANJURAN ' SEMARAK'

Konsert Hijrah Anjuran Sukarelawan Muslim Perak (SEMARAK) dengan kerjasama Guru Dakwah Jabatan Agama Islam Perak akan di adakan pada 31 Disember.2009 di Taman Tasik Taiping pada jam 9.00 malam.

Atas kesedaran untuk mengajak anak-anak muda beralih kepada konsert yang bercorak islam 'SEMARAK' satu NGO menganjurkan konsert sempena hijrah ini dengan mengumpulkan artis-artis tanahair yang sebelum ini popular dengan lagu-lagu retro, seperti lagu Cinta untuk Nabila, Kembang Terhalang, Lena di Ulit Intan, Bahang Asmara, Taqdir dan Waktu, Niat di hati Tak Nak Berpisah dan lain-lain

Pihak penganjur mengajak orang ramai datang beramai-ramai menjayakan konsert ini sambil berhibur dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan.

25 Disember 2009

Kadar bayaran tambahan bagi sesi persekolahan 2010



Thursday, December 24 @ 20:53:02

PST Dilulus untuk paparan oleh alghaib Oleh ZulMamak


KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini.


Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral (RM6), MSSM (RM4) dan Insurans Takaful (RM1.50).

Enjin hilang, negara boleh hancur – Anwar Ridhwan

Ismail Hashim
SHAH ALAM, 25 Dis: Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.

Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara.“Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran runtuhnya iklim moral yang besar.
“Kita bimbang jika tidak diberi kesedaran tentang perlunya menjaga iklim moral dan integriti di kalangan generasi muda, negara ini akan rosak dan runtuh,” tegas Dr Anwar lagi.

Sebelum itu, Dr Anwar mengucapkan terima kasih atas kesudian Lembaga Muzium Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor menganjurkan majlis meraikan beliau sebagai Sasterawan Negara ke-10, semalam.Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Raja Lumu, di Muzium Selangor dengan kehadiran Sasterawan Negara, Datuk (Dr) A Samad Said yang turut menyampaikan ucapan, Bendahari Gapena, Haji Hamzah Hamdani yang yang menyampaikan ucaptama dipengerusikan oleh Dr Ibrahim Ghafar.

Turut menyerikan lagi majlis berkenaan adalah Penggiat sastera dan budaya Melayu, Prof Dr Siti Zainon Ismail, Abdul Ghafar Ibrahim, Dr Ami Masra, Ahmad Sarju dan ramai lagi termasuk penuntut-penuntut Universiti seperti MSU.“Saya sebagai anak Selangor merasa bangga dan terharu kerana setelah nama-nama besar sastera dari lain menerima anugerah ini, saya memang tertunggu-tunggu, bilakah agaknya penulis dari Negeri Selangor akan menerima anugerah Sasterawan Negara ini.“Syukur dengan keizinan Allah SWT saya telah terpilih untuk menjadi Sasterawan Negara pertama yang datang dari Selangor,” jelas Dr Anwar dengan perasaan terharu.

Majlis Bicara Tokoh Sasterawan Negara dan di sebelah petang diadakan Seminar Penulisan Kreatif dan Variasinya ini dirasmikan oleh Exco Selangor, Puan Rodziah Ismail dan penutup oleh Datuk Dr Hassan Mohd Ali.Kedua acara ini adalah program pertama anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di bawah naungan Sultan Selangor yang perasmian kewujudannya akan dilakukan pada Mac 2010 nanti.

Dalam pada itu, seorang lagi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pula mencadangkan agar Kerajaan Negeri Selangor dapat menghadiahkan sebuah rumah sebagai ganjaran kepada Datuk Dr Anwar sebagai sasterawan pertama dari negeri ini.Untuk rekod, Datuk Dr. Anuar Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera pada 1973 dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) kesemuanya dari Universiti Malaya.

Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP. Kini sebagai Dekan di Aswara, Kuala Lumpur.Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979.

Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976)dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001.Novel itu dengan judul "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia).

