Catatan

Tunjukkan catatan dari April 1, 2010

Anwar: BN 'curi' idea agenda ekonomi Pakatan

Imej
Salhan K Ahmad | Mar 31, 10 3:45pm Pakatan Rakyat mempertikaikan tindakan kerajaan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) semalam, yang didakwa 'dicedok' daripada kandungan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) Pakatan. Ia juga didakwa diumumkan dengan membelakangkan kepentingan parlimen, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Pakatan rakyat mengemukakan agenda ekonomi Malaysia dan melihat bahawa banyak pandangan yang kita kemukakan dicedok dalam NEM, hinggakan ayat-ayat dan frasa pun ada persamaan," katanya. Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum. "Model Ekonomi Baru yang Datuk Seri Najib umumkan hampir sama," katanya lagi. Jelasnya, Pakatan tidak mempertikai frasa atau ayat yang digunakan dalam laporan berkenaan. "Tapi persoalannya ialah bahawa persamaan kenyataan itu hanya