Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 23, 2010

ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan

Imej
Abdul Rahim Sabri Mac 23, 10 2:36pm Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam. Yazid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi. Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta. "Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya. Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini. Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu. Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Ch. Beliau juga merupakan s