Antara pencapaian beliau di bidang sastera adalah Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Perjalanan Terakhir (1971), Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973), Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sesudah Perang (1976), Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sasaran.Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sahabat (1982), Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Menjadi Tua (1983), Hadiah Pertama peraduan mengarang novel anjuran Yayasan Sabah dan GAPENA 1 Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979), Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 dengan novel Arus dan Anugerah Sasterawan Negara ke-10 pada 20 Ogos 2009 oleh Tengku Mizan

20 Disember 2009

Konvensyen Pakatan: Malaysia hampiri perubahan


Posted on Sunday, December 20 @ 01:08:05 PST
Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad

Artikel Oleh Husam Musa

Nampak jelas Utusan melalui tulisan Zul Bakar hari ini, yang tentunya menggambarkan UMNO juga,begitu cemas dan gentar bila Pakatan Rakyat semalam mengambil bentuk yang lebih konkrit dan konstruktif.

Di luar jangkaan dan agenda pecah belah Utusan, Pakatan Rakyat melalui satu perhimpunan besar yang bersejarah, keluar dengan persepakatan polisi utama, termasuk kedudukan Bahasa Melayu dan Agama Islam, yang menjadi peluru Utusan membakar sentimen pengundi Melayu terhadap Pakatan selama ini.

Pakatan kini, dari segi susanan ras, sudah at par dengan BN. Halangan mental yang cuma dibina sebelum ini ke atas Pakatan ialah ketidakselarian pendirian terhadap isu-isu kaum, agama dan kedudukan Perlembagaan. Kini, dengan persepakatan polisi Pakatan, Pakatan muncul lebih meyakinkan dari BN yang dihantui amalan tempangnya yang panjang selama ia berkuasa.

Kelebihan persepakatan polisi Pakatan ialah, ia menyelesakan isu fundemental hubungan antara kaum, ditambah dengan pembaharuan polisi governance yang menjadi kekurangan BN selama ini.

Apa yang boleh dibuat oleh BN ialah meniru polisi-polisi governance Pakatan tetapi persoalannya, dengan heretan permasalahan dan sikap Kerajaan sedia ada yang tidak coherent dengan apa yang dikehendaki oleh majoriti rakyat, menjadi halangan besar bagi BN.

Zul Bakar dan Utusan konsisten dalam usahanya memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Target utamanya ialah PAS. Sejarah penulisan Zul dan Utusan sepanjang isu ini menjadi bukti.

Zul dan Utusan cuba satu masa meletakkan persetujuan PAS menerima Pakatan hanyalah agenda 'kumpulan Erdogan' dan saya adalah antara termasuk dalam label 'Erdogan' yang telah dimainkan oleh Utusan sekian lama.

Bila Ustaz Hadi berdiri bersama dua pimpinan Pakatan yang lain di atas pentas dan gambar mereka tersebar luas, nyata komitmen terhadap Pakatan adalah komitmen PAS, bukan komitmen kumpulan Erdogan yang kononnya wujud dalam PAS.

Tentulah hati Zul hancur dengan keadaan ini. Utusan berperanan menewaskan saya berdasarkan sejarah dan urutan berita dan rencana yang disiarkan. Namun, tewasnya saya tidak berjaya mencapai sasaran Utusan mengasingkan PAS dari rakan Pakatan yang lain.

Saya patut bergembira atas gagalnya Utusan. Giliran saya untuk mentertawakan Utusan.

Medan dakwah PAS menjadi lebih terbuka di bawah konsep Pakatan. Perjuangan PAS memerlukan public acceptance dari semua kaum dalam negara. Public acceptance itu boleh dicapai melalui public polisi mengikut stage siasah syariyyah yang benar dan tulin. Sudah tentu polisi yang diolah seperti itu boleh diterima umum dan pada masa yang sama tidak meningalkan asas perjuangan.

Ia mesti bermula dengan trust dan trust itu telah mula diperolehi melalui sokongan meningkat bukan Melayu dalam pilihanraya 2008. Kepercayaan itu tidak boleh dirosakkan dan tidak juga boleh digagalkan.

Dua perkara yang boleh merosakkan trust itu. PAS hanya menjuarai isu kemelayuan sekalipun bertentangan dengan konsep keadilan dan kesaksamaan sejagat. Bila nilai keadilan dijunjung tinggi, bukan bermakna segala yang terhak kepada orang Melayu mesti diketepikan seperti yang cuba digambarkan oleh media lawan.

