Catatan

Tunjukkan catatan dari November 3, 2009

Wahai Isteri..Bersabarlah!

Imej
Imam Nawawi Al-Bantani (Al-Jawi) pernah menuliskan keagungan Fathimah Az-Zahra ketika berbicara masalah hak dan kewajiban suami isteri. Isteri solehah dijamin syurga Suatu hari Rasulullah saw menjenguk Az-Zahra. Ketika itu ia sedang membuat tepung dengan alat penggiling sambil menangis. “Kenapa menangis, Fatimah?” tanya Rasulullah, “Mudah-mudahan Allah tidak membuat matamu menangis lagi.” “Ayah,” Fatimah menjawab, “Aku menangis kerana batu penggiling ini, dan lagi aku hanya menangisi kesibukanku yang silih berganti.” Rasulullah saw kemudian mengambil tempat duduk di sisinya. Fatimah berkata, “Ayah, demi kemuliaanmu, mintakan kepada Ali supaya membelikan seorang budak untuk membantu pekerjaan-pekerjaanku membuat tepung dan menyelesaikan pekerjaan rumah.” Setelah mendengar perkataan puterinya, Rasulullah bangkit dari tempat duduknya dan berjalan menuju tempat penggilingan. Beliau memungut segenggam biji-bijian gandum dimasukkan ke penggilingan. Dengan membaca Bismillaahirrahmaanir...

NIZAR LAWAN ZAMBRY : HANYA ARTIKEL 72 SEBAGAI BUKTI

Imej
Email : safarizal saleh Kenyataan Media (2 November 2009) Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah adalah bukti yang kukuh tentang kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN Perak. Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan Mohammad Nizar pada 5 November ini mesti berpandukan kepada Artikel 72 ini kerana hanya keputusan yang dibuat melalui usul dan undian tidak percaya sahaja kepada Menteri Besar di dalam DUN Perak akan melucutkan jawatan tersebut. Perkara yang mesti ditekankan adalah keputusan yang mesti diluluskan di dalam DUN dan bukannya di luar bidang kuasa DUN itu sendiri. DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa Hakim-Hakim yang akan diberikan mandat untuk membuat...

Penahanan Ustaz Asri tepat!

Imej
Penahanan Ustaz Asri tepat! Posted on Monday, November 02 @ 03:01:45 PST by SongkokPutih Oleh: dewa " Sememangnya golongan ulamak perlu diberikan tempat dan kebebasan untuk berdakwah tanpa sekatan dan halangan. Justeru, mengapa penahanan ini tepat? Penahanan ini tepat kerana isu permit berceramah boleh dibahaskan dengan jujur. Adakah kerana Ustaz Asri direstui oleh Najib dan dicadangkan unutk menjadi bos YADIM maka beliau tidak memerlukan permit untuk ceramah? Mengapa pilih kasih dan mengapa pendakwah PAS ditangkap dan diserbu apabila berceramah tanpa permit? Sikap hipokrit Najib yang menyelar penahanan Ustaz Asri tetapi membenarkan penahanan beramai-ramai penceramah yang tidak disukai UMNO menyerlahkan dasar munafik yang tidak berpenghujung.. Selama ini ulamak yang tidak pro-UMNO bukan sekadar tidak diberi permit, malah turut di ISA dan ada yang terbunuh seperti Ustaz Ibrahim Libya. Kalau menurut undang-undang thagut oleh UMNO, penahanan Ustaz Asri tentulah tepat kerana khabarn...