HJ NIZAR BOLEH CABAR PERLANTIKAN ZAMBRY SEBAGAI MENTERI BESAR
HJ NIZAR BOLEH CABAR PERLANTIKAN ZAMBRY SEBAGAI MENTERI BESAR Peguam Hanipa Maidin memberi tahu saya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan dibuat oleh Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim yang menyatakan bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Ferubari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah. Hakim Abdul Aziz bersetuju dengan hujah daripada peguam Sulaiman Abdullah bahawa Hj Nizar bukan mencabar kuasa Sultan Perak, tetapi mempersoalkan mempersoalkan mengenai kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar. Hakim Abdul Aziz menetapkan Rabu depan untuk pengurusan kes itu dan memerintahkan Sulaiman supaya memfailkan dokumen yang sedia ada dan juga yang baru antaranya afidavit kepada mahkamah Selasa depan. Mohammad Nizar, yang tidak hadir hari ini, memohon mahk...