Kedua, PAS menerima kerjasama dengan UMNO yang akan meletakkan segala korupsi, lunturnya rule of law dan hilangnya integriti segala institusi utama negara terus tertegak kerana hilangnya segala nilai murni dalam UMNO di semua peringkat. Samada PAS memimpin dan UMNO di belakang atau UMNO kekal di depan dan PAS mengiyakan kebobrokan yang berlaku kerana hilangnya jati diri parti itu.

Trust itu lebih penting bagi perjuangan PAS baik dari sudut dakwah mahupun politik.

Melalui Pakatan, PAS berpeluang menjadi rakan utama dengan meluaskan bilangan kerusinya dalam pilihanraya akan datang. PAS belum mencapai siling kekuatan. Ia masih boleh meningkatkan pencapaiannya baik di peringkat DUN mahupun Parlimen.

Dalam konteks perubahan dan reformasi, perubahan hanya boleh dilakukan oleh kumpulan yang mendokong dan menghayati nilai-nilai murni. Ia tidak boleh datang dari parti yang sudah korup nilai murninya dan luntur jati diri. Seperti disimpulkan oleh Tun, busuk sampai ke usus. Parti yang 'usus' dan ''akalbudinya' sihat saja mampu membawa perubahan.

Perubahan kepada kedudukan negara ini sangat kritikal dan mustahak. Semua pihak yang mencintai perubahan ke arah kebaikan, perlu mempersiapkan diri seberapa maksimum.

Jika ada lagi kekurangan Pakatan, ia perlu diperbaiki dan diolah terus menerus sehingga Pakatan layak di mata rakyat menggantikan UMNO/BN.Pada masa yang sama, setiap komponen Pakatan harus bergerak memperkuatkan pencapaian masing-masing secara bersama, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Jika pencapaian setiap parti dalam Pakatan dapat dilonjak sedikit lagi, Insya Allah, era perubahan yang ditunggu sekian lama akan menjadi kenyataan.

http://cetusan-hati.blogspot.com/2009/12/konvensyen-pakatan-malaysia-hampiri.html

19 Disember 2009

Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat

19 DISEMBER 2009 DI AUDITORIUM MBSA, SHAH ALAM, SELANGOR

8:00 pagi : Pendaftaran bagi wakil media di Tingkat 4, Auditorium MBSA.

9:00 pagi : Pembukaan

9:15 pagi: Ucapan Perdana Ketiga Pimpinan Tertinggi dan Perasmian Bersama Konvensyen - Saudara Anwar Ibrahim (Ketua Umum KeADILan), Saudara Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) & Saudara Hj Abdul Hadi Awang (Presiden PAS).

10:15 pagi : Rehat

10:45 pagi : Pidato Dasar Pakatan Rakyat (dipengerusikan YAB Khalid Ibrahim) - Saudara Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS), Saudara Tony Pua (Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP), Saudara Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PKR) dan Perbahasan oleh 2 perwakilan setiap parti.

12:45 tgh : Makan tengahari di Laman MBSA.

1:45 tgh : Sambungan perbahasan oleh 3 perwakilan setiap parti (dipengerusikan Saudara Teng Chang Khim).

3:30 ptg : Majlis Penutup (dipengerusikan Saudara Wan Abdul Rahim Wan Abdullah).Rumusan oleh 3 Pimpinan : Saudara Karpal Singh (Pengerusi Kebangsaan DAP), Saudara Nik Abdul Aziz Nik Mat (Murshidul Am PAS), Saudara Anwar Ibrahim (Ketua Umum KeADILan).

5:00 ptg : Majlis bersurai. Sidang media di Tingkat 3Bilik media terletak di tingkat 4, berhampiran tempat pendaftaran. Bilik media dikhususkan untuk wakil media dan blogger yang memakai tag media sahaja. Untuk memudahkan urusan pemfailan bahan berita/posting, saudara/saudari digalakkan membawa sambungan internet.Sekian, terima kasih.

