Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 22, 2009

Majlis meraikan petugas Media oleh MB Perak hari ini .

Imej
(*) Bloggers@HOT - Banyak 'kejutan' di Majlis Meraikan Petugas Media oleh MB Nizar hari ini ! Unit Amal, bloggers dan media diraikan pagi tadi ! Tugas dan pengorbanan anda selama ini amat saya hargai, kata MB Nizar kepada semua ahli unit amal, bloggers dan pihak media di dalam satu majlis meraikan mereka yang diadakan di kediaman rasmi menteri besar pagi tadi. Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Kamalullail dimulakan dengan bacaan doa oleh AJK Jabatan Amal Perak, Ustaz Kassuri. Ahli-ahli unit amal yang bertugas di kediaman rasmi semenjak krisis bermula dianggarkan melebihi 200 orang tidak termasuk yang datang daripada segenap pelusuk negara. Blogger al-Banjari pula diberi penghargaan untuk menyampaikan ucapan bagi pihak bloggersnetwork@perak dan bloggers-bloggers yang telah hadir. Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada MB Nizar kerana memberi penghargaan yang sewajarnya kepada pengorbanan para bloggers dalam menyampaikan berita-berita yang terki

Speaker pohon sidang DUN Perak April

Imej
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah menghantar surat kepada Sultan memohon diadakan sidang dewan April depan. Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tarikh berkenaan adalah mengikut jadual persidangan yang telah dirancang pada tahun ini. Beliau memberitahu pemberita di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari rumah kediaman menteri besar di Ipoh hari ini. Semalam, Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata tarikh persidangan DUN Perak, akan ditentukan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. "Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai,' katanya di Ipoh semalam. Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, DUN perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan dari sidang terakhir. Sebelum ini, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Dr Zambry sert

" Kuasa Speaker tidak boleh di cabar" - Nizar

Azamin Amin Sun Feb 22, 09 4:03:51 am MYT FELCRA SERIGALA, SLIM RIVER, 22 Feb (Hrkh) - Tanpa diduga, bidang kuasa Speaker yang luas pernah 'dicipta' dan diguna-pakai oleh Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun khususnya membabitkan negeri Perak,akhirnya telah 'memakan diri' apabila kuasa yang sama dilaksanakan untuk mengenakan tindakan gantung 18 dan 12 bulan ke atas Menteri Besar baru dan enam exco kerana didapati menghina Dewan. Demikian dinyatakan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya kepada lebih 1,000 penduduk dan pengundi Dun Behrang di Felcra Kg Serigala dekat sini semalam. Dengan pengantunggan itu katanya kerajaan BN yang hanya mempunyai 21 ahli dewan boleh dianggap 'lumpuh' apabila majoriti kerusi kini diperolehi oleh Pakatan Rakyat yang mempunyai kelebihan kesemuanya berjumlah 28, yang secara tidak langsung menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah yang sah memerintah negeri ini. Apatah lagi, sekiranya sidang Dun tid

MB Nizar kosongkan kediaman rasmi hari ini

Johari Jaafar Sun Feb 22, 09 11:31:30 am MYT IPOH, 22 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini dan beliau akan berpindah ke satu tempat yang berdekatan. Beliau berkata demikian kepada pemberita pemberita selepas majlis tahlil dan doa selamat sempena perpisahan 'sementara' di kediaman rasminya semalam. Majlis perpisahan 'sementara' itu turut dihadiri oleh pimpinan PAS Negeri Perak dan KeADILan Negeri serta penyokong Pakatan Rakyat. Beliau dijadual keluar dari kediaman rasmi itu sekitar 10.00 ke 11.00 pagi ini. "Saya tiada banyak sangat barang untuk dipindah keluar dari sini," Kata Nizar. Sejak kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat digulingkan dengan cara yang tidak bermoral oleh BN pada 6 Febuari lalu, beliau dan pimpinan Pakatan Rakyar telah membuat keputusan untuk tidak akan keluar dari kediaman rasmi itu tetapi bagi menghormati permintaan Set