Politik Perak :Siapa yang buat kecoh ?
Oleh:SofiWahab Dengan muka yang tidak malu Presiden Umno, Najib Tun Razak semalam mengingatkan Pakatan Rakyat di Perak supaya tidak melakukan sebarang gangguan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Oktober ini. Perdana Menteri itu berkata, keseluruhan persidangan DUN itu nanti sudah semestinya akan dijalankan mengikut segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Tambahan pula, kata beliau, kerajaan negeri sedia ada yang dikuasai Barisan Nasional (BN) sudah sah ditentukan mengikut saluran undang-undang. Persoalannya siapa yang memulakan kekecohan? Semua ini bertitik tolak dari tindakan BN yang diketuai Najib merompak kuasa dan mandat rakyat dari kerajaan Pakatan Rakyat tidak lama dulu. Selepas itu kekecohan demi kekecohan dilakukan BN termasuk membawa anggota keselamatan memasuki dewan untuk mengheret Speaker DUN, V Sivakumar dan dikurung di dalam stor. Perlantikan Speaker 'Haram', Ganesan juga tidak dibuat mengikut peraturan Dewan malah Ganesan sendiri melangga...