16 Disember 2009

Penyata rasmi buktikan Sivakumar masih speaker sah

Johari Jaafar

IPOH, 16 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta seluruh rakyat melihat penyata rasmi yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Perak semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua pada hari Khamis, 7 Mei lalu di Dewan Mesyuarat, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Ianya kerana penyata tersebut dengan jelas membuktikan kedudukan V. Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah.Penyata rasmi tersebut juga memperlihatkan suasana sebenar yang telah berlaku.

Turut direkodkan pelanggaran peraturan-peraturan sidang DUN termasuk oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim.Abdul Rahman dilihat telah mengganggu tugas V. Sivakumar sebagai Speaker pada hari tersebut dengan beberapa tindakan dan arahan yang disifatkan sebagai campurtangan mengatasi arahan speaker.

Sehubungan itu Pemuda PAS Perak mendesak supaya satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan untuk menyiasat kemelut yang telah berlaku semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu, dalam masa yang sama juga meminta supaya tindakan terhadap Datuk Rahman diambil berdasarkan penyata rasmi tersebut yang jelas beliau telah melanggar peraturan sedia ada sebagai penjawat awam.

"Pemuda PAS Negeri Perak juga memohon perkenan Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak melihat penyata rasmi tersebut sebagai bukti bahawa jelas kelihatan telah dilanggar oleh 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Dr Abdul Rahman dan bentara-bentara yang telah ditugaskan," tegas Setiausaha dewan Pemuda PAS Perak, Raja Ahmad Al-His dalam kenyataan medianya di sini semalam.

Oleh kerana itu Pemuda PAS Perak merayu Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak mengadili kemelut ini dengan kebijaksanaan sebagai raja yang memerintah.

15 Disember 2009

70 Ahli Parlimen BN Boikot Budget Najib

Posted on Disember 15, 2009 by HermanSamsudeen

Kenyataan Mediahttp://idrisahmad.wordpress.com

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak budget berkenaan.
Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir. Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi.
PAS melihat bahawa komitmen yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN semakin rapuh dan mereka kini sudah tidak memperdulikan lagi kehendak dan keperluan rakyat. Parlimen gagal dimanfaatkan sebagai tempat untuk membela rakyat dan mereka boleh hadir atau tidak sesuka hati sedangkan gaji serta elaun mereka dibayar penuh mengunakan wang rakyat.
Jika mengambil pendekatan DUN Kedah, PAS yakin terdapat begitu banyak kerusi parlimen yang bakal dikosongkan kerana kegagalan wakil-wakil rakyat ini hadir secara penuh sidang – sidang yang diadakan.
PAS berharap agar penyakit ini tidak berjangkit kepada ahli-ahli parlimen Pakatan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat di masa hadapan.

Ust. Idris AhmadKetua Penerangan PAS Pusat

14 Disember 2009

Siapa sentuh Tok Guru Nik Aziz akan dapat tentangan - Anwar

Ali Hashim

KULIM, 13 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.Menurut Anwar lagi dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional. "Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita. "Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan.
"Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan antara rasuah dan ibadah ini berterusan mencelarukan masyarakat.
"Sudah pasti tidak. Oleh kerana itu kita tunjukkan sokongan kita dengan memberi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak kepimpinan mereka," katanya. Kenyataan Anwar itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada ribuan hadirin yang membanjiri Stadium Mini Keladi tersebut. Dalam ucapan tersebut Anwar juga membidas tindakan media arus perdana yang sengaja memutarbelitkan fakta dengan tidak menceritakan keadaan sebenar yang berlaku. "Apa yang berlaku tidak dinyatakan dengan benar oleh media mereka.Bagi mereka berita yang sememangnya benar tetapi tidak menyebelahi mereka tidak akan menjadi laporan utama.
"Tetapi sekiranya berita tersebut walaupun kecil tetapi dapat mereka sensasikan maka itu akan menjadi tajuk utama mereka." Anwar berkata demikian semasa melancarkan ceramah tanpa henti selama 40 hari seluruh negara anjuran PKR yang telah diadakan di Stadium Mini Keladi, Klang Lama, Kulim.Turut hadir ialah Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amiruddin Shaari. Ahli Parlimen Kulim- Bandar Bharu, Zulkifly Noordin dan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang.

