Mengurus Persepsi .
Politik Persepsi VS Politik Islami 1. Sebagaimana perbahasan terdahulu [ dalam Mengurus Persepsi vol 1 dan 2 ] telah ditegaskan bahawa persepsi terbahagi kepada 2 . Pertama : Persepsi Positif Kedua : Persepsi Negatif 2. Menerima atau menolak kedua - dua kategori persepsi ini banyak bergantung kepada implikasi atau kesan langsung dari menerima atau menolak persepsi tersebut . 3. Pun begitu , telah saya tegaskan sebelum ini [ vol 1 & 2 ] bahawa persepsi bukanlah suatu yang besifat mutlak kerana ia dinilai melalui " bagaimana persepsi itu dihasilkan " , " persepsi itu dari mana" dan sebagainya . 4. Sebagai contoh mudah 1 : seorang insan yang baik budi pekertinya tetapi mendapat persepsi buruk dari masyarakat ekoran fitnah yang lemparkan oleh seseorang yang lain kerana hasad dan seumpamanya . Tentunya persepsi ini tidak boleh diterima [ atau mesti diabaikan ] sebab ianya dihasilkan atau terhasil melalui cara yang salah . Sebagai contoh mudah 2 : seorang insan yang s...