Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 21, 2009

UMNO terdesak sebar berita Salleh Man gelapkan duit

Imej
UMNO terdesak sebar berita Salleh Man gelapkan duit Ditulis oleh Te@M.IT FRIDAY, 21 AUGUST 2009 08:41 PERMATANG PASIR, 21 Ogos - UMNO BN semakin terdesak kali ini apabila cuba menyebarkan berita kononnya calon PAS, Ustaz Salleh Man telah menggelapkan duit pilihanraya sebanyak RM 600 000. Sehubungan dengan itu Pengarah jentera Induk PAS, Mahfuz Omar mencabar pihak UMNO ataupun mana-mana pihak membuktikan sekiranya dakwaan tersebut benar. Mahfuz juga menganggap ini merupakan satu lagi lawak jenaka UMNO, kerana mana mungkin PAS yang serba kekurangan menyimpan duit sebanyak itu. Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa yang dikaitkan nama beliau dengan berita itu turut menafikannya. Beliau berkata bahawa berita ini dicedok daripada seorang blogger di alamat http://bigdogdotcom.wordpress.com. Mahfuz dan Mujahid menjawab tuduhan ini ketika sidang media di Markaz Induk PAS, Permatang Pasir. Me...

Calon BN hero yang Haprak !!

Imej
Calon BN hero yang haprak Ditulis oleh http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/ FRIDAY, 21 AUGUST 2009 06:24 Sehingga kini, BN menghadapi hawa kempen yang merimaskan ekoran daripada calonnya Rohaizat Othman berdepan dengan 'penyakit' peribadi yang kini menular menjadi wabak yang bakal melemahkan seluruh urat saraf jentera kempen BN. ia suatu realiti yang sedang dihadapi, tatkala kelmarin Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan telah menabalkan Rohaizat sebagai hero (disebut juga wira). Namun, hari ini gelaran itu telah dilucutkan oleh kawan (rakan kongsi syarikat guamannya), Yusri Ishak, ekoran pendedahan peristiwa sebenar di sebalik tindakan pihak Malaysian Bar membatalkan status peguam calon BN itu. Maka, layaknya calon BN kali ini dilabelkan sebagai hero yang kini jadi haprak. Label haprak mungkin tak patut, tetapi dikira padan dengan rencahan 'bohong' yang tak berselindung dibuat oleh Ahmad Maslan dan Rohaiz...

UMNO menggelupur dengan dua isu ini !!!

Pertama: Terlondeh penyelewengan calon Umno, Rohaizat, di PRK P. Pasir. Semakin detail apabila Yusri tampil ke pentas PAS dan adakan Press Conference membersihkan dirinya dari dikambinghitamkan oleh Umno utk menyelamat tengkuk Rohaizat yg menyeleweng... http://malaysiakini.com/news/110996 Kedua: Pendedahan surat anggota SPRM berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo... http://mt.m2day.org/2008/content/view/25886/84/ Semakin terserlah UMNO dan rasuah tak dapat dipisahkan!!!

Majlis Fatwa di pergunakan !!!

Imej
Majlis Fatwa dipergunakan Ditulis oleh Te@M I.T FRIDAY, 21 AUGUST 2009 02:18 PERMATANG PASIR, 21 OGOS - Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Tantawi kesal dengan tindakan majlis fatwa yang sanggup dipergunakan pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka. Menurut beliau, media arus perdana bersikap tidak telus dan tidak adil dengan memanipulasi kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkaitan dasar perjuangan Umno yang tidak menjurus ahlinya ke arah syurga justeru banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat seperti amalan rasuah, menahan dan menuduh individu tanpa soal-siasat dan sebagainya. Kenyataan media arus perdana yang tidak merujuk kepada ucapan tok guru adalah satu tindakan yang tidak amanah dan menyalahi etika. Ini tidak lain hanyalah sebahagian taktik kotor BN untuk mengalih perhatian pengundi menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir dengan menyerang peribadi tok guru. Tambahan lagi, pelba...

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu. kata kamarudin

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu, kata Kamarudin Oleh Afyan Ali Fri | Aug 21, 09 | 10:33:02 am MYT GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu. Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi. Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar. "Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin. "Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raj...

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman tampil membersihkan diri

Imej
Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman tampil membersihkan diri Posted on Thursday, August 20 @ 16:23:55 PDT by TokPenghulu Oleh Di n Binjai Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002. Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya. Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu. Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan dit...