12 Disember 2009

PAS PERAK: SEGERAKAN KEPUTUSAN MENTERI BESAR PERAK YANG SAH

PAS PERAK: SEGERAKAN KEPUTUSAN MENTERI BESAR PERAK YANG SAH

7 12 2009

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak Al Fadhil Abu Bakar Hussain menegaskan kenyataannya kepada media bahawa keputusan mahkamah persekutuan yang akan mengistiharkan siapa Menteri Besar Perak yang sah adalah titik sejarah yang sangat penting bagi seluruh rakyat Malaysia.

Beliau mempersoalkan mengapa keputusan siapa Menteri Besar Perak yang sah masih tidak diistiharkan mahkamah persekutuan untuk pengetahuan rakyat, sedangkan keputusan sudah diketahui dikalangan 5 hakim yang menghakimi kes tersebut , perkara ini penting kerana rakyat Perak ingin tahu siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah selama ini, tegas beliau.

Beliau turut menyatakan bahawa Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah mengikut perundangan dan perlembagaan Negeri Perak, dan selama ini Pakatan Rakyat Perak tidak pernah mengiktiraf Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak .

Memetik kata-kata beliau “ Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat membuktikan proses demokrasi mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Perak telah dapat dipertahankan.”

“ Keputusan Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah sangat penting kerana ia dapat menjadi pelajaran dan pengajaran kepada UMNO/BN bahawa urusan perlantikan sebuah kerajaan dan segala proses perlantikan dan perlucutan jawatan hendaklah mengikut peraturan yang telah termaktub dalam perlembagaan.”

Beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian bahawa, kriris rampasan kuasa secara tidak sah yang telah dilalui di Perak ini bukan sahaja dirasai oleh rakyat Perak, bahkan seluruh Negara, bahkan seluruh masyarakat dunia juga sedang mengikuti kes siapa Menteri Besar Perak yang sah ini , ia termasuk para ahli akademik dan orang awam.Semua mereka mengharapkan agar prinsip demokrasi ini perlu diperbetulkan kepada landasan yang tepat mengikut lunas undang-undang dan demokrasi.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa PAS Perak berpendirian sekiranya keputusan siapa Menter Besar Perak yang sah berpihak kepada Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir maka keputusan itu akan mencemarkan malah merosakkan seluruh sendi demokrasi yang telah disepakati dan diamalkan di negara Malaysia selama ini.

Menurut beliau lagi PAS Perak berpendirian, sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah maka jelaslah keputusan ini adalah keputusan yang tepat dan terbaik bagi mengelakkan Negeri Perak, malah seluruh Negeri yang lain dari terjebak dalam peraturan dan percaturan undang-undang rimba iaitu “siapa kuat dia dapat”, tanpa mengikut ruang perlembagaan dan undang-undang yang cuba dibawa oleh UMNO/BN, di Perak.

PAS Perak turut menegaskan bahawa, akibat dari tidakan UMNO/BN yang terlalu gopoh dan bernafsu untuk mengambil alih pemerintahan Negeri Perak ini, maka ia telah menyebabkan punca kenapa kegawatan politik Perak telah berlaku dan memalukan seluruh Negeri Perak dikaca mata dunia luar, kata beliau.

Tambah beliau lagi, Bukan sahaja episod ADUN Pakatan Rakyat tidak dibenar masuk ke Dewan Undangan Negeri dan terpaksa bersidang dibawah pokok telah disaksikan oleh semua , malah pergelutan sehingga tindakan ganas di dalam sidang DUN Perak ketika hendak menukar Speaker Dewan juga telah mencatatkan sejarah yang cukup hina dan memalukan dalam politik Negara, semua ini adalah akibat dari sifat gopoh dan zalim yang dibawa oleh UMNO/BN ke Negeri Perak ini.

Beliau juga turut membidas tindakan zalim UMNO/BN yang telah menyalahgunakan institusi polis dan pegawai awam untuk mengheret secara fizikal V.Sivakumar selaku Speaker serta mengkasari beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat ketika hari persidangan DUN pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009, 2 September 2009 dan 28 Oktober 2009 sangat tidak dapat diterima samasekali dan ia adalah tindakan yang sangat zalim
.
PAS Perak, berpendirian bahawa dengan keadaan bilangan ADUN yang boleh sahaja berubah di kedua-dua belah pihak , maka jalan keluar yang terbaik ialah membubarkan DUN Perak dan menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang lebih stabil bagi kemaslahatan rakyat Negeri Perak, jelas beliau

09 Disember 2009

Zunar kembali dengan "Perak Darul kartun"

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Selepas mempunyai masalah dengan pihak KDN mengenai permit penerbitan Gedung Kartunnya, kartunis Zunar melalui syarikatnya, Sepakat Efektif meneruskan penerbitan kartun itu dalam bentuk lain.

Kali ini mereka mengumumkan penerbitan Gedung Kartun edisi kedua dalam bentuk buku dengan tajuk "Perak Darul kartun" (PDK). Kenapa mereka memilih buku? "Buku adalah penerbitan tidak berkala, dengan itu tidak memerlukan permit penerbitan, hanya ISBN yang mana kami telah memperolehinya," kata Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifli Anwar ul Haq.

PDK mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com.

"Penyambungan penerbitan ini dalam bentuk buku membuktikan pihak kami tidak berhasrat berkonfrontasi dengan pihak KDN kerana itu bukanlah matlamat kami."Matlamat kami adalah untuk menghasilkan karya-karya alternatif dalam konteks Malaysia, dengan isu-isu dan pendekatan yang selama ini gagal diketengahkan oleh karyawan negara ini, khususnya kartunis," kata Zunar.

Zunar percaya kartunis bukan sahaja berperanan mengenengahkan unsur lelucon dalam karya, tetapi punya tanggung jawab sosial untuk mengkritik, merakam realiti, memberi informasi, membawa suara rakyat dan mendidik. "Kami berpendirian tegas bahawa kartunis tidak boleh berdiam diri atau berkecuali, tetapi harus menyatakan pendirian apabila masyarakat atau negara berdepan dengan krisis. Dan pendirian itu harus diterjemahkan dalam karya," katanya.

KandunganSeperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN.

Selain itu, turut dimuatkan ialah ruangan khas watak pemimpin negara bernama “Datuk Nazak”, slot “Negaraku” yang memaparkan kritikan pedas terhadap isu semasa, tiga muka surat karya Enot bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus. Ruangan “Selangor Tanahairku” diteruskan untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan.

PDK juga menyiarkan komik empat belas muka surat karya ahli akademik dan sejarawan Dr Farish Noor bertajuk “Istana Kita”.

Sasterawan Negara, A. Samad Said menyumbangkan puisi tajamnya mengkritik pemimpin yang cakap tak serupa bikin sementara penyair Pyanhabib terus menulis di dalam kolumnya (seperti di dalam majalah Gedung Kartun) yang diberi nama “Racau”. Aktivis Hishamuddin Rais menulis cerpen ‘Riwayat Tok Seri Jantan Takubin” dan seniman Rahmat Haron membongkar kisah misteri “Siri Bercakap Dengan Puaka”.

PDK juga menampilkan peguam muda Puspa Ros menulis tentang undang-undang di dalam kolumnya “Dari Meja Loyar” yang bertujuan untuk membangkitkan kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengarak kepala lembu berfikiran kuno

Pengarak kepala lembu berfikiran kuno


Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 8 Nov: Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Meng petang tadi menganggap mereka yang terbabit memijak gambar beberapa pemimpin DAP hari ini bukan mewakili sensitiviti rakyat berbangsa Melayu di Malaysia.

Sebaliknya, beliau menganggap mereka yang terbabit masih berfikiran kuno era dinosor yang sudah tidak sesuai untuk hidup di zaman ini.

"Saya yakin mereka tidak mewakili orang Melayu...mereka masih berfikiran era dinosor," jelasnya.

Pendapat tersebut sebagai mengulas laporan berita sebuah laman web hari ini yang melaporkan 12 tertuduh dalam kes 'kepala lembu' memijak gambar pemimpin DAP sebaga protes pada parti tersebut.

(Gambar fail: Mereka yang mengarak kepala lembu inilah yang memijak gambar pemimpin DAP hari ini)

Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak mendakwa tindakan ekstrem tersebut demi membangkitkan semangat 'Ketuanan Melayu' tajaan Umno secara salah.

Mewakili DAP Perak, beliau juga menegaskan bahawa partinya tidak mempertikai hak-hak rakyat, termasuk kedudukan Melayu, bahasa Melayu dan Islam sebagaimana yang dijamin dalam perlembagaan.

"Saya hanya menentang kezaliman para pemimpin Umno atas sandiwara 'Ketuanan Melayu', seperti kes pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Syeksen 23 (Shah Alam)."

Pun begitu, beliau meminta pemimpin Umno menjelaskan kedudukan terminologi 'Ketuanan Rakyat' menurut Perlembagaan.

Ujarnya, 'Ketuanan Melayu' adalah propaganda para pemimpin Umno untuk terus menguasai minda rakyat, sama ada Melayu atau bukan Melayu.

Bercakap dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kula Segaran mendesak Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib menjawab dua soalan berhubung 'Ketuanan Melayu'.

"Pertama, bagaimana boleh rakyat Malaysia menghayati konsep 1Malaysia (dan) 'Ketuanan Melayu' sedangkan konsep ini tidak memperlihatkan keadilan dan kesaksamaan dari segi bangsa," soalnya.

"Kedua, adakah konsep Ketuanan Melayu yang diperjuangkan Umno selari dengan impian bangsa Malaysia, (yang terdiri oleh) Melayu, Cina, India dan sebagainya."

Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak menganggap konsep Ketuanan Melayu tersebut dicipta oleh Umno untuk meraih emosi rakyat berbangsa Melayu.

Pun begitu, beliau mendesak dua parti komponen BN yang lain menyatakan pendirian masing-masing berhubung konsep 'Ketuanan Melayu' yang diperjuangankan Umno.

"Ketuanan Melayu adalah konsep Umno Putra. Adakah MIC dan MCA pun beri sokongan," soal Kula.

"Rakyat nak tahu apakah pendirian mereka (parti-parti komponen BN) terhadap dasar 'Ketuanan Melayu' (yang diperjuangkan) Umno."

Konsep 'Ketuanan Malayu' menjadikan Umno BN sekali lagi dalam persimpangan sama ada mahu terus memerjuangkan semangat perkauman yang sempit, atau berlapang dada dengan konsep 1Malaysia yang liberal.

Tindakan Nazri Labelkan Dr M Rasis Melampau.

Tindakan Nazri Labelkan Dr M Rasis Melampau.

PETALING JAYA, Dis 9 — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis.

Beliau berkata Dr Mahathir sudah banyak berjasa kepada negara dan masih mampu menyumbangkan idea.

Image Hosted by ImageShack.us

“Jadi hendak menyebut beliau sebagai rasis itu agak terlampau. Dia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) kawan saya juga tetapi tidak tahu kenapa perkara itu terkeluar. Dalam situasi politik negara hari ini macam-macam pihak boleh menyalah tafsir,” katanya kepada wartawan Malaysia di Tokyo.

Muhyiddin yang dalam misi perdagangan dan pelaburan khas ke Jepun mengulas kenyataan Mohamed Nazri kelmarin yang melabelkan Dr Mahathir sebagai rasis kerana mempertahankan modul kurikulum Biro Tata Negara (BTN).

Dr Mahathir sebelum itu berpendapat kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga perlu merombak modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN dan telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di Malaysia.

Dipetik Bernama, Muhyiddin berkata semua pihak terutamanya pemimpin seharusnya tidak terperangkap dengan strategi pembangkang sehingga berlaga-laga dan berdebat sesama sendiri.

Beliau berkata, adalah lebih berfaedah sekiranya semua pihak mengambil pendekatan kurang bercakap.

“Jadi sebaik mungkin, supaya kita tidak dilihat berdebat secara terbuka, saya rasa tidak perlulah berdebat atau berpolemik mengenai agensi-agensi kerajaan seperti BTN,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sejak berkuasa di beberapa buah negeri, pembangkang mempunyai strategi untuk ‘memperlekehkan’ semua institusi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia

(PDRM), institusi diraja mahupun BTN supaya semua rakyat akan buruk sangka terhadap kerajaan dan pemimpin.

“Ini strategi mereka. Selama ini kita tidak berdebat soal-soal begitu. BTN adalah untuk kepentingan negara dan bukan bertujuan membawa kesan buruk kepada negara.Jadi kalau kita terperangkap dengan agenda pembangkang, saya rasa ia mungkin membawa kesan yang tidak baik seperti kes ini di mana pemimpin terpaksa berlaga sesama sendiri dan mereka tersenyum sahaja apabila agenda mereka berhasil,” katanya.

Muhyiddin berkata, apa yang lebih ditakuti ialah jika ada gerakan tertentu yang dibuat secara halus oleh pembangkang untuk melaga-lagakan pemimpin dan memperlekehkan institusi dan agensi kerajaan.

Beliau berkata rakyat sudah bosan dengan politiking yang terlalu banyak dan pemimpin sepatutnya menghentikan debat politik dan menumpukan soal-soal yang lebih penting seperti pembangunan.

“Tapi kita kadang-kadang terperangkap dan bergaduh sesama sendiri yang bagi saya ia tidak berfaedah,” katanya.


http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/45896-tindakan-nazri-label-tun-mahathir-rasis-melampau

05 Disember 2009

Pusat perlu hormati kontrak perjanjian petroleum-Ku Li

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kerajaan Persekutuan digesa menghormati perjanjian kerajaan negeri Kelantan dengan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) berhubung pembayaran 5 peratus daripada keuntungan operasi carigali petroleum di luar pantai Kelantan kepada negeri itu.

Bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah dalam blognya http://razaleigh.com memberitahu, hak yang diperuntuk perlembagaan kepada rakyat kelantan untuk mendapat royalti kini sedang dinafikan Pusat.

Keengganan pusat memberi royalti kepada Kelantan katanya bukan sahaja melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, malah lebih besar dari itu ianya akan memberi kesan dan permasalahan melaupaui negeri Kelantan.

Menurutnya, dengan menidakkan perjanjiaan antara Kelantan dengan Petronas itu, bermakna kerajaan Pusat juga menidakkan perjanjian sama terhadap negeri-negeri lain sekaligus menafikan hak rakyat negeri tersebut.

Selain itu katanya, kerajaan persekutuan boleh dipersoal kerana dilihat cuba menafikan kewajipan Petronas untuk membayar 5 peratus kepada mana-mana negeri pengeluar minyak seperti termaktub dalam kontrak perjanjian.

Sedangkan katanya, Petronas pada hakikatnya terikat dengan kontrak tersebut dan wajib membayar jumlah 5 peratus dari keuntungan mereka secara terus kepada negeri terlibat.

Tindakan tersebut katanya menimbulkan persoalan dan boleh memberi impikasi yang lebih besar kepada negeri-negeri pengeluar minyak yang lain, khususnya Sabah dan Sarawak.

Keadaan Kelantan, Sabah dan Sarawak adalah serupa dan membuat perjanjian sama dengan Petronas.

Jika Kelantan tidak diberi hak royalti persoalan timbul adakah bermakna kedua-dua negeri di borneo itu juga bakal menerima nasib yang sama.

Beliau turut menyelar sikap kerajaan Persekutuan yang dilihat cuba campurtangan terhadap perjanjian yang dibuat antara negeri-negeri pengeluar minyak dengan Petronas.

Tindakan campurtangan itu katanya boleh mengakibatkan rakyat meragui integriti dan keihklasan kerajaan dalam menghormati kesucian kontrak dan undang-undang.

"Saya harus menegaskan bahawa PETRONAS terikat oleh mereka dan bahawa kerajaan Persekutuan tidak boleh campur tangan dalam pemenuhan mereka.

"Jangan bercakap tentang pelaburan untuk memacu ekonomi kita ke tahap yang lebih tinggi, jika kita gagal untuk memahami pentingnya mematuhi kewajipan kontrak," tegasnya.